Sunday, June 26, 2011

Gold Coast : Day Three : Seaside

Kami menggunakan kesempatan yang ada pada petang hari ketiga kami di Gold Coast untuk melihat keindahan pantainya. Memanglah cantik dan bersih.. Terjaga sesangat.. Walaupun ombak agak besar kerana ianya terkenal dengan aktiviti surfing, tapi tak perlu risau tentang keselamatan diri.. Pantai kat sini ala-ala dalam citer Baywatch tu.. Setiap berapa kilometer akan ada rumah lifeguard.. Dan lifegurad dia memang asyik meronda jer.. Kalau ada yang pergi berenang agak jauh sikit je, dia akan bunyikan wisel dan ingatkan supaya jangan pergi terlalu jauh..Jejaka-jejaka idaman Malaya - Mazly, Upak dan Shahril -, pun tak nak melepaskan peluang mandi di pantai Gold Coast tanpa memikirkan kesejukan air pantai tu.. Bethrisya, Rayyan dan Nawar pun sama jugak... Mana bole menahan diri bila dah nampak air.. Cuma wanita-wanita jelita - Mummy Zurena, Kak Seri dan Nina - sahaja yang masih bole mengawal diri dan hanya melihat keseronokan mereka bermandi manda...

Berjalan kaki je dari hotel ke tepi pantai..

The four of us.

Yeah... dah sampai kat tepi laut...
Cantekkkk sangat...

Aduhai Rayyan, napa lah tak tengok camera dikk oiii... 

Anak itik dah mula berenang tanpa mengirakan kesejukan air laut.

Mari main pasir dulu...
Anak dara ni memang suka berposing.




Larikkkk... ombak datangggg.....

Rayyan sedang tunggu ombak datang.. Suker sangat dia dapat main ombak..
Baru lah nampak cam kat Gold Coast - separuh pantai, separuh lagi bangunan tinggi


Menikmati keindahan pantai

Hero kesayangan Mummy selamanya.


Masih lagi ada hati nak berposing walaupun seluar dah separuh basah.

Tengoklah betapa cantiknya ombak dia...


Besarkan ombak tu...

Pengantin lama vs pengantin baru

Bapak dan mak sedara bersama anak sedara..
Sesama menggediks berposing sakan..

Orang kapal yang pantang nampak air.

Anak-anak dan Ayah.

Hari dah mula senja.

Awan nano nano nano nano.....

Kepenatan setelah melawan ombak.

Mummy dan Ayah yang masih tak penat berposing..
Anak-anak dah mula mengaruk coz dipaksa untuk duduk di stroller untuk pulang ke hotel..

4 comments:

Hati Tisu said...

update lagi . nak bace ;)

w|cKa` said...

eh eh.. iman punya baju swimming macam rayyan la.. bila nak bg diorg swimming sesama?

Ena Mazly said...

Lula,

Terbeliak mata ni dok memilih gambar... eehhehe.. Sabar menanti ye dik...

Ena Mazly said...

Zan,

Nanti bebila kita dating bawak budak dua org ni bermandi manda yerk....

Post a Comment