Friday, January 29, 2010

Kini Tiba Waktunya....

Kini tibalah masa untuk perpisahan sementara yang amat tidak disukai oleh para isteri, tunang mahupun kekasih hati sang pelaut.. Cinta hati kami akan pergi menjalankan tugas di lautan luas pada 01 Februari 2010 ini. Hanya tinggal berapa hari sahaja lagi untuk kami melepaskan genggaman tangannya.. Tiada lagi pelukan hangat yang amat menenangkan itu.. Rumah dan bilik kami pasti akan terasa kosong, sekosong hati kami... Sekiranya menghitung hari saat kepulangannya itu di sulami dengan senyuman, pastinya menghitung hari saat perpisahan ini ditemani dengan tangisan..

Dia terpaksa pergi di kala diri ini teramat perlukan sokongan darinya. Saat ini abah masih lagi di ICU. Keadaanya masih tidak stabil. Adakalanya menunjukkan perkembangan positif, tapi di satu masa yang lain pulak, keadaannya amat membimbangkan.. Berat sungguh rasanya untuk hadapi semua ini sendirian.. (Jika kita rasa kita susah, sentiasa lah ingat ada orang yang lebih susah dari kita - cuba untuk memotivasikan diri sendiri)

YA..... Kali ini diri ini perlu jadi lebih tabah dari biasa...

Ya Tuhan,
kau tabahkan hati ini. Kau kuatkan jiwa ini.

Airmata,
janganlah kau gugur lagi...

Bersabarlah,
Semoga senyuman akan terus terpancar di bibir ini.


^______________________^


Tuesday, January 26, 2010

Abah

Sekali lagi air mata ini jatuh, jiwa ini tersentuh, hati ini menangis, melihat sekujur tubuh tua terbaring lesu tidak bermaya. Tak sanggup rasanya melihat segala macam wayar dan tiub berselirat di tubuhnya. Sakitnya tentu Tuhan sahaja yang tahu.

Sekali lagi air mata ini jatuh, jiwa ini tersentuh, hati ini menangis, melihat si ibu bermurung, tidak lalu makan apatah lagi untuk tidur dengan nyenyak. Hanya memikirkan kesihatan si suami tercinta. Mulutnya tidak pernah putus dari berdoa agar si suami cepat sembuh..Begitu kukuhnya cinta mereka yang tersulam sejak 50 tahun yang lalu..

Ya Allah, kau berikan kami kekuatan hadapi semua ini. Kau berikanlah kami ketabahan. Sesungguhnya dugaanMu itu untuk menguji orang-orang yang beriman.

Ya Allah, kau sembuhkan Abah kami. Kau kembalikanlah kesihatannya agar kami bisa melihat senyuman dan gelak tawanya semula. Agar kami bisa menggembirakan hatinya semula. Agar kami bisa bermanja denganya semula. Agar kami bisa berbakti kepadanya semula.

Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon. Sesungguhnya Engkaulah yang mendengar dan memakbulkan doa kami Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin.



Abah,
Kami sayang abah. Tanpa abah siapalah kami. Kami tau abah kuat. Abah boleh lawan semua ini. Abah kan hero kami. Abah cepat sembuh yer.. Kami akan terus doakan kesihatan abah.

Luv,
Zulkarnail n family
Lokman Hakim n family
Hjh Zuraida n family
Ir Hj Mohd Hatta n family
Zahari n family
Dr Muhd Zanapiah n family
Zurena n family
Muhd Zainee n family

Tuesday, January 19, 2010

Mak Buyong.

Tetiba terajin nak menjawap tag dari mama Qiestina si budak syomel.. Ok Yat, selamat membaca ye...

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
1st Child
Selepas sebulan balik dari Mekah, period terlewat.. Dengan excitednye gi beli pregnancy test dan balik umah terus test.. Tersenyum lebar encik suami apabila ujiannye positive.. (Ya, kami memang berdoa bersungguh-sungguh di hadapan Kaabah agar dikurniakan zuriat secepat mungkin. Masa tu dah kahwin setahun tapi masih belum pregnant lagi. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Bethrisya tu anak Mekah lah)

2nd Child
Setelah beberapa minggu demam-baik-demam-baik, hubby suruh makan panadol tapi dalam hati dah berkata-kata, "Aku ni pregnant kot". So try buat pregnancy test, tak sangka plak positive.


HOW DO YOU FEEL?
1st Child
Alhamdulillah, syukur yang tak terkata. Tuhan makbulkan doa kami.

2nd Child
Terkejut sesangat. Sebab masa tu Bethrisya masih menetek dan mummy pun tak uzur sejak dari bersalinkan Bethrisya. Tu yang tak sangka bole pregnant lagi tu.. Kelakar pun ada..Tapi hubby mmg sangat seronok.


WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby


WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
1st Child
Ya, kami memang sangat berharapkan dapat baby secepat mungkin.

2nd Child
Yang ni secara tidak sengaja.. ehehhe... Ingatkan nak jarak sikit no 1 dgn no 2... tapi rezeki tuhan nak bagi.... ^____^


WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?
Bethrisya Azlyena Bte Mazly


WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
Girl


WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Dari awal dah tahu jantina baby, so memang prepare nama untuk baby girl je.


DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Memang impikan baby girl as our first child.. Bole tolong mummy jagakan adik-adik.


WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?
1st Child
02 August 2006



2nd Child
19 March 2008




DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
1st Child
07 August 2006

2nd Child
01 April 2008


HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
Oh My God!!! I'm a mummy....Syukur yang tak terhingga atas kurniaan Tuhan yang tak ternilai itu. Meleleh air mata kegembiraan bila tgk baby. Terasa lengkap dah hidup ni bila diberi peluang melahirkan zuriat buat si suami.


HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
1st Child
26 tahun

2nd Child
28 tahun


DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU G IVE BIRTH?
Of course. Senang nak buat preparation.


DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
1st Child
Tak de langsung.. Kadang2 tak rasa pun yang tengah pregnant. Ditambah pulak perut yg amat kechik.. Orang2 tak tau pun yg kita ni pregnant.

2nd Child
Agak teruk jugak diawal2 prenant, sampai kene tahan wad untuk masuk air.. Huhuhuuuhuu...


WHAT DID YOU CRAVE?
1st Child
Limau bali. Tetiba susah pulak nak cari time tu.. Hubby dah le atas kapal.. Berusahalah mencari sendiri. Nasib ada kengkawan yang sesama tolong carikan.. Last2 dapat dari kawan Chinese yang mintak mak dia belikan kat Batu Pahat.

2nd Child
Sizzling Chicken Chop kat kedai Amigos, Melakaraya... Hubby balik je, terus bawak gi makan kat situ..Seminggu kemudian terus terberanak... ehehehhe..


WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Tak de kot


HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
1st Child
Before pregnant = 43 kg
Sebelum bersalin = 57 kg

2nd Child
Before pregnant = 42 kg
Sebelum bersalin = 54 kg



DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
1st Child
Baby breech. Sampai ke akhirnya dia tak nak pusing dan duduk betul2. Yang lelainnya semua ok.

2nd Child
Mabuk hanya diawal trimester pertama sahaja... Bulan-bulan seterusnya semua berjalan dengan lancar. Siap bole naik kapal terbang gi shoping2 kat Langkawi lagi masa trimester ketiga... ehehehe


WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Raja Specialist Maternity


WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
1st Child
My friend from school. Kak Dian n Kak Siti Zue. Pagi tu dah rasa sakit tapi pergi gak sekolah. Siap masuk kelas di tingkat 2 dan mengajar..Sambil mengajar, sambil tahan sakit... Pastu siap bole gi breakfast dulu.. Then kena marah n bebel ngan cecikgu kat sekolah ni.. Tu yang Kak Dian terus tolong hantarkan ke hospital. Hubby dah ada kat darat tapi dia attend Senior Officer Forum kat Holiday Inn Shah Alam. Bila bagitau yang dah ada kat hospital, terus kelam kabut dia balik Muar. Punya lah cuak sampai tak bole nak drive. Terpaksa abang dia tlg drive balik muar dan balik kl semula naik bas.


2nd Child
Gi klinik with hubby. Ingatkan nak jumpa doctor je coz rasa cam sakit2 pinggang.. Then doctor terus suruh admit.


WHO IS YOUR GYNEA?
Dr Raja


HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
1st Child
Sampai klinik kul 10.30. Masuk OT kul 2. Siap suh doktor tunggu kejap coz hubby tak sampai2. Bila dia sampai je terus salam mintak maaf dan dengan tenangnya berjalan masuk OT. Kami memang dah tau kene operate coz baby songsang.


2nd Child
Sampai klinik kul 9 pagi. Rasa sakit dari mlm. Bila check memang contraction dah kuat. 5 minit sekali, 4 minit sekali. Tapi bila doctor check baru 1 cm. Waduhh... Rasa macam dah tak tahan dah.. Doctor bagi suggestion utk ceaser.

Reasonnye :
- Ada sejarah c-sec
- baby agak besar berbanding mummynya yang kecik molek ni.
- dah sakit dari malam so doctor takut tak cukup tenaga bila nak push nnt.

Bila discuss2 dgn doctor, tanpa tanya pendapat mummy, ayah terus setuju utk operate coz dia tak nak amik risiko. Takut2 baby lemas or termakan najis.

Doctor ngan misi terus buat preparation OT, call pakar bius, dan terus start operation kul 1 lebih petang.



WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
1st Child
2.25 pm

2nd Child
1.51 pm


WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Disebabkan dua-dua C-sec, makanya, Ayah tak dapat lah masuk OT sesama mummy...


WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-sec for both pregnancy


DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
1st Child
Nope.

2nd Child
Injection utk kurangkan sakit.


DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
1st Child
Sampai 1 tahun 2 bulan. Dia stop sendiri bila mummy dah pregnant kan adik.

2nd Child
Sampai sekarang masih menetek lagi. 1 tahun 10 bulan.


ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Kalau ikut perancangan maybe 2011 baru nak tambah baby, tapi hubby kata nak tahun ni.. Dia kata tahun depan dia dah tua.. ahahhaha... Kita tunggu dan lihat je lah ye.



"Sesungguhnya pengalaman mengandung itu sesuatu yang teramat indah dan anak-anak itu anugerah tuhan yang tidak ternilai".


Monday, January 11, 2010

Musickids

Ready to go .

Last Friday, Bethrisya started her Musickids class at Yamaha Music School. Dia memang sangat bersemangat untuk start her music class. Ianya tidak focus untuk belajar piano sahaja, tapi lebih kepada pendedahan awal berkenaan muzik kepada kanak2. Memang sangat interesting coz ianya melibatkan parent participation. Kita akan buat semua aktiviti dengan diaorg.. Mmg enjoy sangat.. So, bila kat rumah nnt, parent leh practise lagi sesama dgn anak2..


The books, cd and bag


Bethrisya with her new bag.
Showing stickers that she got from her teacher.


Berangan main piano.
Dance with her teacher n classmates.

More info berkenaan musickids, click here.

Sunday, January 3, 2010

Jom Gi Singapore

Sementara Mr Hubby masih lagi bercuti, kami memanfaatkan masa yang ada dengan berseronok ke Singapore pula. Walaupun penat kerana orang yang sangat ramai di setiap destinasi yang kami pergi, kami tetap bergembira dan berpuas hati.. Melihat senyuman kepuasan di bibir dua buah hati kami dengan mulut yang petah bertanya itu ini membuatkan kami tersangat bahagia.

Thanks to Charlie, yang menjadi pemandu pelancong yang setia melayan kerenah kami... ehehhe...

Rasanya dua-hari-dua-malam di Singapore memang tak cukup...Banyak lagi tempat yang tak sempat nak pegi dan yang pasti memang tak sempat nak bershopping sakan kerana banyak sangat shopping complexnyer..Pergi mana yang sempat jerk..Apatah lagi si Rayyan dah mula mengamuk coz kepenatan..Terkubur lah hajat Mummy dia yg bercita-cita untuk membeli itu ini dan terselamatlah juga duit Ayah dari menjadi mangsa Mummy.

Dengan ini saya isytiharkan bahawa saya perlu mengumpul lebih banyak duit bermula dari sekarang untuk bershopping sakan di Singapore lagi... ehehhehe...


Syian Ayah kene beratur utk beli tiket untuk ke Sentosa Island


@ Merlion


@ Images of Singapore


@ Images of Singapore


@ Sky Tower


@ Butterfly Park n Insect Kingdom


@ Dolphin Lagoon Underwaterworld
@ Night Safari


@ Singapore Flyers


@ Merlion n Singapore F1 track


@ Merlion


@ Faber Mount


@ Orchard Road
@ Hard Rock Cafe

Friday, January 1, 2010

Happy New Year.