Saturday, December 31, 2011

Happy New Year... 2012 !!!!

Penawar duka lara...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
Semoga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kita semua
Insyaallah....


p/s : Yip yip horreeyyyyy.... Selepas menanti selama 6 bulan 1 minggu, kerinduaan kami bakal terubat 7 hari lagi..... Alhamdulillah... 

@ 31 weeks

Wahh.. cepatnya masa berjalan.. Mummy dah memasuki minggu ke 31... Makin dekat masanya, makin berdebar pulak rasa hati ni.. Dalam tak sabar menanti si kecil ni, terselit juga rasa takut nak masuk OT.. Takut nak membayangkan perut dibelah utk kali ketiga... Moga-moga segalanya dipermudahkan dan semoga kami berdua selamat dan sihat hendaknya...


Little Baby @ 31 weeks
1.6 kg

Pergerakan baby semakin ligat berpusing-pusing dalam perut ni.. Seligat Mummy dia yang tak henti-henti berjalan je di trimester ketiga ni.. ehehhe.. Muar-KL hampir setiap minggu.. Muar-Melaka hampir dua hari sekali.. Mak kata, mesti baby dalam perut tu kalau bole bercakap, mesti dia akan kata, Mummy ni selagi belum bersalin, selagi itulah dia berjalan... Alasan membeli barang-barang utk baby memang sangat meyakinkan.. eheheh.. Sementelah lagi sana sini sibuk dengan YES..... Haruslah memanfaatkan masa cuti sekolah yang ada kan.. Nanti bila sekolah dah bukak, pergerakan dah terbatas coz dah sibuk dengan kerja sekolah pulak...

Lagipun seboleh mungkin, Mummy ingin lengkapkan segala persiapan untuk meyambut kelahiran baby sebelum Ayah balik.. Supaya Ayah dapat berehat secukupnya bila sign off nanti.. Mummy tahu dan dapat rasakan kepenatan terlampau Ayah yang belayar selama hampir 7 bulan kali ni... So, tak nak lah menyusahkan dia nanti.... Biar dia rehat pepuas dulu sebelum baby lahir... Lepas Baby lahir, semestinya dia akan kembali sibuk dan penat...

Si kakak dan Si abang pun makin seronok berbual dengan baby.. Mungkin jugak kerana perut Mummy sudah semakin kelihatan kebulatannya... Dan baby pun selalu respon menendang2 perut Mummy bila Kakak dan Abang dia dok usap-usap perut Mummy...  Semoga Bethrisya dan Rayyan akan jadi Kakak dan Abang yang terbaik buat adik mereka kelak... Tak sabar nak tengok gelagat diaorg bertiga main bersama-sama nanti..


Mummy @ 31 w
52.5 kg

Insyaallah, kami dah pun mula memangkah kalender menghitung hari menanti kepulangan orang yang sangat-sangat kami rindui... ^____________^... Semoga Ayah selamat sampai kepangkuan kami......


Friday, December 30, 2011

ARIANI

Sale separuh harga di ARIANI di lanjutkan lagi sehingga 2 Januari.. ehehehhe.. Agak-agak warna apa lagi ye yang tak de? eheheheheh.... Untuk sale yang kali ni je, rasanya dah 5 kali dah menjejakkan kaki ke ARIANI.

Pertama sekali gi ARIANI Jalan TAR (23.12) : Sesak yang amat.. Dah macam beli tudung kat pasar malam. Pergi pulak hari Jumaat time org tgh sembahyang Jumaat, memang ler ramai orang. Tak puas nak membelek tudung-tudung kat sini.

Yang kedua gi ARIANI Kota Damansara (24.12) : Aman damai dan tenteram.. Sangat seronok memilih tudung-tudung kat sini. Seawal pukul 10 pagi dah sampai dah coz dekat je dgn rumah Casa Indah.

Yang ketiga gi ARIANI Kota Damansara lagi (25.12) : Kekonon temankan mak nak tukar tudung dia yg dibeli semalam.. Tapi rembat gak 3-4 helai lagi....

Yang keempat gi ARIANI Melaka pulak (28.12) : Ok gak lah.. Tudung banyak dan orang tak berapa sesak.

Yang kelima pun gi ARIANI Melaka lagi (30.12) ............ Salesgirl tu cakap, nanti datang lagi ye kak sebelum 2 Jan... eheheheheh...... 


Tuesday, December 20, 2011

Our Big Happy Family

Sesekali berkumpul beramai-ramai memang sangat menggembirakan.. Apatahlagi bagi anak-anak kecil. Walaupun tak semua dapat join kerana masing masing ada komitmen masing-masing, ianya sudah cukup menghuru-harakan keadaan dan memeningkan kepala Tokbah dan Tokmak.. ehehhehe.... 

1. Bowling @ One Utama

Abang Piah, Kak Molly, Kak Ida, Iyam

Rayyan pun nak baling gak...

Budak yang kepenatan baling bola bowling

Kami yang meriah...


2. Sunway Lagoon

Bethrisya n Rayyan with Tok Mak n Tok Bah


Budak manja Tok Mak


Rayyan - Alisya - Heidi - Bethrisya


Baju merah yang di sponsor oleh Mummy Zue.


Kemana kah destinasi percutian keluarga kita selepas ni pulak ???? eheheheh.. Cepat ler pikir dan rancang...

Wednesday, December 14, 2011

28 weeks already

Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk minggu ke 28 dah baby kechik dalam perut ni... Masa scan tadi, baby dengan selambernya tgh terkangkang dan menunjukkan penis dia dgn terang dan nyata.. Dan Doc pun kata, confirm ye, masih lagi BOY... eheheheh... Berat baby dah memcecah 1.2kg. Dan berat Mummy dah 51kg.. Alhamdulillah, air ketuban mencukupi dan uri juga letaknya di bahagian atas.. So far tak de apa yang perlu dibimbangkan kerana semua masih dalam keadaan baik. Mummy pun masih ligat dan aktif seperti biasa walau kadang-kadang terasa letih dan sakit sakit pinggang jugak...

@26 weeks
New World Hotel Bintulu

Tuesday, December 13, 2011

Bila Rindu Menyapa...

Ya, memang benar bila dikatakan RINDU ITU INDAH.... 

Tapi sakitnya menanggung rindu itu hanya Tuhan sahaja yang tau.. Dengan diri yang berbadan dua, dengan dua orang anak kecil yang saban hari bertanya bila Ayah nak balik... Kadang kala kalah juga melayan perasaan... Dalam redha, bergelak ketawa, tersenyum manis di luaran.... Namun di dalam hati tersedu pilu tiada siapa yang tahu.... Mungkin sebagai seorang ibu, kita akan cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kerinduan serta kesedihan itu didepan anak-anak.. Tapi bagaimana pulak bila anak sendiri pun dah tak tahan menanggung rindu.....

Disember membawa maksud, sudah enam bulan Ayah belayar.. Satu jangka masa yang sangat lama. Ini lah buat pertama kalinya Ayah belayar bagi tempoh enam bulan... Kebiasaannya hanya 4 bulan... Sebab itu jugak lah anak-anak dah mula resah gelisah bertanyakan tentang Ayah... Setiap hari pasti perkataan Ayah tak kan lekang dibibir.. "Bila Ayah nak balik Mummy?" "Hari apa Ayah nak balik Mummy?"... Apa sekalipun yang mereka buat pasti mereka akan teringatkan Ayah.. "Cantik tak kakak colour ni Mummy? Nanti Kakak nak tunjuk kat Ayah"... "Kakak dah pandai naik basikal tak de balance lah Mummy, nanti mesti Ayah terkejut."... Nanti Mummy beli air Ayah ye Mummy, abang dah lama tak minum air Ayah".... "Ship ni kecik kan Mummy, ship Ayah besarrrr..." Dan ketika menghadiri majlis harijadi anak salah seorang rakan Mummy, satu ayat yang tak disangka-sangka keluar dari mulut si Kakak... "Semua orang ada Ayah, Mummy.. Ayah kita je tak de.." .... Sayunye hati mendengar keluh resah si Kakak.. Mungkin dia terasa bila melihat kanak-kanak lain riang gembira bergelak ketawa bersama Ayah mereka... Mujur tak lama selepas tu dua orang kawan Mummy sampai bersama anak masing masing yang mana suami mereka pun masih dilautan... Mummy pun bgtau kat Bethrisya... "Ayah diaorg pun tak de Kakak.. Ayah diaorg pun work kat ship.. Bukan Ayah kakak je yang tak de... Nanti Ayah kakak balik ye...." Baru lah dia tersenyum kelat.... 

Kandungan Mummy pun telah mencecah usia 28 minggu.. Kata orang, baby ada kebarangkalian untuk keluar mulai detik ini.. Setiap malam tak kan pernah jemu berdoa serta memujuk baby supaya sabar menanti sehingga Ayah pulang kepangkuan. Setiap malam jugak berdoa agar si Ayah cepat dapat pengganti dan kembali kedaratan dengan selamat.. Kalau orang lain bersenang lenang pergi membuat pemeriksaan ditemani suami tercinta, pergi membeli belah barangan baby bersama-sama, makanan yang didamkan semua dapat ditunaikan oleh si suami, bila sakit ditengah malam ataupun kaki kekejangan, si suami setia menyapu minyak dan mengurut, TETAPI tidak bagi kebanyakkan isteri si Pelaut... Kami tak rasa semua itu.. Kalau ada pun, mungkin sekejap, di awal kehamilan mahupun diakhir kehamilan dan bukanlah sepanjang 9 bulan 10 hari.. Segalanya kami harungi sendirian..  Pahit manis, sakit pening, serta mabuk semua dilalui dengan sabar dan tabah...Ada juga yang tidak bernasib baik bilamana terpaksa melahirkan anak tanpa kehadiran suami disisi... Inilah ketentuan-NYA....

Namun, kami tetap akan menunggu dengan sabar... Kami tetap akan menjadi perindu yang setia.. Kerana di laut lah rezeki Ayah tertulis.... Doa kami tak kan pernah putus buat Ayah di sana.... Sedalam mana kami rindukan Ayah, dalam lagi rindu Ayah pada kami.... Moga detik penyatuan itu menjelma tidak lama lagi.. Insyaallah...


Buah hati pengarang jantung.

Monday, December 12, 2011

Baby Stuff

Rasanya saat yang gembira bagi mereka yang berbadan dua ni adalah bila mula membuat persiapan menerima si kecik dalam perut ni.. ehehhehe... Tidak kiranya ianya pregnancy yg pertama, kedua mahupun yang ketiga.. Tetap teruja membeli barangan baby. Seronok sangat bila tengok baju-baju yang comel-comel, secomel si pemakainya nanti...

Alhamdulillah, kandungan pun dah memasuki minggu ke 28 dan sedang eloklah untuk mula membeli barangan si kecik ni... So, last weekend, alang-alang berada di Kuala Lumpur, dan bersempena dengan Y.E.S yang sedang berlangsung, marilah mula membeli-belah... Dari Sunway Pyramid ke The Curve pada hari Sabtu... Bersambung pulak ke Alamanda pada hari Ahad.. Sangat gigih kesana sini bersama dua budak kecik ni je...  

Dan yang pasti, sebelum berjaya membeli barangan baby, barang utk si kakak dan si abang dulu lah yang banyak di borong.. Cashier kat Toy'r'Us Sunway Pyramid tu siap tegur, ni hadiah-hadiah utk Krismas ke kak?? hahahahha.. Banyaklah dia punya krismas, Tu semua toys utk buah hati dua orang tu ler... Tersenyum je dia.... Selagi tak beli, selagi itulah tak tenteram Mummy nak memilih barang baby...


Antara yang sempat dibeli

Masih setia dengan barangan Mothercare dari si Kakak ke si Abang sampailah ke si Adik.


Tapi yang paling special adalah dua helai baju ni... ehehhehe.. Kalau dah namanya anak orang kapal, setiap barang yang dibeli mesti nak ada kene mengena dengan kapal... Bila nampak je baju ni, tanpa pikir panjang, terus je beli.... Rasa cam bangga je bila anak-anak pakai baju yang bertemakan kapal....







p/s : Edisi membeli belah bersambung lagi di lain minggu. Kali ni memang kena bawak Bibik or Tokmak jugak..

Tuesday, November 29, 2011

Puteri Nilam Nov 2011

Segalanya tidak lah dirancang secara terperinci.. Bermula dengan hanya perbualan biasa dan gurauan semata-mata, tapi akhirnya ianya menjadi kenyataan. Maka pada 26.11.2011 yang lepas, terbanglah Mummy untuk bertemu kekasih hati yang dirindui. Tak tau lah siapa yang lebih rindukan siapa... Mungkin jugak dua-dua dah tak tahan menangung rindu... Almaklumlah, dah nak masuk 5 bulan Si Suami belayar.. Memang sepatutnya dah balik pun, tapi demi baby dalam perut ni, kami berkorban lebih sedikit.. So, sabar lagi ye...

KUL - BINTULU

Bila sampai di kapal, jambangan bunga ini dah menanti.. Tukang beli dia siapa lagi kalau bukan adik comel Fairuz Hazril... ehehhe... Tq Fai, coz melayan permintaan si Capt yang dah jadi mamat bunga ni.. ehehehh...

I love Roses... TQ Sayang... 

Alang-alang dah bertemu dengan si Ayah, si Baby dalam perut ni pun apa lagi, mari kita mintak makanan yang sedap-sedap... ehehehh... Terpaksa lah si Ayah serta Chief Steward Baba melayankan kehendak si Baby serta si Mummy... 

Untuk lunch, Fish and Chips siap terhidang di atas meja... 

Sebelum dimakan.

Sedang menjamu selera.

Selepas selamat semuanya masuk ke dalam perut.

Untuk dinner pulak, chicken lasagna siap terhidang. Chief Steward Baba siap buat extra untuk Mummy bawak balik.. Dia siap frozenkan dan Mummy tinggal masuk dalam oven je nanti.. Dan lasagna Baba ni memang tiada tandingan.. Sedap sesangat hingga tak terkata...

Lakonan semata-mata.

Yummy... yummy
Sebelum di makan.

Sedang menikmati kelazatannya.

Setelah selesai..

Eheheheh.. Dah kata kan, baby ni baby gold coast.. Memang nak makan western je..  Apa bole buat kan.. Layankan je lah selera dia..

Tak sah kalau naik kapal tak amik gambar kan.. Walaupun bergambar di tempat yang sama, tetap nak amik gak.. eheheh... Kenangan terindah untuk diabadikan.. Lagipun kali ni lain skit coz perut dah membuncit... Sentimental valuenya lain skit lah kan... 

Perut siapa lagi besar.
eheheheh

@ 26 weeks

Dalam office Capt

Dapat jugak baby merasa kehangatan tangan Ayah dia.

Dan sebagai habuan kerana terpaksa ditinggalkan, Mummy sempat lah belikan benda-benda ni untuk buah hati tersayang dua orang ni kat KLIA tadi. Bukan main excited lagi bila nampak Mummy beli toys dan coklat banyak-banyak.. Tq sayang, coz sentiasa menjadi anak-anak yang baik... Mummy dan Ayah sayang korang sangat-sangat...


Muka gembira dapat toys baru.

*


*


*


*



Sayang,
Time flies when i am with you,
But it stops,
When you're not here.
I am missing
Our warm and cozy moments.
Waiting till.........
We're together again..

Wednesday, November 23, 2011

We Go Together

Bethrisya with her 5 years old classmates
Bukan main gelek lagi ye..
ehehhehe...


Bethrisya the Bellerina

Bethrisya with her ballet friends.
She's the only Malay girl in this group.
I'm proud of u dear...

Rayyan the Little Froggie

Mari kita menonton video pulak...

^____^


Persembahan 3 years old kids




Tuesday, November 22, 2011

Qdees Annual Concert 2011


Ini merupakan concert kali KETIGA buat Bethrisya dan kali PERTAMA buat Rayyan... Oleh kerana ini kali pertama kedua-dua buah hati beraksi dalam concert yang sama, ditambah pulak dengan keadaan Mummy yang berbadan dua, so Ayah kata, tak perlulah Mummy kehulur kehilir untuk mengambil gambar anak-anak.. Ayah suruh upah photographer je utk amik gambar budak berdua ni... Eheheheh.. Makanya, Mummy boleh lah duduk diam dan menikmati kemeriahan consert tanpa terkejar2 untuk merakamkan aksi anak-anak setiap detik dan waktu...

Bethrisya buat dua persembahan pada malam tersebut.. Satu untuk show ballet dia, dan satu lagi show untuk class dia, dance yg bertajuk "We Go Together".. Rayyan buat satu show je, "Little Froggie"..

Gambar belum dapat lagi dari photographer, tp ni ada skit yang dia dah emailkan... 

Seisi bermake up

Suker ler bila di make up kan

Nak lipstik colour merah tau Mummy !!!

Ensem boy Rayyan yg susah betul nak disuruh berposing.

Budak bertuah ni tak payah diajar..
Memang suke je bila diajukan camera kat dia...

I love u too Bethrisya.

Top 15 Most Consistent Students 2011
5 Years Old

Bethrisya the Bellerina

Seriusnya muka

Rayyan the Little Froggie

Alalalala... tomei tomei..

Senyummmmmm

Mummy, Rayyan, Aqis dan Miza
Masih menunggu Bethrisya pulak buat show.

Sibuk dia nak tgk video yang Mummy amik.

Buah hati pengarang jantung Mummy dan Ayah.
Kebanggaan kami dunia dan akhirat.
Bethrisya Azlyena & Rayyan Muszaphar