Wednesday, June 24, 2009

Fadhilat Bulan Rejab

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Tuesday, June 23, 2009

Demam Cupcakes

Baru dapat email dari Kak June, cupcakes kasih .. Dia kata ramai lagi wife/tunang/gf orang kapal yg call dia untuk order cupcakes buat chenta hati yg jauh dilautan... hahahha... Semua dah demam cupcakes yerk.. Tak pe tak pe, mungkin ini salah satu cara untuk kita meluahkan rasa cinta, rindu, kasih pada yang jauh dimata....

Pada mereka yg berkenaan, dah dapat cupcakes tu nanti, jangan lupa share yer.... Nak tengok gak kecomelan hasil tangan Kak June.

^__________________^

Sunday, June 21, 2009

Cupcakes Kasih

Terpengaruh dgn Izan dan Ain Husna, akhirnya Mummy pun order gak cupcakes untuk suami tercinta yang jauh dimata, dekat dihati.... Cheewahhhh....

Dan hasilnya tersangat menggembirakan hati... Berbunga-bunga riang dan tersenyum sampai ketelinga... Kak June telah merialisasikan impian Mummy.

Cupcakesnyer tersangat cantik.. Tak tau nak describekan macam mana lagi... Hasil tangan Kak June dari Cupcakes Kasih sememangnya SUPERB... Thanks u so much Kak June... You really make my day lah Kak June.. Seronok berurusan dengan Kak June... Idea2 Kak June memang kreatif dan ADA CLASSS..... Harap2 Kak June tak serik terima order dari ena lagi ye... Dah siap plan dah nak order cake Barbie for Bethrisya's 3rd birthday bulan August nanti... Sure suker gile princess mummy sorang ni.... Takut dia tak nak potong je kek Barbie dia tu nanti... hahahhaha...

Walaupun tak dapat nak tgk cupcakes tu secara live, sebab Kak June dah siap tolong packingkan untuk dipos, tapi Kak June dengan baik hatinya telah meng'email' gambar2 cupcakes tu... Dan Kak June jugak dah update kan entry pasal "Rindu Selaut Sepi" kat blog dia... Terima kasih sekali lagi Kak June sayang.....

Cupcakes Kasih buat Abang


Abang, agak2 perut teddy bear syomell tu sama tak dgn perut abang ????


4 biji cupcakes diletakkan dalam satu kotak


6 kotak kecik cupcakes diletakkan dalam satu kotak besar. Sedia untuk dipos ke Bintulu.

Sebenarnya Mummy cuba untuk buat ini sebagai surprise untuk Encik Captain tu... tapi surprise mummy sekali lagi tak menjadi... opss jgn salahkan Bethrisya, kali ni bukan dia yang bocorkan rahsia... Tapi rahsia terbocor disebabkan kelalaian Mummy sendiri...

Encik Captain beli hp baru masa dia tgh anchor kat Bintulu tu... Nokia N97lah pulak.. Then, dia nak setkan email dlm HP tu, so dia mintaklah Mummy email address streamyx kitaorang dengan passwordnya sekali. Tanpa ragu2 Mummy pun bagi dan langsung tak teringat yang segala email berurusan dgn Kak June mengenai cupcakes tu ada dalam email ni.. So tetiba Encik Captain call dan tanya, " Honeyyyy.....(sila baca dgn nada manja ye).... Cupcakes kasih tu apa ye....." Then dia gelak dan gelak dan gelak..... Aduhhhh, bengong betul lah Mummy ni....rahsia telah terbongkar... Waduh waduh waduh... nak tak nak Mummy pun ketawa lah sama... Mentertawakan kebengongan sendiri.... Haahhahah....

Tapi yg paling best, dia siap tanya banyak tak kita order, cukup tak nak bg semua orang atas kapal tu... Aduhaiii Encik Captain ku sayanggggg, kita order utk dia, dia boleh pulak sibuk2 nak bagi semua orang... Sayang betul dia kat anak2 kapal dia tu ye... Mintak maaf lah Sayang, Honey order skit je.. Special utk Abang... Next time, time abang nak sign off, honey order lagi utk bagi semua orang yg ada atas kapal tu ye.... ^______^

Thursday, June 18, 2009

Anchor lagi...

Bulan ni sekali lagi Puteri Nilam anchor kat Bintulu... dan kali ni agak lama gak kapal tu dok diam kat situ.. Sampai bulan Julai...Nasib baik lah kitaorg guna plan Celcom 1+5, so call free... Kalau tidak, sure bil melambung-lambung...

Suker suker suker... ^______^.....

Mummy nak cuba petua Marsha .. Bagi Rayyan isap puting ... Kalau lulus, boleh lah Mummy tinggalkan dia sekejap dan terbang ke Bintulu ... Rayyan kalau tido malam mesti nak melekat kat tek, tu yg susah nak tinggalkan dia tu ....

Tak pe, kita cuba ek... Kalau berjaya, terpaksa lah dia ni jadi ibu sementara untuk Bethrisya n Rayyan... Hahahhaha... Practise yerk.. Nanti mana tau, anak2 dia, Bethrisya pulak yang akan jaga...

Wednesday, June 17, 2009

Bibik ooo Bibik

Geram ni, gerammmmmmm....

Masih ingat yang ini. Sepatutnya bibik ku itu perlu balik ke Malaysia on 14 June coz 15 June Mummy dah start sekolah, tapi....... on 13 June dia call bagitau tak dapat feri .. Feri penuh... So dia akan balik hari Rabu, 17 June.. Time tu dah start geram dah... Dah pesan dah kat dia, sampai je Bengkalis aritu, terus book tiket.. Tapi degil... Hari sabtu baru nak gi book tiket, mmg lah feri penuh.... Tak pe tak pe, masih boleh bersabar.

Hari ni lah sepatutnya dia sampai ... Tapi, kesabaranku diuji lagi.. Baru jap tadi dia call Tok Mak kata tak bole balik. Ada masalah apa tah kat sana yg buat dia tak leh naik feri... Pajak diri katanya... Tah tak faham ... Dan dia tak bagitau pulak bila dia boleh balik.. Ini sudah lebihhh... So, Tok mak yang kegeraman, cecepat call En Rafar (Agen yg kitaorg selalu mintak tlg berkenaan maid ni). En Rafar kata, dia just bayar je RM 20 kat org sana tu utk isi borang apa tah.. Then bole lepas balik Malaysia... Bukannya susah sgt... Ataupun, dia mmg dah plan nak cuti lagi dan lagi dan lagi.....

Ish, sakit ati betullllll lahh... Diaorg kan ni kita dah cuba tolak ansur buat baik kat dia, jaga hati dia, dia pulak main-main kan kita dan amik kesempatan atas kebaikan kita... Kalau dia dah tak nak keje sini lagi, bgtau je lah... Balik cuti aritu, kiranya terus berhenti... Tak yah ler susah payah kita renewkan permit dia... Beribu gak aritu kene...

Balik sekolah ni, I will call her and nak slow talk.. Nak tanya bebetul, samaada dia nak balik keje sini lagi atau tak nak... Kalau nak, i will give syarat2 yg perlu dipatuhi dan mungkin potong gaji sbg pengajaran... Kalau tak nak, i will stop her permit dan cecepat cari maid lain...



Sunday, June 14, 2009

Esok Sekolah daaaa...

Esok semua anak murid dan termasuk lah cikgu sekolah akan mula bersekolah semula setelah bercuti selama 2 minggu.Waduh Waduhhhh, kenapalah sekejap sgt cuti kali ni.. Rasa macam tak puas lagi bercuti. Ditambah pulak dgn beberapa lagi skrip essay yang belum siap ditanda.. Ish,ish, ish,apa nak jadi dgn cikgu ni sorang.. Akan ku gagahkan jugak mata ni untuk membaca essay2 tersebut malam ini...

Sepanjang cuti dua minggu ni perkara yang paling best dibuat setiap hari adalah melayan dua budak bertuah ni.. Si Bethrisya yang semakin bijak dan petah bercakap, Si Rayyan yang semakin ligat dan panjang akalnya... ehehhe... Walau penat macam mana pun tak kan terasa.. Indahnya hari2 diwarnai dengan anugerah Allah ni kan.. (mcm manalah orang boleh dera dan buang anak sendiri....)

Gambar2 ni special buat Abang yang tengah anchor kat Bintulu... ehehhee...Anchor lagik.. Captain ngan anak2 kapal Puteri Nilam ni makan gaji buta ye....ehehehhe.... Kami rindukan Ayah... Kalau bole, nak jerk panggil Superman dan terbangkan kami ke Bintulu untuk peluk2 Ayah dan lepaskan rindu kat Ayah... Tapi apa kan daya, dapat mendengar suara dan buat video call setiap hari pun dah cukup baik...

To Abang,

Tengok lah gelagat anak-anak kesayangan abang ni... Semoga sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan Abang pada mereka.. Dan hakikatnya they miss u too Sayang.. Bethrisya sampai tersasul2 panggil ateh kasya dia, 'AYAH'.. Mungkin dah lama sangat perkataan "AYAH" tu tak keluar dari mulut dia dan dia terlalu rindu nak sebut "AYAH"..... Rayyan pulak ,kalau ditanya, mana Ayah, jari tangannya akan terus menunjuk pada gambar kahwin kita yang tergantung di dinding....

Sayang,

You may not be here with us, but you're always here in our hearts and our minds... We miss u a lot !!!!


Setiap pagi mesti nak main bubble dalam bath tub.


Beautiful Bethrisya


With her new boots


Terlebih makan leher ayam la anak ayah ni


Ensem boy Rayyan


Run Rayyan Run


Friday, June 12, 2009

Bethrisya yang tak boleh simpan rahsia....

Bethrisya ni memang tak boleh simpan rahsia lah... Budak kecik kan, jujur je..

Kejadian Satu

Masa bangun pagi semalam, hanger kat ampaian baju patah. Tok Mak membebel2 macam mana lah hanger tu boleh tiba2 patah. Dengan selambernye Bethrisya jawap, " Tok mak, tok mak...Kak Nina yang buat.. Kak Nina yang patah kan.., Ishhh ,Nina ni, apalah Nina ni patahkan itu...". Time tu Nina tido lagi, so dia tak dengar la si Bethrisya kutuk2 dia ... :P... Memula cam caya tak caya, betul ke Nina yang sebabkan hanger tu patah.. Bila Nina bangun jer, Tok Mak terus tanya, "Nina patahkan hanger baju tu ker?"... Nina yg tgh blur2 baru bangun tido terus tergelak dan cakap, "Ni mesti Kak Chica yg bagitau ni". Hahahaha.. Rupanya hanger tu terpatah sebab Nina terlanggar masa tengah main dgn Bethrisya dan Rayyan petang sebelumnyer. Kiranya, memang betulla Nina yang buat seperti kata Bethrisya.



Kejadian Dua

Mummy kekonon nak surprise kan Ayah dgn kad dan award father's day yang ada cop jari Bethrisya ngan Rayyan ... Tapi belum apa2 lagi si budak bertuah sorang tu dah bercerita kat ayah dia dah.. Sabo je lah kan...

Mummy beli kad father's day dan award the world's greatest dad untuk ayah.. Disebabkan Bethrisya dan Rayyan belum pandai sign nama diorg so mummy pun cop je lah ibu jari tangan diaorg kat atas kad dan award tu... Masa tengah cop tu Bethrisya sibuk tanya, " Nak buat apa ni mummy?". Mummy bgtau lah nak bagi kat ayah... Tup tup semalam masa ayah call dari Bintulu, dengan bersemangatnye dia cakap kat, "Ayah.. ayah, kak Chica cop cop kat kad ayah...Adik Rayyan pun cop cop jugak ... Mummy buat kan.. Cantikkkkk...." ... Tergelak-gelak Mummy masa tgk dia bercerita beria2 dgn ayah.. Then masa ayah cakap dgn mummy, ayah pun tanya lah,apa kebenda yg dia cop cop tu ... Muahahhahaa.... Terpaksa la mummy bercerita kat ayah pasal kad tu... Tak surprise langsung la....








Monday, June 8, 2009

Princess Barbie

Ada gaya Malaysia's Next Top Model tak?????







Gambar-gambar ni di ambil di The Curve, ada promosi barangan Barbie.. Purchase any items rm50, will get one free make over n taking photo.. Additional one photo = rm8 .. Additional three photos = rm20 .... Mummy amik additional six photos... ehehee... Tok Mak dia nak satu, aunti dia nak satu....

Tapi mmg seronok tgk gelagat si Bethrisya ari tu... Diam je bila disolek... Suker sesgt... Then bila photographer tu suh posing, dia ikut je apa org tu ckp... Bagus betull.... Memang kaki melaram minah ni sorang.... Anak sapoooo la ekk..........

Sunday, June 7, 2009

I'm Maidless

Aduh pening jugak kepala ye bila maid balik kg.. Ingatkan cuti sekolah ni boleh lah merehatkan badan dan jugak minda ... Rupanya hasrat tak kesampaian... Tapi lebih baik dia cuti sekarang ni daripada dia cuti time raya nanti... Lagi haru biru...Nak-nak kalau ramai orang datang rumah nanti kan...

Fuuhhhh, memang penat woo, menguruskan budak bertuah dua orang ni.. Kelam kabut betul rasanya.. Apatah lagi si Rayyan yang memang tengah ligat dan lasak tu.. Bethrisya dah besar dan dah boleh disuruh...ehehhe... Pinggan mangkuk pun abis berdentam dentum dia nak tolong basuh... Bagus anak mummy kan..

Itu lah kebiasaannya baju dah ada orang basuh dan ironkan, rumah dah ada orang sapu dan mop, balik sekolah, makanan dah siap terhidang atas meja... Senang-lenang je kan... Tapi dua minggu ni, semua kene buat sendiri... Barulah merasa KENIKMATAN menjadi surirumahtangga sepenuh masa...

Nasib baik ada NINA yang menjadi bibik sementara yang glamour lagi vogue.. Ehehhe... Boleh lah tetolong mana-mana yang patutkan.


@ Jeti Melaka - Me, Rayyan, Kak Chica, Kak Su (my maid) and Tok Mak


p/s : Macam mana ek, Kak Shima melayan kerenah dua orang anak-anak dia bila hubby belayar.. Salute akak !!!!

Tuesday, June 2, 2009

From Puteri Nilam with LOVE.

Sayang,

Thank u so much for the memorable birthday I ever had. Eventhough we are far apart, u still trying your very best to make my birthday so meaningful and hard to forget.

First, u sponsor the birthday dinner.

Then, u send a basket of lovely flowers n a tin of famous amos. What a surprise !!!! Never thought that u will do such efforts... It's really touch me Sayang.. 

Sayang,

I may not saying this everyday, but i want to THANK YOU for all that u do ... Having u in my life makes everything so special and wonderful. I LOVE YOU !!!!!!!




01 June 2009



"Happy 29th years old to me.."

As plan, E&D birthday dinner went so well. Thank to all yang datang that night. Love u all so much. The family, friends, the Seafares Club, even pengantin baru Reen & Khai pun datang jugak.. Korang mmg rock!!!!!! 

Mari kita makan.....


The BirthdayGirls


KakChica pun nak menyelit gak....


Us


Peace!!!!!


Ada rezeki lebih nnt kita makan2 lagi yerk.. Apapun thanks to Hubby yang 'mensponsor' dinner ni.. Biasalah dia, kalau bab makan2 ni mmg no satu.. Even dia jauh di atas kapal, dia lah yang menetapkan menu tu semua. Dia kata alang2 nak belanja orang makan, mesti lah makan yang best. Biar semua orang puas hati... Dan hakikatnya, memang sangat berpuas hati. Food yang sangat best.. Harap2 tetamu semua berpuas hati jugaklah yer.. Maaf kalau ada kekurangan.. 

Tq jugak pada semua yang bersusah payah bagi hadiah... Kesian korang kan, kene bawak dua hadiah...ehehhehe...

How I wish abang can be with us ......


Kak Chica, Rayyan n Miza


With my nieces and nephews.


Monday, June 1, 2009

Reen & Khai Fairy Tales Wedding

Thanks Reen for the invitation..  It was superb.. U look really great n gorgeous in your white gown and very nice veil... So do your charming hubby, that can't stop himself from smiling all night long.. Mesti dalam hati dia berkata-kata, 'hahahaha, melepas dan melopong lah lelaki2 lain, REEN is now mine !!!!!!!!!

Selamat Pengantin Baru buat Reen n Khai.. May u lives happily ever after..

* curi dari blog Dina.


Kak Chica yang sgt seronok coz dapat dengar lagu2 dari disney princess movie.


Si Torquise dan Si Merah


Us with Pengantin.


Linda, Dina, Fizzone, Kak Chica, Me, Nina, Reen, Khai and Azrul