Sesungguhnya menjadi isteri sang pelaut ini mmg memerlukan ketabahan dan kecekalan hati yang sangat kuat.. Segalanya perlu dilakukan sendiri ketika mereka tiada.. Sakit pening semuanya diharungi sendiri..
Setelah berhari-hari mengharungi hari-hari sukar yang menuntut kekuatan fizikal dan mental dalam menguruskan abah yang tercinta, berulang alik ke Kuala Lumpur dalam urusan rumah, kerja di sekolah yang tidak pernah akan surut serta menolong kakak ipar yang ditimpa musibah, akhirnya hari isnin lepas, mummy tewas jugak...
Bangun pagi untuk kesekolah terasa dunia ini berpusing-pusing. Namun tetap digagahi jugak untuk ke sekolah.. Memandu dengan penuh kesukaran kerana kepala terasa begitu berat.. Masih cuba hadirkan diri diperhimpunan mingguan.. Dipertengahan perhimpunan,segalanya terasa seperti tidak tertanggung lagi.. Keluar dari perhimpunan menuju ke bilik guru... Ingatkan nak merehatkan diri buat seketika, tapi rupanya keadaan bertambah teruk.. Pening menjadi-jadi, sehinggakan termuntah-muntah hijau kerana perut masih kosong di pagi hari... Tidak tahan dengan keadaan diri, terus minta izin dari pengurusan untuk ke klinik.. Sekali lagi, memandu dengan penuh kesukaran.. Alhamdulillah, Tuhan sentiasa melindungi.. Menurut doktor, diri ini terlalu penat dan mengakibatkan kitaran darah menjadi tak betul. Doktor bagi MC dan arahkan untuk berehat. Tapi bila ada anak kecik, mana ada istilah REHAT dalam hidup.. Tidak mengapa, itulah kekuatan Mummy untuk kembali sihat.. Kasihan mereka terpaksa bermain sendiri bilamana mummy tertidur tidak sedarkan diri.. Terdengar-dengar suara si kecil memanggil mummy, mummy, mummy... Maaf sayang, mummy betul-betul tak larat..
Terasa seperti mendapat suntikan apabila menerima balasan email dari kekasih hati,
"Abg pun rasa bertuah kerana Allah memilih honey utk menjadi isteri abg jugak...pergorbanan honey betul2 byk..tu yg buat sampai penat & pening gila & termuntah2 plak tu..memang le kalau bleh abg nak duduk sebelah honey & nak picit/urut honey yg tgh sakit tapi nak buat mcm mana kan...tgh duduk atas kapal skrg nie utk bekerja & mencari rezeki utk kita semua...abg harap honey jaga le kesihatan dgn berehat & makan secukupnye la hari nie & hari berikutnye..."
Dan malam semalam, menerima pulak panggilan telefon dari +1978010 untuk menanyakan keadaan diri ini... Oh indahnya perasaan itu...
Ya Sayang, I will always be your superwoman.I'll make sure that you will always proud to have me as your wife. I Love u Sayang.. Thanks for everything.
Alhamdulillah, hari ini segalanya semakin pulih dan diri ini sudah semakin sihat untuk menjalani hari-hari mendatang dengan penuh kegembiraan.