Saturday, September 10, 2011

Bunga-bunga Cinta.

Alhamdulillah, ketika masih lagi dalam mood Syawal, diberi kesempatan untuk pergi bertemu kekasih hati walaupun hanya untuk 18 jam sahaja. Bersyukur kerana dapat jugak mencium tangannya memohon ampun atas segala salah dan silap.

9 Sept 2011
11.25pagi : MH 2742
KLIA -BINTULU

Sampai Bintulu at about 1.35pm. Kebiasaannya agen dah tunggu kat arrival hall tu dengan sign MISC, tp kali ni tak de plak. So terus je lah jln keluar dari airport dgn dua org crew yg akan sign on Puteri Nilam. Barulah nampak van agen. Bila crew nak tlg angkatkan beg masuk van, tiba-tiba ada lg satu van berhenti betul betul belakang van agen tu. Dan keluar lah seorang lelaki berambut perang dan ditangannya ada sejambak bunga ros.. Tersengih-sengih tersenyum nakal.. Terkebil-kebil mata ni seolah cam tak percaya.. Laki aku ke ni... Muahahaha.. Terkejut giler bila chenta hati yg dirindui berada di depan mata. Mmg tak sangka sangat sangat yg dia akan jemput kat airport. Siap bawak bunga lagi... Sweetttttttt sesangat..... Sayang Abang banyak banyak.....

Disebabkan terkejut yang amat sangat, sampaikan terlupa nak capture gambar time kat airport tu.. Terus je naik van dan terus jalan.. Bila dah sampai kat hotel baru hubby cakap, "Eh, tadi kenapa kita tak amik gambar kat airport. Bukan senang tau abang nak turun kapal dan jemput Honey..." huhuhuhuu... Memang terlupa-sangat.. Padahal camera ada je dlm handbag... Terpaku seketika lah Sayang tengok abang jemput honey kat airport.... eheheheh  .... 

So, amik gambar bunga je lah ye...

 Jambangan Rose kuning...
Dia kata sepatutnya nak cari rose merah, tapi tak de lah pulak. Tq jugak pada Fairuz Hazril (wife org kapal yang dok kat Bintulu).. Capt mintak tlg si Fai ni lah gi cari dan belikan bunga. Sebelum sampai airport, Capt singgah office Fai dulu untuk amik bunga ni.... Bersungguh-sungguh betulll....


Van tu hantar kitaorg ke hotel dulu. Lepak New World Hotel sekejap, then ronda ronda kat shopping compleks bwh hotel ni beli brg brg skit. Then kul 4 ptg baru balik kapal.

4.45pm  : Onboard Puteri Nilam

Honey pun ada surprise untuk abang jugak...
^______^
Red Velvet cupcakes, Advance Anniversary Card n presents...

Masuk-masuk bilik dia, ternampak deretan kad2 cinta yang dikirim dan diterima setiap kali kapal masuk port...
Tersenyum sendiri..


Seterusnya seisi memanfaatkan setiap detik dan masa yg ada di atas kapal. Borak borak, gurau gurau, gelak gelak, polok polok, manja manja dan jugak seisi mengambil gambar berbaju raya.. Ehehehe... Abang terpaksa redha je melayan bini dia yg nak jugak amik gambar pakai baju raya. Tq to Meor Muslihuddin coz menjadi photographer tak berbayar utk kami...

1. Lokasi pertama : Living hall, bilik Capt

Bersalam-salaman memohon ampun.

Bersimpuh malu..

Sorang atas kerusi, seorang bawah kerusi.

Si mata kelabu dan si rambut blonde dan terpacak.

2. Lokasi kedua : Office Capt

Berlaga pipi lah pulak.

Meriah betul office dia dgn lampu lip lap lip lap.

3. Lokasi ketiga : Tangga.

Kat tangga pun ada lampu lip lap lip lap.

4. Lokasi keempat : Officer launge

Buai laju-laju.

5. Lokasi kelima :  Saloon

Kat tempat makan pun nak berposing jugak.


Dah penat berposing, balik lah bilik dan tidooooo.... Dan tidur mlm pun terasa nyenyak sungguh kerana berbantalkan lengannya... ^____^... Rasa cam tak nak lepas je, cam tak nak bangun pagi je...


10 Sept 2011
7 pagi

Tapi mengapa la cepat sungguh masa berlalu... Pepagi hari dah perlu bangun dan meninggalkan kapal.. Kapal akan meneruskan pelayaran ke Taiwan pulak kali ni.. Huhuhuhu.... Sayunya hati melangkah meninggalkan kapal, sayu lagi hati ni bila melepaskan genggaman dan pelukan tangan itu...

Genggam tangan saya erat-erat ye Sayang..

Peluk saya kuat-kuat tau Sayang..

Huhuhuhuhu...

Bye bye Puteri Nilam... Bye bye Bintulu... Selamat belayar Sayang... Sampai kita bertemu lagi...

Tq for the greatest, sweetest, loveliest 18 hours together.. I love u more and more each passing day Sayang. You are my everything......