Secara rasminya ayah dah sign on kapal pada 9 May 2012.. Tapi kami masih bernasib baik kerana kali ni ayah sign on di Pasir Gudang. Kapal tengah drydock. Makanya kami masih berpeluang untuk pergi kesana berjumpa ayah untuk melepas kan rindu.
Ayah bertolak ke Pasir Gudang pada jam 2 ptg smlm. Selepas Ayah bertolak, Rayyan pun tertido.. Bangun-bangun dari tido, dia cakap, " Mummy kata nak gi kapal Ayah. Jom lah pergi sekarang"..... huhuhuu...
Pagi ini pulak, ketika Mummy kejut dia dari tido untuk ke sekolah, dia terus cakap, "Mummy, abang tak boleh tidur malam tadi".. Bila mummy tanya kenapa tak boleh tido, dia jawap, "Abang rindukan Ayah.." Dan selepas itu dia tersedu sedan menangis...
Aduhai la Rayyan ......................