Sunday, August 30, 2009

Saling Merindu

Hari-hari semakin cepat berlalu. Tanpa sedar, hari ini merupakan hari ke 9 umat islam berpuasa. Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan.

Berlalunya hari ini, bermakna semakin hampirlah hari untuk kami bertemu dengan chenta hati kami yang sangat kami rindui. Rindu yang menggunung bakal menemui penawarnya tidak lama lagi. Alangkah indahnya perasaan yang dianugerahkan Tuhan ini.Tidak semua orang dapat merasai kegembiraan dalam menanti kepulangan orang yang dicintai.

Dan 'DIA' disana juga sedang melawan perasaan rindu itu. Semakin hampir untuk 'DIA' kembali kepangkuan kami, semakin kerap 'DIA' menelefon walau hanya untuk bertanya 'Buka apa hari ni?'..

Ya sesungguhnya memang kami saling merindu dan rindu itu semakin menebal apabila semakin hampir saat untuk kami bertemu.

Monday, August 24, 2009

Berbuka Hari Kedua

Hari kedua pula kami berbuka di rumah Abah.. ehehhe... Ini lah untungnya kahwin dengan orang dekat... Rumah sekangkang kera jer... Bole lari-lari jerk, jap kat umah MIL, kejap kat umah Abah.. Berbuka pun bole selang seli.. Hari ni umah MIL, esok umah Abah pulak.. I likeeeeeeee....

Kat rumah abah pun tak kurang meriahnya..

Seperti kebiasaan, di bulan puasa ni abah mesti ada menu untuk lauk berbuka puasa.. Bukan apa, untuk memudahkan mak untuk masak juadah berbuka.. Tekak abah ni lain macam skit.. Mesti nak mak jugak yang masak..

So, menu untuk hari kedua adalah,

Menu abah bertukar setiap hari.. memang seronok kalau berbuka kat umah abah. eheheh..

Mee keju

Kuah mee keju

Ayam masak kicap

Sambal tumis telor

Sayur jawa

Rojak

Ikan masak panggang kuali

Murtabak

Time berbuka menjadi lebih meriah dengan jerit pekik anak-anak yang kelaparan nak itu nak ini dan ditambah pulak dengan si Rayyan yang dok mengacau orang.. eheheh...

Mari kita makan.

Anak-anak yang keriangan bila azan berkumandang

Posing dulu before makan ye..


Saturday, August 22, 2009

Berbuka Hari Pertama

Waktu yang paling menggembirakan bagi semua yang berpuasa adalah ketika berbuka. Dan ianya akan lebih indah sekiranya dapat berbuka beramai-ramai bersama ahli keluarga.

Alhamdulillah,pada 1 Ramadhan semalam, sebahagian daripada adik-beradik Capt Mazly dapat meluangkan masa mereka untuk pulang ke kampung halaman dan berbuka bersama-sama ibu mereka (my MIL).. Sangat meriah..

meja makan yang dah siap di susun.. disebabkan ramai, kami decide utk berbuka di garage kereta... open air gitu..

aik... kak chica posa ke?

Tempat duduk dah siap dinamakan..Jangan gado2 ye...

Juadah dah siap dihidang..Menu istimewa, chicken chop dan lamb chop by chef yusof... eheheh... Abang ipar yang sorang ni memang rajin masak.. dan air tangan dia sememangnya SEDAP....

Sambal udang, lamb chop, sayur campur, soup macaroni

Kuih-muih

Puding castard kesukaan Tok Mak

Air Sirap bandong kesukaan Capt Mazly.. ehehehhe...

Serbuuuuuuuuuuu....

We are the family...



Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan sekali lagi bertemu dengan bulan mulia yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan 1430.

Selamat berpuasa buat semua kaum keluarga dan sahabat handai. Maafkan diri ini seandainya ada kekhilafan yang dilakukan tanpa disedari. Semoga Ramadhan ini menjadikan kita bersyukur dengan nikmat-NYA dan lebih sabar dalam menghadapi dugaan-NYA. Semoga amalan kita diterima dan diberkati. Insyaallah.

Buat sang suami yang jauh dimata tapi dekat dihati,

Selamat berpuasa Sayang ... Mohon ampun seribu kemaafan atas segala salah silap Honey. Semoga Ramadhan ini bisa menjadikan Honey seorang isteri yang lebih baik, lebih sabar dan sentiasa menggembirakan hati Abang. Semoga Ramadhan ini akan memberi sinar kebahagiaan dan memantapkan lagi kasih sayang antara kita.

Insyaallah, tahun ini kita sekeluarga dapat berhari raya bersama. Tentunya ianya akan sesuatu yang amat bermakna buat kita sekeluarga.


Bersamalah kita hayati fadhilat berterawih,

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


*teacher dah bertukar jadi ustazah lah pulak*

Sunday, August 16, 2009

Ayah, we miss u .....

It has been almost 4 months now since u are away from us.
We miss u so much Ayah.


AYAH, you are our hero,
You're our secure foundation.
When we think of you, we are filled with love
And fond appreciation.

You make us feel protected;
We are sheltered by your care.
You're always our true friend;
When we need you, you're always there.

You have a place of honor
Deep within our hearts.
You've been our superhero, AYAH,
Right from the very start..


Racing Driver

Aksi-aksi anak bujang Mummy bersama Jeep dia. Rayyan dah pandai tekan padel minyak jeep tu dah cuma dia tak pandai nak control stering dia lagi.. Main belasah jer... Habis semua benda dia langgarnya.. Asal bole je lah.. Janji jeep tu berjalan..

"Ready ye Akak"


"Vrooommmmmm"


"Kebooommmmmm" ..... Langgar dinding

"Sakit ke Akak?"


"Kebooommmmmmmm"... sekali lagi langgar dinding.


"When i grow up, i want to be ........ "


"Where is my driver ?"


Aksi terlampau.


"I believe i can fly "

Wednesday, August 12, 2009

Bertapa


Musim pertapaan sudah bermula. Teacher perlu bertungkus lumus untuk siapkan menanda kertas peperiksaan pelajar secepat mungkin supaya dapat bercuti dengan tenang... ehehhe...

*Semangat .... semangat ..... *

Thursday, August 6, 2009

Digital Camera Mummy selamat dimandikan.

Uwaaaa uwaaaa uwaaaa....

Camera digital Sony mummy dah selamat dimandikan oleh Rayyan petang semalam.... Aduhai, bertuah punya budak... Nak marah pun dah tak guna coz benda dah jadikan... Macam mana lah nak menjawap kat En Capt ku itu.. Sure kene bebel punya lah.... Rayyan oh Rayyan ....

Time tu mummy tertido coz menahan sakit baru lepas cabut gigi.. Bethrisya ngan Rayyan mummy suruh main kat bawah dengan Kak Su. Tak perasan bila pulak si Bethrisya bawak adik dia masuk bilik.. Dan tak sedar jugak bila masa budak-budak bertuah ni membongkar handbag Mummy dan main dengan camera tu...

Tup tup Rayyan panjat katil then tunjuk kat Mummy camera yang dah basah lencun... Baju dia pun sama lencun .. Uwaaaa.... Rayyan pergi celupkan camera tu dalam baldi dalam bilik air.....

Nak wat cam ne ni... nak wat cam ne... Nasib baik memory card tu masih bole dibaca... Cuma camera dah tak bole on lagi.... Nak kene hantar ke Sony Center ke???? Hantar kedai camera biasa bole tak ye???

Monday, August 3, 2009

Bethrisya's 3rd Birthday Bash


I would like to thank everybody who came to Bethrisya's 3rd birthday party and thanks for your lovely, cute and expensive presents. She loves it so much.. She can't stop smiling and each time she open her present, she will say,

'Nice, mummy'...

'WOW!'...

I like this, Mummy."

Memang murah rezeki Bethrisya hari tu, hadiah-hadiah dia macam hadiah orang kahwin.. Penuh satu bonet Stream mummy.. Macam-macam ada. Teddy bear, comforter, books, bags, chocolate, barbie, play-doh, clothes, pencil case dan banyak lagi.. TQ, TQ, TQ dan TQ..



Bahagianyer rasa tengok kegembiraan buah hati kesayangan mummy dan ayah ni sepanjang birthday party dia..(walaupun sebenarnya dia tak berapa sihat pagi tu, mungkin kepenatan setelah berhari2 dok berulang ke hospital melawat Tok Bah).. Tapi dia tetap enjoy dan tersenyum lebar setiap kali orang bagi present and wish happy birthday kat dia... ^____^...

Make a wish and blow the candles

Dan Bethrisya tentunya paling seronok bila semua nyanyi kan lagu "Happy Birthday to you" untuk dia... Sibuk nyanyi sesama sambil tepuk2 tangan then berusaha bersungguh-sungguh nak meniup lilin.. Kek tu memang idaman hati Bethrisya.. Dia nak sangat kek princess cam tu... That's why mummy usaha gak tempah kek princess Snow white tu.. Memula takut gak ayah bising coz kek itu sahaja harganya rm400-rm500, tapi ayah kata tak pe... Demi princess kesayangan dia.


*curik gambar dari blog kak jun... ampun kak....eheheh*


Princess Snow White Cake

TQ and credit to Kak June from cupcakekasih for this beautiful, magnificient, delicious cake.. I adore u so much lah kak !!!! Hasil tangan kak June memang amat mengagumkan semua yang melihatnya... TQ to Kak June hubby also coz susah payah tolong hantarkan kek ke mc donalds.. Budget muat je kek tu masuk kereta adik, ehehhee... rupanya kotak dia amatlah besar .... terpaksa lah hubby kak jun tolong hantarkan kek tu.

Alhamdulillah, walaupun ayah jauh, birthday party Bethrisya dapat berjalan dengan lancar dan meriah dan akan jadi sesuatu yang amat bermakna dalam hidup dia.. Hakikatnya walaupun ayah selalu tiada disisi, Bethrisya sentiasa dilimpahkan dengan kasih sayang dari semua orang disekeliling dia.. Betapa beruntungnya dia.. Semoga Bethrisya terus membesar menjadi anak yang baik, solehah, bijak pandai dan sentiasa menyenangkan hati kami sebagai orang tuanya. Amin..

Guest

Guest

Guest

Ready to play games.

Fun times

Mummy with her precious gems

Us in yellow.

Mummy with besday girl.

Mummy with Rayyan yang not in a good mood

TQ to all Family members.

TQ to all Seafares wives/tunang/buah hati.
Linda - Izan&Izuan - Nanie - Farra - Sasha - Reen&Khai - Ecah&Joey - Hanin - Dina&family -Nina - Shazwani - Azie&Manz - Anis - Along - AJ - LindaNazmi - Diana - Ety&Pirate&Rizqi - Masz&Izz - Kak Roziwati&family - Kak Watie&family -
(TQ to Ann, Mama Aqeel for the present)

p/s : Doakan kami dilimpahi rezeki yang lebih banyak lagi supaya dapat belanja korang-korang semua makan lagi ye .. ^_____^ ...