Wednesday, September 26, 2012

7 month

At 7 month, Rayqal dah makin laju menjalar dan dah mula merangkak serta nak duduk dengan sendiri.. Yang paling best tu, dia jugak dah mula berangan nak berdiri.. Amboi amboi amboi.. Tak tau agaknya yang tangan dan kaki dia belum kuat betul lagi.. Memang tak bole tinggalkan dia sendirian, dalam sekelip mata mesti dia dah sampai tah kemana-mana. Kalau Mummy letak sekejap je kat depan TV untuk ke toilet,  belum apa-apa lagi tentunya dia dah sampai kat depan pintu toilet.. Muka pun dah mula lebam sana lebam sini.. Bila tersungkur, melalak sekuat hati, tapi semua tu sekejap je.. Lepas tu meligat lah semula.. Ehehehe.. Banyak benda yang dia nak explore sekarang ni.. Apatah lagi ada kakak ngan abang yang rajin melayan dia... Tu yang terlebih peramah jadinya budak kecik ni...


Kesepetan matanya makin terserlah..


Yeahhh.. saya dah boleh duduk dengan sendiri



Berkerutnya muka.. Banyaknya masalah nak difikirkan..

Tuesday, September 18, 2012

High-5 Holiday

Demi menggembirakan hati anak-anak yang semakin merindukan Ayah, hujung minggu yang lepas, Mummy bawak mereka berdua pergi menonton High-5 Holiday Concert di KLCC.. Amboi amboi, mmg sangat gembira budak berdua ni.. bernyanyi gembira, menari sakan.. Tersenyum dan sangat berbesar hati bilamana melihat anak-anak kecil ni riang gembira melompat kesini sana...

Dan teramat untung rasanya bilamana ticket kami yang sepatutnya berharga rm338 tu dapat potongan 50% kerana Mummy adalah pengguna Celcom.. Nasib ler tak beli secara online.. Mummy gi beli kat Rock Corner The Curve.. Masa nak purchase tickets tu, org tu tanya, guna Celcom ke tak.. Mummy kata lah ye.. So dia mintak tunjukkan handphone coz nak tgk ada tak lambang Celcom sebagai bukti.. Bila dah confirm, dia kata dapat 50% off dr harga sebenar... Wahhhhh.. sangat jimat youuuu.... Lain kali bole tgk lagi lah kan....