Friday, March 6, 2015

Doa Buat Abah.

Alfatihah buat Abah 
4 Mac 2014 - 4 Mac 2015 

Setahun berlalu saat Abah meninggalkan kami. 
Masih terdengar suaramu. 
Masih terngiang gurauanmu
Masih terbayang wajahmu.
 Masih terasa sentuhanmu.

Abah,
Dirimu sentiasa dirindui,
Sesungguhnya dikau tidak pernah akan mati dalam ingatan dan doa kami semua.

Damailah dikau disana

Sehebat mana kerinduan kami anak-anak dan cucu-cucu terhadapmu, tentu Mak lah insan yang lebih hebat rindunya padamu Abah. Berpuluh tahun hidup bersama, susah senang sentiasa bersama, berdua-duaan kesana kemari, tiba-tiba dikau tiada. Tapi Mak memang wanita yang tabah. tidak pernah menunjukkan kesedihannya pada orang lain. Namun terlihat jugak sesekali titisan airmata nya dikala menziarahi pusaramu setiap pagi Jumaat. Setiap kali datang, pasti dia akan kata, "Yang datang ni Abang'. Bila nak balik jugak dia pasti berkata, "Yang balik dulu ye Bang'. Sungguh jelas kasih sayangnya kepadamu Abah. Mak tak pernah jemu menitipkan doa dan bacaan Quran agar dikau tenang disana. Alangkah bertuahnya dirimu Abah, memiliki seorang isteri sesetia Mak. Ena harap, Ena mampu jadi setabah dan secekal Mak dalam mengemudi rumahtangga Ena. Abah doakan Ena dari sana ye.

Arwah Abah bersama kekasih awal dan akhirnya.








Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali.. Yang pergi akan tetap pergi, yang tinggal hanyalah kenangan yang terus terpahat dalam ingatan. Segalanya tetap segar seperti baru berlaku. Bila ditatap gambar-gambar yang ada Abah, terasa sayunya hati, robeknya perasaan, airmata pun datang tanpa diundang. Betapa rindunya kami padamu, Abah.. Setiap kali itu jugaknya hanya Alfatihah yang mampu disedekahkan kepadamu Abah. Dengan harapan, agar dikau sentiasa damai di alam sana.. Nantikan kami yang akan menyusul tidak tahu bila masanya nanti.

Diantara kami lapan beradik, hanya diriku yang menetap di Muar. Memang dok melekat dengan Abah dari dulu, kini dan selamanya. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, memang sentiasa dihantar dan dijemput oleh Abah. Kalau orang lain, bila ada hari ibu bapa dan guru pastinya nak ibu yang datang jumpa cikgu, tapi berlainan bagiku, tetap nak Abah jugak yang datang... Bila  masuk U pun kat Skudai jer, memang pantang cuti, mesti balik Muar.. Bila dah mula mengajar pun, sekejap je di Kota Tinggi. Pantang hari Jumaat je mesti dah tak sabar nak balik Muar... Kemudian berkahwin pula dengan orang Muar. Maka kembalilah menetap di Muar.. Pendek kata memang tak pernah pergi jauh dari Abah.. Kerana itulah ketiadaan Abah memang amat-amat dirasai.... Kekosongan yang dirasakan amat susah diungkapkan..


Saat abah melepaskan diri ini ke genggaman Encik Suami.

Budak bertuah tiga orang ni pun memang sangat rapat dengan Tokbah mereka. Sehari kalau tak pergi rumah Tokbah memang tak sah.. Malahan, segala urusan pergi balik sekolah Bethrisya dan Rayyan memang semua diuruskan oleh Tokbah. Boleh jadi bergadoh bila Mummy kata nak suruh diaorg naik van sekolah sebab kesiankan Tokbah penat pergi balik pergi balik hantar amik diaorg ke sekolah. Sehinggakan di saat-saat akhir sebelum Abah di masukkan ke hospital pun dia sempat menghantar dan menjemput Bethrisya dari sekolah agama. Cuma Rayqal tak sempat nak bermanja lebih lama dengan Tokbah...


Tokbah bersama Bethrisya dan Rayyan











Kenangan Arwah Tokbah bersama Bethrisya

Majlis Cukur Jambul

Mesti nak duduk atas riba Tokbah

Tokbah yang sentiasa rajin melayan Bethrisya

Melekat je dua orang ni

Kesayangan


Kenagan Arwah Tokbah bersama Rayyan

Nak duduk atas riba jugak.

Dua-dua tak de gigi

Ciuman dari Tokbah

Si botak kesayangan Tokbah

1st Birthday Rayyan


Kenangan Arwah Tokbah bersama Rayqal.

Gambar yang memberikan seribu satu kenangan. Kali pertama dan terakhir bawa Arwah melihat rumah di Horizon Hills.

Gambar raya terakhir kami bersama Abah

Abah, damailah dikau disana bersama sang Penciptamu. Setiap detik dan masa namamu tetap terukir dalam hati kami sebagai lelaki terhebat yang tiada tandingannya. Dikaulah Abah yang terhebat bagi kami lapan beradik.

AL-FATIHAH...

Wednesday, March 4, 2015

Angry Birds Activity Park

Alang-alang berada di JB untuk majlis pertunangan Ilham&Laili pada 28/2, Mummy pun bawak lah anak-anak ke Angry Birds Activity Park di JBCC. Secara peribadi, Mummy rasa tiket masuk nya amat mahal. RM65 sekepala dari kanak-kanak 3 tahun keatas. Guardian pun perlu bayar tiket walaupun kita tak main apa-apa. 

Berbanding dengan District 21 IOI City Mall, harga tiket hanya rm55 seorang. Dan pula, ada package beli 3 tiket percuma 1 tiket. Agak jimat kan. Guardian pun tak perlu bayar tapi tak bole lah nak main apa-apa dalam tu.. 

Aktiviti yang ada dalam Angry Birds Activity Park tu pun tak de la banyak dan hebat sangat. Biasa-biasa jer. So, rasanya memang sekali ni je la kot pergi.. Tak berbaloi la pergi situ dengan bayaran yang sebegitu rupa.. Ini hanyalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman ke theme park theme park dalam dan luar negara... Hakikatnya mmg semua theme park kat JB ni mahal yang amat... huhuhuhuuu...


Monday, March 2, 2015

Selamat Bertunang Ilham & Laili

Alhamdulillah, setelah sekian lama berkawan dan bercinta, akhirnya mereka berdua selamat mengikat tali pertunangan pada 28/2. Syukur juga bila segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna.


Sabo je la tengok baju si Rayqal.. ehehhee.. Musim panas kan, dia bole melalak nak pakai baju garfield tu gi majlis tunang abang Ilham n kak Laili... huhuhuhuu


Tahniah kak Laili