Wednesday, March 4, 2015

Angry Birds Activity Park

Alang-alang berada di JB untuk majlis pertunangan Ilham&Laili pada 28/2, Mummy pun bawak lah anak-anak ke Angry Birds Activity Park di JBCC. Secara peribadi, Mummy rasa tiket masuk nya amat mahal. RM65 sekepala dari kanak-kanak 3 tahun keatas. Guardian pun perlu bayar tiket walaupun kita tak main apa-apa. 

Berbanding dengan District 21 IOI City Mall, harga tiket hanya rm55 seorang. Dan pula, ada package beli 3 tiket percuma 1 tiket. Agak jimat kan. Guardian pun tak perlu bayar tapi tak bole lah nak main apa-apa dalam tu.. 

Aktiviti yang ada dalam Angry Birds Activity Park tu pun tak de la banyak dan hebat sangat. Biasa-biasa jer. So, rasanya memang sekali ni je la kot pergi.. Tak berbaloi la pergi situ dengan bayaran yang sebegitu rupa.. Ini hanyalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman ke theme park theme park dalam dan luar negara... Hakikatnya mmg semua theme park kat JB ni mahal yang amat... huhuhuhuuu...


1 comments:

w|cKa` said...

btol la kak ena.. sy pon rasa mahal. tu pon pakai maybank card.. dpt la discount jadi rm56. tempat xde la besar mana pon.. huhuhu

Post a Comment