Saturday, January 31, 2009

18 days to go


Esok1 Feb .... Abang akan balik insyallah 18 Feb.... Maknanya lagi 18 hari lah dapat jumpa abang.... Yabedabedoooooooo..... Smiling up to the ears ...... I miss u damn much sayang ... Kalini memang catat rekod, this is the very first time abang belayar sangat lama,7 bulan beb ..... Memang tersangat lama ... Honey pun macam tak caya yang Honey boleh survive selama tu ....Give a big clap to myself .... ^_^ ....  Maybe these two kids make me occupied ... Tu yang tak sedar masa berjalan dengan pantas...

Masa abang sign on haritu, Rayyan belum pandai apa-apa lagi...masih terbaring jer...Tapi sekarang ni dah ligat, dah pandai berdiri dan insyaallah tak lama lagi akan pandai berjalan...

Kakak pun dah semakin bijak bercakap, tak terlayan rasanya pertanyaan dia ... Sometimes, i just can't control myself from crying when she ask about u, when she look at your pictures and say, "HI AYAH ...." , when, she want to sleep and say, "Mummy, Ayah sleep kat sini ...." and she did so many things just to let me know that she miss u a lot. Oh Gosh,what should i do???? I'll try my very best to explain and make her understand that her beloved daddy have to work for us. That's why he cannot always be with us... We might not see him everyday, but he will always be in our heart. 

Abang, we miss u a lot ... We really look forward to fetch u at KLIA soon.. Can't wait for the time that we will be together again .... ^_^



Friday, January 30, 2009

Happy Birthday to Achik Shukor

Bethrisya n Rayyan yang dah taksabar nak gi berjalan

29 Januari 2009 semalam, merupakan birthday Achik Shukor, abang kepada Mazly yang ke 37 tahun ... So, dia buat lah makan-makan skit kat rumah dia di Cyberia, Cyberjaya .... 

Tapi sebelum gi Cyberia, kitaorang sempat singgah Alamanda dulu... Niat di hati nak cari kasut Rayyan, kat The Curve aritu dah cari dah tapi takut nak beli coz takut tak muat ... Akhirnya, bukan saja Rayyan dapat kasut, mummy pun dapat kasut jugak ... ehehhehe....





Sampai rumah achik Shukor pukul 4.30pm ... Makan mee dan ayam goreng dulu.... Then terus turun swimming beramai-ramai .... Tersangat lah meriah....






Naik rumah before Magrib, bersiap siap untuk solat Magrib berjemaah berimamkan Along Mazda. Then baca Yassin beramai-ramai... Then, makan time ..... Perut memang dah lapar lepas penat swimming kan ..semuanya makan dengan berselera... Kak Pidah masak nasi putih, ikan masak asam pedas, ayam goreng, kerabu udang+taugeh, sambal tumis sotong .... Memanggggg sedapppp.... Desertnyer pulak buah peach + susu cair ..... Last sekali, mushroom soup + bread ... Tersangat lah kenyang ... Plannyer nak gi main bowling pulak reramai kat Alamanda, tapi terpaksa cancell coz dah malam sangat ... nanti pukul berapa pulak nak balik kan ... Next time lah yer kita buat tournament bowling Md Dom's Family ....


HAPPY 37TH BIRTHDAY ACHIK SHUKOR!!!!!


The Curve / Ikano

Aktiviti bershopping diteruskan lagi hari ini...  Destinasi hari ni ialah The Curve ... Ni memang tempat favourite  mummy a.k.a. tempat wajib pergi. Hari ni mummy gi dengan Bethrisya n Nina je... Rayyan tinggal kat rumah along Mazda dengan kak sue ... Biar dia rehat hari ni .... Masa kat The Curve, Mazly's elder brother, Akashah call and ask where am i ... Then he and his family decided to join us ... So, rombongan cik kiah ke The Curve lah jawapnya .... The more the merrier ...^_^ .... My MIL tak join coz hari ni dia sibuk nak buat kuih/kek untuk birthday Abg Syukor ( sorang lagi abang kepada Mazly)


Bethrisya with Ariff (Abang Kashah's son)


 Sommerset's bay blouse & Voir Pants  AND Voir blouse & pants for mummy,
Renoma shirt for Ayah,
Toilet bowl and stool for Bethrisya.


 Tigger n Pooh shirt for Rayyan, Princess handkerchieves for Bethrisya, 
Barbie tumble for Bethriysa AND my first words books for Rayyan.

Dah penat berjalan, Abang Kashah belanja makan kat Waroeng Penyet ... Makanan ala-ala jawa ....Fuhhhh, ayam penyet nye memang sedap tapi sambalnya teramatlah pedas.... Terbakar bibir .... Bethrisya pun makan banyak, dia memang suka chicken ... So, laju je ler dia makan ... Yang paling best, nama air sirap bandung dia, SIRAP GEMBIRA ....hahahhaa ... Siapa minum sure sentiasa gembira .... Thanks a lot Abang Kashah n Kak Odah ... Next time belanja lagi ye...


Tuesday, January 27, 2009

Komuter oh komuter

Today mummy dah berjaya tunaikan impian Bethrisya untuk naik Thomas @ train.... muahahhaa... Lawak yang amat bila reramai naik komuter untuk ke Mid Valley ... Semuanya gara-gara Bethrisya yang asyik nak naik train jer.... Yang pasti Bethrisya sangat seronok dan enjoy dengan pengalaman pertamanya naik komuter ...Tapi si Rayyan agak meragam skit cozmungkin dia panas n ramai sangat orang.... Masa nak tukar train kat Kl Sentral, Rayyan menangis agak kuat ..semua org dah kelam kabut ...ehehehhee... Buat malu company jer... Rupanya dia lapar, so sementara tunggu train sampai sempat la mummy suap dia makan bubur nasi... nasib baik bawak bekal .... Memang kelakar lah bila diingat-ingat.... Bila perut dah kenyang ingatkan dia tak mengamok lagi... Tapi, aduh makin kuat dia menangis bila masuk train yang berhimpit-himpit dengan orang yang sangat ramai ...Puas lah nak memujuk ... Bila train sampai ke Mid Valley, keluar je pintu, semua mengeluh kelegaan sebab terlepas dr seksaan berhimpit2 dgn mamat indon, mamat bangla serta bau-bauan yang menusuk hidung.... Nasib baik kat Mid Valley Rayyan dah tak meragam lagi... dapatlah Mummy bershoping dgn aman ....

Tengah tunggu komuter


Bilalah komuter ni nak sampai


Dalam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral



@ KL Sentral


Jalan punya jalan, pusing punya pusing, akhirnya ini lah hasil rembatan di Mid Valley ...

Hair clips Bethrisya


Baju-baju Bethriysa


Baju-baju Rayyan...

And for mummy.... next time lah mummy shoping utk mummy ... Sebab memikirkan naik Komuter tu yang malas nak membeli banyak2 tu... Nanti payah pulak nak mengheret berbeg2 naik komuter.... ehehehe.... 

Friday, January 23, 2009

After 15 days @ Q-dees

Wowww ... Without i realize, it has been almost 2 weeks now since Bethrisya started her schooling.. Now, nothing to worried anymore, she loves going to school so much.  Not like the first week where she cried each time mummy wake her up in the morning, afraid of the idea going to school and being surrounded by strangers. Now, she wake up by her own with one big smile on her face and say " good morning mummy, cha dah wake up" ... soooo lovely..... Sampai kat sekolah pun dah bukak pintu kereta sendiri, tak sempat teacher bukakkan lagi ... Melambai-lambai tangan dengan gembira dan terus masuk pintu sekolah dengan riang..... sangat chomelll lah princess mummy sorang ni .... 

Balik dari sekolah dia akan bercerita dan tunjukkan segala apa yang dia buat kat school ... So, just to motivate her and to show that i'm really proud of her, i prepare one part in our room where i paste/hang semua hasil kerja dia... Bila dia nampak dia akan cakap, " Ni Cha buat dgn teacher." Mummy akan jawap, " Pandaiiii Bethrisya"  ..... Nanti dia akan tersengih-sengih bangga ....... ^_^




Rutin harian princess mummy..... Bethrisya Azlyena

Wake up at 6.30am -> taking shower -> pakai baju biasa dulu (kalau terus pakai uniform, sure comot punya) -> ask for milk-> watching Channel 613 -> breakfast -> bersiap sedia ke sekolah ( pakai uniform & ikat rambut) -> play at her playground while waiting for tok abah -> go to school with tok abah at 8.00am

School end at 11.30am -> arrive home at about 11.45am -> tukar baju -> makan dengan berselera ( syian lapar ye sayang) -> ask for milk -> TIDOOOOO (ni mmg wajib...hahahhaa... penat belajar kot) 

Sunday, January 18, 2009

Dua Dara Pingitan...

Bethrisya n Sufya


Terlebih makan tongkeng ayam oppss..... leher ayam agaknyer budak berdua ni.


Inilah dua anak dara yang meriuhkan dan menyepahkan rumah Auntie Dina pagi tadi ... Gambar dua anak bujang tak sempat pulak nak amik coz mummy dan umie dah kelam kabut + huru hara nak melayan kerenah budak-budak bertuah ni ... ehehhehe..

Dina,
Thanks for the hospitality .. Seronok jumpa Dina ... Jangan serik ye terima kami sebagai tetamu lagi .. And best of luck for tomorrow kay dik.. Hopefully everything will go smoothly as plan ... At any time of tears and sorrow, remember that i'll always here for u dik ....  Take a good care of yourself kay ... 

Kak Shima,
Tak sangka ye dapat gak jumpa akak dgn hero dan heroin akak tu ... Macam dah lama je kenal padahal inilah first time kita jumpa ... Nanti bebila kita dating lagi ye kak ....


Wednesday, January 14, 2009

Kucup anak setiap hari

Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga. Jesteru, Islam memerintahkan ibubapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Pada zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak. Pakar dalam perilaku, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak lakukan panduan ini :

1) Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.

2) Berikan anak pelukan setiap hari kerana is memberikan kekuatan kecerdasan.

3) Pandang anak dengan pandangan kasih sayang.Ia membuatkan anak lebih yakin.

4) Berikan perangasang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.

5) Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

6) Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

7) Dalam membesarkan dan memdidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibubapa mereka.

8) Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.

9) Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

10) Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.

11) Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu merasa pentingnya kehadiran mereka.

12) Hargai permainan kesayangan anak.Pada masa sama, mereka juga menghargai barang kesayangan anda.

13) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

14) Terimalah keadaan anda bukan ibubapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibubapa.

Sumber : Harian Metro, Rabu, 14 Januari 2009.

Monday, January 12, 2009

KAMU mewarnai hari-hariku

Inilah anugerah terindah kurnian Ilahi yang mewarnai hari-hari kami sekeluarga ... Thank you God for these precious gifts ... Inilah pengikat kasih sayang mummy dan ayah, peneman mummy di kala ayah tiada, pengubat kerinduan mummy pada ayah yang jauh di lautan, penghibur mummy di kala stress dengan kerje... Pendek kata, diaoranglah segala-galanya..... But of course, ABANG tetap no 1 .... ehehhee.... Kang merajuk pulak cik abang sayang kata kita sayang anak lebih dari sayang dia .....







Semoga keduanya terus membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, cerdik pandai dan sentiasa menyenangkan mummy dan ayah ... Insyaallah...

Dan semoga kami akan terus menjadi superhero terbaik buat Bethrisya dan Rayyan... Aminn

Tuesday, January 6, 2009

Bethrisya 2nd Day

Alhamdulillah, today is much more better than yesterday ... Even she still crying when mummy left her with her teachers and friends.. but according to Sharon, it doesn't last long... She stop crying after about 15 to 20 minutes and enjoying her activities in class... Thank God !!!!

Sebenarnya mmg mummy susah hati masa tinggalkan dia tadi... Tapi i have to, my class today is at 9.00am, so i have to rush back to school after sending Bethrisya to school.. Dalam class mmg mummy asyik teringatkan Bethrisya ... Risau-risau kalau dia tak berhenti menangis ... Abis class dalam pukul 10.10am mummy ada short meeting pulak with cadet police teachers... So dalam pukul 11.00am mummy terus ke sekolah Bethrisya untuk tengok keadaan dia ...  Teacher dia kata dia ok ... Mummy pun jenguk lah dia dr pintu... Tersangat kusyuk watching video ... ehehe... Bethrisya memang good girl !!!!! Thumbs up for Bethrisya ....

Bila dia keluar dari class, nampak je mummy, terus lah lelari hug mummy... "Cha cari mummy tadi...." Alahai....syian .....

Masa dalam kereta on the way balik, dia dah start cerita macam-macam kat mummy ... Dia bagitau apa aktiviti dia harini ... Mummy pun layan je lah .... Yang best tu, dia dah start nanyi-nyanyi lagu yang dia belajar kat sekolah... Tah apa-apa je yang keluar dari mulut dia... Lawak betul.... 

Apapun, mummy sangat2 bersyukur coz Bethrisya cepat dapat adapt dengan situation baru dia ... Moga-moga dia akan terus membesar menjadi anak yang cerdik pandai .... Aminnn....

Monday, January 5, 2009

Bethrisya First day @ Q Dees

First step to school

GOOD MORNING TEACHER !!!!

Today is the first school day for Mummy and also for Bethrisya .... Kesian anak mummy, kecik2 dah kene gi sekolah... Tak pe lah kan, nanti boleh jadi anak yang pandai ... Aminn... Mummy pergi sekolah dulu, attend assembly separuh jalan je... Then ask permision from Mr Principal utk balik rumah sekejap ... Sampai-sampai rumah, princess mummy belum mandi... Kak Su cakap dia tak nak mandi... Terpaksa lah mummy memujuk dan menyiapkan dia dulu... Then suh dia breakfast ... Then trus gi sekolah... Dalam kereta, Bethrisya agak senyap.. Nervous ke anak mummy .... Sampai kat sekolah, teacher dah tunggu depan pintu gate and say "Good Morning .... "

Mummy terus bawak Bethrisya masuk ke class... There are 14 students in Picasso class. And Bethrisya is the only Malay. The rest are Chinese... 

At first Bethrisya macam okay... Tapi bila dia tengok ada students yang menangis, dia pun dah start nak menangis ... Bila mummy bangun nak tinggalkan dia, teruslah berjuraian air mata princess kesayangan mummy tu... Memula, teacher dia cuba untuk pujuk dia, bagi dia macam-macam... Lego, sweet, colouring book, tapi tak berhasil, so mummy pun terpaksa lah masuk jugak class tu semula utk menenangkan keadaan.. ehehheh... Bila nampak je mummy, terus lah dia peluk mummy dan tak bagi mummy pergi jauh dari dia.. Dia pegang tangan mummy kuat-kuat ... Alahai, syian princess mummy sorang ni ye...

Bila tiba time makan, dia paling seronok, tak sabar2 nak kek ... Bila dia leka makan kek, mummy pun beredarlah coz kene balik sekolah semula. Ada class kan. Sorry my little princess.. Be a good girl kay ... ^_^

Pukul 11.25am, mummy gi jemput Bethrisya... Tengok-tengok teacher dia tengah pujuk dia lagi... ehehhe.... Tapi teacher dia kata, dia bukan menangis tak berhenti-henti... Sekejap dia nangis, sekejap dia ok .... Normallah tu kan ... Bethrisya mana lah pernah berpisah dengan mummy.... Lagipun dia kan kecik lagi.. Teacher dia cakap mmg perkara biasa kalau budak menangis, ada tu sampai sebulan baru ok .. Ingatkan class 3 year-old je yang havoc dgn
 tangisan.. Rupanya class 4 year-old dan 5 year-old pun sama gak... Ada tu lagi teruk melalak sampai terjerit jerit .... Tapi bila dalam kereta on the way back, mummy tanya : "Cha, tomorrow nak school tak? " ... Dia jawap, " School.. Tulis-tulis, colour-colour, nyanyi-nyanyi ... Harini main je mummy " .... Hahahha... lawak lah anak mummy ni...Maknanyer dia mmg nak school cuma belum biasa dengan situasi persekolahan je... As time goes by, she will get used to it ... I hope so....



Dear Ayah,
Your beloved daughter went to school today. So sorry that u can't join us. You missed Bethrisya first step towards success. You missed the part where Bethrisya cry when mummy left her .. I just can't forget that face ... Muka mintak belas kasihan supaya mummy tak tinggalkan dia ... Mak said, she inherit it from u ... ehehhee... you also cry when u didn't see mak at your kindergarten. Luckily mak didn't work at that time, so she can accompany u all day long .... ^_^ ... Please pray that Bethrisya can adapt with her new situation as soon as possible kay Sayang .... Hopefully, she will enjoy her playschool...