Sunday, September 28, 2014

Menjelang 10 Tahun.

Begitu pantas masa berlalu, tanpa sedar, tahun ni merupakan tahun kesepuluh kami hidup sebagai suami isteri. Segalanya penuh ranjau dan penuh dengan suka duka hidup berumahtangga. Alhamdulillah, rumahtangga yang dibina hasil padukan orang tua masih kekal hingga kini. Walaupun kami pada asalnya tidak mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, tapi percintaan setelah berkahwin itu sesungguhnya amat indah dan penuh makna.

Segalanya bermula bila tamat pengajian di UTM, auntie maznah (kini ibu mertua) dtg kerumah untuk bertanyakan pada abah dan mak samada diri ini dah berpunya atau tidak. Abah merupakan orang yg paling seronok kerana antara dia dan auntie maznah mmg mempunyai bau bau bacang. Makanya dgn perkahwinan kami, ikatan silaturahim dapat didekatkan lagi.. Menjadi anak yg selalu ingin menggembirakan hati kedua ibubapanya, dituruti jugak kemahuan mereka..

Pada awalnya agak tidak mendapat kerjasama dr abang mamat @ abang mazly kerana mungkin dia mmg belum bersedia untuk berumahtangga. Atau mungkin dia telah ada pilihan hati yang mendapat tentangan auntie maznah dan uncle md dom... Dengan tidak meletakkan harapan yang tinggi, dibiarkan semuanya berlalu dan hanya masa yang menentukan segalanya..

Takdir Tuhan, umur uncle md dom tidak panjang.. Dia meninggal seminggu selepas aku pergi berjumpanya memberi ole-ole yang dibeli hasil percutian ku di kuching. Dia berpesan untuk membelikannya ikan terubuk masin. Pada hari itu, tangannya disalam, dicium, dan tanpa sedar, kepalaku diusap lembut. Seolah-olah memberi restu untuk aku menjadi menantu di rumah itu... Apa yg ada dalam hatinya, hanya dia dan tuhan saja yang tahu..

Pada hari kenduri arwah lah buat pertama kalinya aku berjumpa dgn abang  mamat yang pada ketika itu kelihatan amat sugul dan mungkin kerana itulah dia tidak begitu melayan diri ini... Setelah tamat kenduri 7 hari, abang mamat terbang kembali ke Jepun kerana pada ketika itu dia sedang deliver kapal LNG di sana.. Dan segalanya kembali sepi tanpa berita....

Untuk merialisasikan impian, sehari sebelum hari lahir abang mamat- mak, kakak dan abangnya, memujuk diri ini untuk menghantar email mengucapkan selamat hari jadi kepada abang mamat.. Cuba memberanikan diri untuk mencuba nasib dan email dihantar dengan perasaan malu serta takut... Perempuan tetap perempuan, perasaan malu tetap tebal di hati... Apatah lagi bila email yang dihantar tidak mendapat balasan.. Maka terdetik la di hati kecil, mungkin memang bukan jodoh kami berdua... Hidup perlu diteruskan seperti biasa tanpa ada apa apa perasaan kecuali terkilan tidak dapat memenuhi kehendak orang tua..

Email pertama yang dihantar kepada Capt Mazly @ Abang Mamat (nama manja Capt dirumah)

Namun, tanpa disangka, tanpa di duga... Menerima satu panggilan dr nombor yang agak pelik pada 11 November 2003... Rupanya panggilan dari Jepun... Bermula episod menerima panggilan telefon setiap hari dr Jepun.. Bila tiada panggilan, terasa tidak lengkap la pulak hari itu.. Telah dapat rasakan bahawa bunga bunga cinta telah mula untuk berputik walaupun masih ada rasa ragu...

Kebetulan visa jepun dia dah nak tamat, maka dia perlu balik untuk memperbaharuinya. Dan kebetulan pula abah dan mak akan mengerjakan haji dan bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat.. Entah dari mana datangnya cadangan supaya kenduri doa selamat abah dan mak ke tanah suci dibuat sekali dengan majlis pertunangan kami. Agak terkejut pada mulanya kerana terasa ianya masih terlalu awal.. Namun, tiada suara untuk membantah... 

Sejarah pertemuan pertama kami secara rasminya tercipta di KLIA pada 6 Disember 2003.. Disitulah buat pertama kalinya kami bertentang mata, berbual mesra, bergurau senda.... 

Seminggu selepas itu, pada 13 disember 2003, termeterailah ikatan pertunangan diantara kami berdua... Dan disatukan dengan ikatan yang sah pada 1 Oktober 2004..

10 tahun berlalu, tapi terasa segalanya masih baru, masih segar dalam ingatan bagaimana ianya bermula... Hingga kini masih lagu terasa mabuk cinta, masih terbuai dgn rasa sayang, masih menanggung kerinduan bila berjauhan..

Abang, terima kasih buat segalanya.. Terima kasih kerana hadir dalam hidup honey.. Terima kasih kerana melengkapkan hidup honey.. Terima kasih kerana menerima kekurangan honey... Terima kasih kerana menjadi lelaki terhebat buat honey dan anak anak...

Sunday, September 21, 2014

Pulau Redang Terengganu.

Niat di hati hendak ke Krabi, Thailand lagi.. Tapi kesiankan kak Aziah yang nak sangat join holiday kami kali ni... Memandangkan keadaan kak Aziah yang tgh sarat mengandung, maka kami semua setuju untuk ke Pulau Redang pada tahun ni. Kami memilih Laguna Redang untuk percutian beramai-ramai tahun ni... Alhamdulillah, pilihan kami tidak salah dan ianya sangat berbaloi-baloi dengan apa yang kami bayar. Yang penting semua anak-anak sangat gembira berendam dalam laut dan kolam renang tanpa mengira masa.. Mak-mak dan bapak-bapak pun tersangat seronok bercinta sakan menikmati setiap saat dan waktu bersama.. Almaklumlah, nature kehidupan kami tak seperti kebanyakkan orang. Saat mereka bercuti ini lah kami perlu menghabiskan masa bersama-sama sebaik mungkin. 







































Daripada Redang, kami check in di Riyaz Marina Pulau Duyung Terengganu pulak.. Menghabiskan sisa cuti cuti kami di pantai timur.. Terima kasih buat semua sahabat yang terlibat dalam percutian ini. Minta maaf andai ada kekasaran sepanjang kita bersama dan mohon halalkan segala yang telah dibelanjakan... Moga ada rezeki untuk kita bercuti bersama-sama lagi di masa hadapan...

Kemanakah destinasi seterusnya ????






Saturday, September 13, 2014

Hello Kitty Town 2014

Destinasi pertama cuti sekolah kali ini adalah ke Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Nusajaya.. Mulanya nak ke Legoland, tapi memandangkan cuaca yang agak panas, kami tukar plan ke Hello Kitty Town kerana ianya indoor dan beraircond... ehehehe..Yang penting, anak-anak semua happy....







Monday, September 1, 2014

Finally

Akhirnya penantian kami berakhir.. Ayah dapat jugak sign off setelah pelbagai dugaan yg datang silih berganti... Setelah tertunda berkali-kali... Doa kami akhirnya dimakbulkan.. Terubat kembali kerinduan yang bertamu..

Masa untuk bercintaaa.......

Detik penyatuan.