Sunday, October 23, 2011

Hargai Selagi Hayatnya Ada.

Sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia biasa, tidak akan pernah tahu, bila dan bagaimana ianya berlaku. Segalanya telah ditentukan-NYA. Mungkin kita yang pergi dulu, ataupun mungkin dia yang akan meninggalkan kita dahulu. Bersediakah kita untuk ditinggalkan? Bersediakah kita untuk hadapi perpisahan abadi? Bilamana seseorang yang kita sayang, yang kita cinta, tempat kita bergantung harap, pergi menghadap Ilahi .... Dan perginya yang tidak akan kembali lagi...... 


****************************


Petang tadi, berkesempatan untuk menziarahi Erine, isteri kepada seorang pelayar yang baru kehilangan suami tercinta akibat kemalangan jalanraya pada minggu lepas. Arwah sepatutnya dijadualkan untuk belayar pada 26 Oktober ni. Segala urusan dengan ofis di Dayabumi semuanya telah selesai. Cuma menunggu hari untuk menaiki kapalterbang dan memulakan pelayaran di lautan samudera... Tetapi sesungguhnya Tuhan lebih sayangkannya. Dia dijemput Tuhan lebih awal. Dan tidak perlu pergi jauh, segalanya hanya berlaku dihadapan rumah. Dia dilanggar ketika hendak melintas jalan di hadapan rumah. Disitu jugak ajalnya menjemput..

Dan mulai detik itu lah, Erin hilang tempat bergantung.. Mia yang baru berusia setahun enam bulan hilang tempat bermanja... Ibu dan ayahnya juga hilang satu-satunya anak lelaki harapan yang menjadi dahan berpaut selama ini.. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. 

Tak sanggup rasanya menatap mata Mia yang ada masanya mencari-cari dimana Papanya.. Diambilnya telefon, dipanggil-panggilnya "Papa..Papa...." Seolah-olah Papanya hanya pergi belayar dan akan pulang bila tiba masanya nanti.. Namun hakikat yang Mia masih lagi belum mengerti adalah, kali ini, Papanya pergi tak mungkin akan kembali.... 

Erine pula, walaupun cuba untuk tersenyum, namun memang jelas kelihatan kekosongan dalam renungan matanya, kekosongan dalam jiwanya... Kehilangan suami dalam sekelip mata menjadikannya seperti hilang arah.. Seolah-olah separuhnya jiwanya pergi persama... Biarlah masa mengubatinya.. Dan biarlah kenangan terindah mereka bersama terus tersimpul mati diingatan...

Semoga perjalanan hidup Erine dan Mia selepas ini dipermudahkan oleh-Nya.. Dan moga Erin terus tabah dalam meneruskan kehidupannya di muka bumi ini.. Dan semoga mereka ingat, segala yang terjadi tentunya ada hikmah disebaliknya.. 

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang alim dan wali-wali Allah.. AL FATIHAH ....



***************************************************


Buat suami tercinta, MAZLY B MD DOM, yang menjadi nyawa dan nadi setiap denyutan jantung, walau telah diucapkan beribu kali, namun takkan pernah ku jemu untuk mengulangkan nya lagi... "I LOVE U, SAYANG.....You are the BEST thing that ever happened to me.. Mungkin Honey tidak sempurna, tetapi Honey akan cuba menjadi sempurna untuk Abang... Maafkan segala kesalahan dan kesilapan Honey ....  Moga jodoh kita sehingga ke pintu syurga...." 




Thursday, October 20, 2011

@ 20weeks

Alhamdulillah, masa berlalu terlalu cepat. Diam tak diam kandungan dah mencecah 20 minggu @ 5 bulan... Dan syukur sangat-sangat coz memang baby tak banyak ragam kecuali di awal2 dua bulan pertama dulu je.. Selepas tu, memang mummy kembali ligat dan aktif seperti biasa... Apatah lagi sepanjang 20 minggu ni segalanya diharungi sendiri.. Sang suami masih berada nun jauh di laut biru mencari rezeki... Mungkin baby sangat memahami keadaan, dan kerana itulah dia langsung tak nak menyusahkan Mummy dia.. Alhamdulillah...

Baby pun dah mula bergerak aktif dalam perut Mummy ni.. Rasanya seawal 16 minggu aritu dah mula rasa.. Lagipun ini dah kandungan ke tiga kan, so lebih alert lah.. ehehhe..

Si Kakak dan si Abang pun tetiap malam sebelum tido, sibuk nak pegang perut Mummy dan wish good night kat adik dia.. Sambil memujuk si Adik dgn mengatakan yang Ayah tak de, Ayah gi work, Ayah naik ship...  ehehehhe.. Comel gilerr kan ...... Ini disebabkan Si Ayah selalu tanya kat diaorg, bagitau tak kat baby yang Ayah tak de, Ayah work tapi Ayah tetap sayangkan baby serta Kakak dan Abang... Tu yang diaorg berdua ni dok bgtau kat adik dia..

Masa monthly check up dan scan di Dr Raja tadi, baby tersangat lah aktif. Memang langsung tak duduk diam. Kejap terpusing sini, kejap terpusing sana.. Kejap menendang, kejap menumbuk ... Sikit punya susah Dr nak ukur kepala dia, ukur badan dia, ukur tangan dia ataupun ukur kaki dia.. Sampai tergelak-gelak Dr tu tgk si kechik ni tak tahu duduk diam... 

Gender baby?? Baby blue or baby pink ???

ehhehehe... Biar jadi tanda tanya dulu.. ehhehehe.. Memang Dr dah bgtau tadi, tapi dia kata MUNGKIN... Coz baby tak duduk diam kan.. So dia susah nak confirmkan.. Cuma dia kata lah macam ........... je ni. ehehheheehhee....  Tak kisah lah baby blue or baby pink, yang penting dia sihat sehingga Mummy selamat melahirkan dia kedunia nanti. Insyaallah...


Adakah baby merupakan kawan masak-masak Bethrisya ???



Atau,


Adakah baby Geng main bola Rayyan ???





^_____________________________________^


Wednesday, October 19, 2011

Dari Anakanda untuk Ayahanda.

Hari jadi ayah dah tak lama lagi.. Dan kami tak dapat untuk menyambutnya bersama-sama. Hanya kad yang menjadi pengganti diri.

Kad-kad ni khas dari anak-anak untuk Ayah yang sangat mereka rindui. Mummy tolong print dan tampal-tampal kan. Kemudian hantar laminate... Diaorg yang warnakan sendiri. Hasil kerja tangan mereka untuk Ayah tersayang.

Seronok sangat diaorg bila Mummy kata, jom kita buat kad untuk Ayah.. Bersemangat diaorg mewarna huruf-huruf tu.. Si Rayyan pulak asyik merugut coz tangan dia penat nak warna byk sgt huruf, tapi bila Mummy kata berhenti lah dulu, nanti sambung balik, dia tak nak.. Dia tetap nak siapkan jugak...

Dan ini lah hasilnya.......................


From Bethrisya with love

From Rayyan with love

Monday, October 17, 2011

Mula merindu

Diam tak diam rupanya dah dekat empat bulan Ayah belayar. Kalau kebiasaannya memang kami dah mula menghitung hari untuk menunggu kepulangan Ayah ke pangkuan, tapi tidak untuk kali ni.. Kami terpaksa berkorban dan bersabar lebih sedikit daripada biasa.

Sebaik saja disahkan mengandung beberapa bulan lepas, kami memang dah berbincang dan membuat kata putus bahawa Capt akan belayar selama 6 bulan dan bukannya 4 bulan.

- Supaya dia ada di darat ketika kelahiran baby baru pada akhir bulan Februari 2012 nanti. 
- Supaya dia dapat mengazankan zuriatnya.
- Supaya dia dapat menjaga Mummy dalam pantang.
- Supaya dia dapat menjaga Bethrisya dan Rayyan sepanjang Mummy berpantang.
- Dan yang paling penting, dia bole sama-sama berkongsi kegembiraan dengan kami bila ahli keluarga kami bertambah nanti. 

Makanya kami perlu menunggu dua bulan lagi sebelum bersatu kembali menjadi keluarga yang lengkap.....

Tapi tanpa disedari rupanya si kecik yang bakal menjadi abang ni dah mula merindukan Ayahnya.. Tanpa diduga, malam semalam semasa nak tido, dia minta baju Ayah untuk dipeluk.. Dicium-cium baju tu walaupun hakikatnya telah hilang bau Ayah sehingga tertidur sendiri... Sayu pulak hati bila tengok dia berkelakuan begitu.

Nyenyak tido ditemani baju busuk Ayah.

Sunday, October 16, 2011

Anne & Nami

Selamat bertunang buat Anne dan Nami. Auntie Ena dan Capt doakan semoga cepat- cepat naik pelamin...

Alhamdulillah majlis pertunangan pasangan kekasih ini selamat di adakan pada jam 9 malam, 15 Okt 2011.. Nami merupakan kawan kepada Shahril (hubby Nina).. Walaupun Nina tak dapat balik coz ada class, Mummy dan Tokmak tetap pergi dan sama-sama memeriahkan majlis pertunangan mereka yang meriah bertemakan hitam merah ni.. Lagipun, last ship Nami aritu adalah bersama-sama dgn Capt kesayangan kami.. So dia pun sama beria-ria suruh Mummy pergi tgk anak kapal dia ni bertunang...

Anne yang anggun dalam busana berwarna merah.

Hantaran dari Anne untuk Nami

^____________^

Mummy dan Tokmak bersama Anne dan Nami

Wednesday, October 5, 2011

Semakin Membesar

Tanpa disedari, masa berlalu sangat pantas.. Dua anak kecik yang Mummy rasa masih terlalu kecil rupanya telah semakin membesar.

Si kakak semakin menunjukkan sifat keanak daraannya.. Dah sibuk dengan bag make up dia... Kesana kemari mesti bawak beg tu.. Dah sibuk suruh mummy belikan perfume.. Nak wangi wangi katanya..

Anak Dara Sunti


Kesayangan Bethrisya


Dan rupanya si Rayyan pun dah mula berjinak-jinak meninggalkan alam ke'baby'an nyer... Masa kat giant petang tadi, Mummy nak belikan bath foam Johnson Baby, tapi dia tak nak.. Dia nak pilih sendiri sabun apa yang dia nak... Nak tau apa yang dia pilih ????


Hero Malaya

Inilah yang dipilih
Shower gel - Shampoo - Body Powder
Superman lagi !!!
Jangan pakai spender kat luar dah ler ye Rayyan..


Ehehhehe, sungguh kelelakian kan anak bujang Mummy ....

Hakikatnya, kedua buah hati pengarang jantung ni dah semakin bertambah usianya... Bukan lagi si anak kecik yang asyik merengek minta didukung.. Huhuhuuu... So, memang dah tepatlah masanya untuk mereka berdua ni mendapat adik baru... Semoga nanti, kamu berdua menjadi kakak dan abang TERBAIK buat adik dalam perut Mummy ni.. Insyaallah..

Dan......



Mummy pun dah semakin membesar jugak.....

 ^_________^


4 bulan 3 minggu
Perutnya masih comel dan agak malu-malu nak menunjukan diri..

Monday, October 3, 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru SAMURA

Tempat : Glory Beach Resort, PD
Tarikh : 01 - 02 Oktober 2011

Jelas terpancar kegembiran di setiap wajah guru-guru ini sepanjang berada di PD.. Sesekali menjadi solo, sesekali tidak dikelilingi oleh anak murid... Memang enjoy betul...

Slot Pertama :
Ceramah Motivasi : Team Building oleh Tuan Hj Mohd Noh bin Sairi

Tuan Hj Mohd Noh Sairi
Happy faces


Slot Kedua :
Persiapan untuk Praktikal Team Building

Operasi membogelkan jagung

Mencucuk udang

Mula menghidupkan bara

Bergotong-royong

Slot Ketiga :
Praktikal Team Building (BBQ)

Jagung manis pujaan hati.
Tersangattttt lah sedap..

Udang bakar.
Ni pun mummy makan sangat banyak..

Jejaka-jejaka SAMURA

Kaum ibu yang sedang menikmati kelazatan makanan yang ada.


Slot Keempat :
Ceramah Dari Pengetua Kanan Sek Men Sains Muar, Tn Hj Samian Sawiyo

Mendengar amanat dari Pengetua

Ayahanda Pengetua

Slot Kelima :
Ceramah SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi)

En Shamsuri bin Sujak
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan dan Perhubungan
Sekolah Berprestasi Tinggi

Cikgu-cikgi yang penuh bersemangat..

Saturday, October 1, 2011

S.E.V.E.N

Sayang,

Eversince you tiptoed into my life,
You've filled my days with love, laughter
and many special moment...

I feel so blessed to have u in my life...

Happy 7th Anniversary, with love,
 to the wonderful man i married.
YOU'RE THE BEST HUSBAND IN THE WORLD !!!

Semoga perjalanan hidup kita akan terus bersama sehingga ke akhir usia.
Insyaallah

"HONEY SAYANG ABANG, BANYAK-BANYAK, SAMPAI SYURGA"


p/s : Ingat lagi apa hadiah yang di minta oleh sang suami pada tahun lepas? ehehhehe... So, insyaallah ianya bakal termakbul pada akhir bulan Februari tahun hadapan.. Alhamdulillah... Telah memasuki  minggu ke 18 .. Dan setakat ini segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Semoga perjalanan seterusnya dipermudahkan dan terus selamat sehingga saat melahirkan walaupun Abang jauh dimata.