Diam tak diam rupanya dah dekat empat bulan Ayah belayar. Kalau kebiasaannya memang kami dah mula menghitung hari untuk menunggu kepulangan Ayah ke pangkuan, tapi tidak untuk kali ni.. Kami terpaksa berkorban dan bersabar lebih sedikit daripada biasa.
Sebaik saja disahkan mengandung beberapa bulan lepas, kami memang dah berbincang dan membuat kata putus bahawa Capt akan belayar selama 6 bulan dan bukannya 4 bulan.
- Supaya dia ada di darat ketika kelahiran baby baru pada akhir bulan Februari 2012 nanti.
- Supaya dia dapat mengazankan zuriatnya.
- Supaya dia dapat menjaga Mummy dalam pantang.
- Supaya dia dapat menjaga Bethrisya dan Rayyan sepanjang Mummy berpantang.
- Dan yang paling penting, dia bole sama-sama berkongsi kegembiraan dengan kami bila ahli keluarga kami bertambah nanti.
Makanya kami perlu menunggu dua bulan lagi sebelum bersatu kembali menjadi keluarga yang lengkap.....

Tapi tanpa disedari rupanya si kecik yang bakal menjadi abang ni dah mula merindukan Ayahnya.. Tanpa diduga, malam semalam semasa nak tido, dia minta baju Ayah untuk dipeluk.. Dicium-cium baju tu walaupun hakikatnya telah hilang bau Ayah sehingga tertidur sendiri... Sayu pulak hati bila tengok dia berkelakuan begitu.
| Nyenyak tido ditemani baju busuk Ayah. |

10 comments:
Mencabar betul yr life ye..Semoga tabah..
alahaaaaaaaaai :(
part ni the hardest thing.bertabah ye rayyan & family.
qies pun mula asik berpapa-papa.baru 2 months je.sobss
alalahai...ciannye rayyan tdo ngan bju busuk ayahnye...hihi2..due bulan 2 ek,sama la ngan akak sy,bln 2 gak....dapat anak buah buah lg la nmpknye...hehe..kwn sy yg husband die keje belayar misc pun bru pas bersalin jer..nsb baik husband die sempat balik darat....hihihi
iman baru 2minggu bepisah tp asek tecari2.. sy risau dia kemurungan.. skang ni dia xsenyum.. jauh skali nak gelak.. diammmmm je..dah xactive mcm slalu.. xnak mkn, xnak susu.. apa patut sy buat? sedih la tgk dia camtu..
sedihnya & berair mata baca n tgk gambar rayyan tu..kita boleh tahan perasaan tapi anak2 susah....kesian dia...semoga tabah...salam kenal...
Yan,
Ini lah ragam kehidupan kami bila berkahwin dgn pelaut. Rindu merindu.. Ehehhe.. Insyaallah kami akan terus tabah kerana telah tertulis jalan hidup kami sebegini rupa...
^_____^
Yat,
Mmg bila tgk anak anak mula rindukan ayah, mulalah rasa tak keruan.. Tak sampai hati kan...
Deqwa,
Haah, akak due insyaallah akhir bln 2 nnt... Dan insyaallah, hubby akak ada kat darat dah time tu... Doa kan segalanya selamat ye..
Izan,
Sabar ye dik.. Cuba lah cari apa apa penyelesaian yg bole kurangkan kemurungan iman.. Jgn dibiarkan melarat tau...
Husmyna,
Salam kenal... Itulah, bila tgk rayyan mula mintak baju ayah then suruh mummy on laptop utk skype dgn ayah, mmg dah dapat agak dah, yg dia rindu sgt kat ayah.. Tp nak buat cam ne.. Ayah balik lagi dua bulan... Huhuhu... Terus bersabar je lah...
Post a Comment