Wednesday, March 21, 2012

Ice Cream Goreng

Cara-cara buat aiskrim goreng yang dipelajari masa atas kapal aritu. Selamat mencuba.

1. Ice Cream dibulat-bulatkan dan dibungkus dengan wrapping plastik.


2. Keraskan aiskrim tersebut semalaman di freezer. Supaya aiskrim bebetul keras dan tak mudah cair.



3. Keluarkan aiskrim yang telah keras dari freezer. Bukak plastik yang membungkus aiskrim tadi.

4. Sediakan tiga mangkuk yang masing-masing berisi cornflakes yang dihancurkan, kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk dan telur.

Cornflakes yang telah dihancurkan

Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk.

Telur.

5. Celup aiskrim dalam telur kemudian ke dalam cornflakes kemudian ke dalam telur semula dan akhir sekali ke dalam kacang tanah.





6. Keraskan aiskrim yang telah disaluti cornflakes dan kacang tanah di dalam freezer.


7. Keluarkan aiskrim dari freezer dan goreng sehingga warna kekuningan.



8. Hias lah mengikut citarasa masing-masing.

Tuesday, March 6, 2012

Uri @ Tembuni

Siapa pernah tengok macam mana rupa uri @ tembuni yang menjadi kawan baby semasa dalam perut? Rasanya ramai Mak/Ibu/Mama/Mummy yang tak berkesempatan nak tengok macam mana rupanya uri@tembuni tu coz kita masih kat hospital semasa uri @ tembuni tu dibasuh, dibersihkan dan ditanam. Ada yang dibasuh sendiri oleh si Ayah, dan ada jugak dibasuh oleh orang lain, samaada atok or saudara mara. Ada juga yang mengupah orang lain untuk menyempurnakan uri @ tembuni anak mereka.

Alhamdulillah, untuk ketiga-tiga zuriat kami ni, uri @ tembuni mereka semua disempurnakan oleh Ayah Tercinta. Bermula dengan membasuh sebersihnya, kemudian diletakkan didalam periuk tanah dan akhirnya ditanam, semuanya dilakukan oleh Ayah

Orang tua-tua kata, uri @ tembuni tu mesti dibasuh sebersih-bersihnya supaya anak nanti tidak mudah dijangkiti kudis ataupun penyakit kulit.. Orang tua-tua juga kata periuk tanah tu jangan terlalu besar supaya anak tidak kembung dan ianya perlu dilubangkan sedikit dibahagian bawah supaya air tidak bertakung dalam periuk tanah tu nanti. Ianya jugak utk mengelakkan anak dijangkiti kudis. Selain itu, orang tu-tua juga menggalakkan supaya si Ayah berpakaian kemas dan bersih semasa menanam uri @ tembuni tu supaya nanti bila si anak tu besar, dia pun akan sentiasa kemas dan bersih dalam segala segi. Insyaallaah... 

Uri @ Tembuni Bethrisya
Ogos 2006
Ini lah rupa uri yang duduk dalam perut kita bersama baby.

Ayah tengah membersihkan uri baby.

Uri @ Tembuni Rayyan
Mac 2008

Basuh bersih-bersih ye Ayah.

Tanam

Timbus

Uri @ Tembuni Rayqal
Februari 2012

Sebelum dibasuh

Sedang dibasuh bersama asam jawa dan garam kasar.

Menanam

Selesai sudah..