Tempat : Atas katil
Bethrisya : Ayah balik berapa haribulan, Mummy? Sambil mata mengerling ke kalender handphone Mummy.
Mummy hanya mampu tersenyum sambil mengusap dan mencium dahi Bethrisya dan berkata, "Nanti Ayah balik ye Sayang....." ... Cuba sedaya upaya untuk tidak menampakan riak sedih di wajah dan seboleh mungkin menghalang air mata dari gugur di pipi.
Aduhai anak, dikau terlalu kecil untuk menempuh semua ini.. Rupanya rindumu sudah tidak tertanggung kepada si Ayah tanpa Mummy sedari.. Dalam tawamu, dalam riangmu, dalam senyummu, rupanya tersimpan satu perasaan RINDU yang sukar dikau ungkapkan.
Kak Chica Sayang, Ayahmu pergi mencari rezeki. Rezekinya tertulis di laut biru... Bukan kehendaknya, bukan juga mahunya untuk meninggalkan kita berbulan-bulan lamanya. Itu tanggungjawapnya Sayang. Demi memberi kita kesenangan dan kebahagian di bumi pinjaman Tuhan.. Sebanyak mana kita merindui dia, tentunya dia akan merindui kita lebih dalam lagi.. Kerana kitalah kekuatan dia disana....



















