Monday, January 19, 2015

New Hobby

Akhirnya hajat Rayyan untuk memiliki rollerblade tercapai. Dah lama dia merengek nakkan rollerblade tp mummy yang tak berani nak belikan sebab risaukan keselamatan dia. Tapi akhirnya mengalah jugak demi minat si bujang ni. Apatah lagi, setiap jumaat petang dan malam memang ada abang yang ajarkan budak budak main rollerblade di Tanjung Mas. Memang jelas kelihatan riak kegembiraan di wajah Rayyan bila akhirnya dapat jugak rollerblade idaman hati.. Malah bukan Rayyan je yang dapat, Kakak Bethrisya dan adik Rayqal pun ada rollerblade sendiri jugak.. Sesungguhnya kegembiraan anak itu memang sangat bermakna bagi kami bilamana si Ayah selalu tiada disamping mereka. Sekurang-kurangnya dengan bertambahnya aktiviti petang mereka, dapat mengisi masa lapang mereka....






Sunday, January 11, 2015

First Day Of School.

Bermula lagi tahun baru, bermulalah anak-anak bersekolah. Si kakak dah melangkah ke Tahun 3. Si abang mula melangkah ke Tahun 1. Dan si adik jugak telah mula bersekolah walaupun baru berumur 3 tahun. Mungkin bagi sesetengah orang, kurang bersetuju menghantar anak ke sekolah terlalu awal dengan alasan anak itu akan cepat bosan bila masuk sekolah rendah nnt. Tapi Mummy rasa masih ada banyak kebaikan nya bila si anak ini pergi sekolah lebih awal. Secara tidak langsung boleh la dia bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang yang lain.

Bethrisya Azlayena Binti Mazly
3 Dahlia - SK Convent Muar
3 Ibnu Majah - Sek Agama Parit Kadhi
-maaf kakak, mummy tak ada snap gambar kakak pergi sekolah untuk hari pertama. :'(

Rayyan Muszaphar Bin Mazly
1 Raya - SK Bandar Maharani
Tahfiz 1 - Tahfiz ABIM






3) Rayqal Malique bin Mazly
    En Picasso - Tadika Puncak Ria (Qdees)