Akhirnya hajat Rayyan untuk memiliki rollerblade tercapai. Dah lama dia merengek nakkan rollerblade tp mummy yang tak berani nak belikan sebab risaukan keselamatan dia. Tapi akhirnya mengalah jugak demi minat si bujang ni. Apatah lagi, setiap jumaat petang dan malam memang ada abang yang ajarkan budak budak main rollerblade di Tanjung Mas. Memang jelas kelihatan riak kegembiraan di wajah Rayyan bila akhirnya dapat jugak rollerblade idaman hati.. Malah bukan Rayyan je yang dapat, Kakak Bethrisya dan adik Rayqal pun ada rollerblade sendiri jugak.. Sesungguhnya kegembiraan anak itu memang sangat bermakna bagi kami bilamana si Ayah selalu tiada disamping mereka. Sekurang-kurangnya dengan bertambahnya aktiviti petang mereka, dapat mengisi masa lapang mereka....
1965 Ford F100 Repair Manual
3 years ago







1 comments:
wah.....minat baru semoga rayyan,bethrisya,n adik rayqal selalu menghiburkan mummy dia... seronok bola anak2 bergelak ketawa kn kak...sejuk perut yg mengandungkan mereka....
Post a Comment