Wednesday, March 30, 2011

Menanti

Penantian kami hampir kepenghujungnya...

Insyaallah, bermula Khamis depan, kami akan kembali berempat..


So, mari kita memangkah kalender ye anak anak....

Tujuh hari lagi...

^_____^



- Baju baru mummy : checked
- Baju baru bethrisya : checked
- Baju baru rayyan : checked
- Kemas bilik : checked
Gunting rambut : tak tau ler sempat ke tak.. aduhaiii...
- SPA & Facial : appointment next week (Monday & Tuesday)


Monday, March 21, 2011

Celebration at Qdees


Disebabkan birthday party Rayyan tu lambat lagi, so Mummy tetap hantarkan jugak, kek dan party pack untuk kengkawan dia di tadika pagi tadi.. Anak manja Mummy ni, boleh pulak meleleh air mata bila nampak je muka Mummy dah sekolah dia tadi.. Bertuah betul... ehehehhe...

Rayyan nampak je Mummy dtg ke clas dia, terus berjujurai airmata.. tah napa sedih sgt tah.. terus lah melekat je kat Mummy.. Takut Mummy tinggalkan dia..

Tiup lilin pun berdukung.


Kengkawan dia yang lagi excited nak tiup kek tu.


Nasib nak jugak dia potong kek.


Teacher dia panggil Bethrisya utk makan kek sesama.


Bersemangat betul dia makan kek..


Goodies pack utk kengkawan.

Chocolate... Syomellll kan....


p/s: Anak manis yang datang time besday party Rayyan nnt pun akan dapat party pack cam ni... eheheh... Datang tau, jangan tak datang...

Ballet Exam


Last Friday, 18 March 2011, Bethrisya passed her very first ballet exam. Dan sekarang, dia telah melangkah ke stage yang seterusnya.. Tahniah Sayang.. Mummy sentiasa percaya yang Kak Chica sentiasa boleh melakukan yang terbaik... We are proud of u Sayang...









Saturday, March 19, 2011

19-03-2008 ke 19-03-2011




Rayyan Muszaphar,

Mengandungkan mu, menguji ketahanan Mummy. Kemabukan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Sesuatu yang tidak Mummy rasa ketika mengandungkan kakak.

Melahirkan mu, sekali lagi bilik pembedahan itu Mummy kunjungi. Harapan untuk bersalin normal, tidak kesampaian. Atas nasihat doktor, Ayah terus memberi persetujuan tanpa meminta pendapat Mummy dulu. Mungkin Ayah tak sanggup melihat Mummy menahan sakit. Keluarlah dikau melalui tingkap jugak.

Dan, tatkala melihat dikau membesar, ianya adalah suatu keajaiban... Suatu rahmat yang tidak ternilai.

Sesungguhnya dikau adalah anugerah terindah dari Tuhan buat kami.

Selamat hari lahir yang ke 3 buat Anakanda Rayyan Muszaphar. Semoga terus membesar dengan sihat, bijak pandai dan menjadi anak soleh kebanggaan Mummy dan Ayah.




p/s : Kawan-kawan, adik-adik dan kakak-kakak, sila kosongkan kalendar anda pada Sabtu/16.4.2011 ye. Birthday party Rayyan akan diadakan di Pool Site, Casa Indah 1, Kota Damansara. Jemputan akan menyusul nanti. Terpaksa buat lambat sikit coz tunggu Big Boss balik dari kapal...

Monday, March 14, 2011

Muhammad Asyraf Zikry

Keluarga besar kami telah bertambah... My youngest brother, baru menerima cahayamata yang kedua. Muhammad Asyraf Zikry. Menjadikan cucu Tn Hj Zakaria dan Puan Hajjah Dayang sekarang ni adalah seramai 27 orang kesemuanya. Cuma belum ada rezeki menerima cicit je lagi.. Bila lah anak abang long ku itu nak berumahtangga ye... ehehehhe...

Majlis akikah dan potong jambul Asyraf telah selamat disempurnakan di rumah tok bah pada 13 Mac 2011.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Baby Asyraf Zikry

Mereka juga telah berempat... Nampaknya si kakak ni terpaksa usaha lebih lagi untuk menambahkan ahli keluarga.. kalau tidak, si adik akan mengalahkan.

Imam Hj Shukur sedang mengalunkan ayat suci al quran ke telinga baby Ayraf.

Berzanji

Menjamu selera.. Nasi beriani yang lazat...