Thursday, December 31, 2009

Our Home Sweet Home

Sebagai penutup tahun 2009, saje nak share satu lagi perkara yang amat bermakna yg hadir dalam hidup kami sekeluarga.. Alhamdulillah, rezeki Ayah sangat murah tahun 2009 ni .. Dan rezeki itu sama-sama dikongsi.. Ayah bermurah hati untuk belikan benda ni untuk Mummy. Katanya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5.

^___________^

Apa kebenda yang Ayah bagi kat Mummy ye... ehehhe....



Jeng....



Jeng....



Jeng....



Casa Indah 1 Condominium, Kota Damansara

Tapi disebabkan kegayatan Mummy, Ayah terpaksa lah terima hakikat yang Mummy hanya memilih unit di tingkat 1...eheheheh.. Lagipun dah tak banyak pilihan.. Yang view cecantik dah habis di ambil orang..

Sebab-sebab Casa Indah 1 menjadi pilihan Mummy:

1) Security - kami bukannya nak duduk sepenuh masa kat situ. Ianya hanyalah rumah persinggahan hujung minggu dan cuti sekolah.. So selamat lah sikit bila ada pak guard kan. Tak de lah takut nak tinggalkan rumah tu lelama.

2) Yang paling utama adalah - dekat dengan IKEA, THE CURVE, IKANO, CINELEISURE dan ONE UTAMA...... eheheheh... Boleh shopping selalu... (",)

Hakikatnya i'm so blessed. Thank you so much sayang.. I love the condo.... opss .... I love u more, Sayang.....

After this, kami tidak perlu lagi menumpang di rumah orang setiap kali datang ke KL dan tak perlu lagi bawak barang penuh satu bonet kereta coz now we already have a place that we can call our own home sweet home...



Our condo is still in renovation. Nanti bila dah siap di renovate, akan ada entry khas before renovation n after renovation kay...

Friday, December 25, 2009

Uniquely Singapore

Yahooo, hubby tak jadi sign on 27 Dec 2009 ni. Special thanks to En Azizi coz bersusah payah berusaha mencari Capt lain yang available untuk sign on Puteri Nilam menggantikan Capt Khairi yang dah dekat 5 bulan lebih di atas kapal.

Ikut perjanjian asal antara mereka berdua memang Capt Mazly akan naik Nilam gantikan Capt Khairi bulan Dec ni. Tapi tetiba office arahkan dia naik emergency kat Firus 1 selama 3 minggu bermula 18 Nov hingga 12 Dec... Then, baru cuti tak sampai dua minggu, Capt Mazly diarahnya pulak untuk naik Nilam.. Disebabkan rasa tanggungjawab dan keperimanusiaan, dia bersetuju.. So, kami pun terpaksalah cancell kan plan percutian kami yang seterusnya :( ..Dan mula buat persediaan untuk naik kapal... Memang dah siap2 nak gi office dah pada 23 Dec lepas..

Tapi, tiba-tiba, petang 22 Dec, En Azizi call dan bagitau, dia dah dapat cari Capt lain yang available dan bole gantikan Capt Khairi.. Dia tanya hubby samada nak sign on jugak 27 Dec ni or nak teruskan cuti... eheheh... Memula hubby buat-buat kata nak discuss dulu dgn wife dia ni... Padahal, dalam hati dah berbunga riang dah... Lepas tu baru lah dia call En Azizi semula dan bagitau dia nak cuti dulu.... Minta maaf lah kat budak-budak kapal Nilam yang dah tertunggu-tunggu bila Capt Mazly nak naik... eheheh... sabar eh, nnt dia akan naik jugak.. Bagi kami manja pepuas dulu ek...

^_________________^

Makanya, percutian kami akan diteruskan lagi. Kali ini, kami akan ke SINGAPORE....



Thursday, December 24, 2009

Honey, We Rock @ Hard Rock Hotel Penang



Tetiba rasa macam baru kahwin lah pulak.. Eheheheh... Memang sengaja kami amik package "Honey, We Rock!!" .. Terasa ingin dibelai dan dimanja...

Kalau masa honeymoon dulu kami ke Hard Rock Bali, kali ni ke Hard Rock Penang lah pulak..

Kalau masa honeymoon dulu kami berdua, kali ni kami buat rombongan Cik Kiah lah pulak...

Kami amik dua bilik. Untuk pasangan yg berhoneymoon, mestilah bilik Seaview Studio Suite. ^_____^ . Manakala untuk ahli rombongan Cik Kiah, bilik Seaview Deluxe Room.

Bilik kami yang dipenuhi dengan ros segar.

Plan asalnya nak menyambut anniversary yang ke 5 di sana dan jugak bersempena menyambut hari lahir capt kesayanganku itu... Pada awalnya memang kami buat reservation on 01 Nov 2009 tp terpaksa di postponed coz dia terpaksa ke Senior Officer Forum di Pullman.. So kiranya belated celebrations lah ni... Tak kisahlah walau lambat pun, yang pasti kami memang tersangat seronok di sana.... Anak-anak yang pastinya paling seronok.. Kalau boleh nak berendam dalam pool tu 24 jam.. Capt tersayang pun dah siap plan dah, setiap kali sign off, mesti nak gi Hard Rock Hotel... ehehhe... Hakikatnya memang kami dah jatuh cinta dengan Hard Rock Hotel ni.


Day 1

- Check in
-Bercanda di pantai
- Candle light dinner

Muka-muka kepuasan kerana selamat sampai.
Penat woo duduk dalam kereta selama 6 jam bercampur pit-stop beberapa kali.

Happy Honeymoon.



Ayah sibuk check in, budak bertuah dua orang ni dah tak sesabar nak swimming.

Pantai Batu Feringgi

Bergumbira !!!!

Parasailing

I Love U !!!

I Love U So Much!!!


*********************************************************

Day 2

- Breakfast kat bilik...
- Spa
- Meronda bandar Penang
(Ke Bukit Bendera - tobat tak nak naik lagi selagi diaorg tak buat train yang ada aircond)
- Kalau dah ke Penang, tak sah kalau tak pekene nasi kandar. Atas nasihat kawan Capt, kami
pun cuba lah makan nasi kandar di Nasi Kandar Beratur... Mak aiii, bersesuaian dengan namanya, memang kene beratur panjang sebelum tiba turn kita utk pilih lauk2.. Walaupun penat beratur, tapi hati puas sebab nasi kandarnyer SEDAP GILER!!!!

Seisi memanjakan diri.

Dihadapan guitar yang menjadi tempat wajid utk bergambar.

Bukit Bendera

Beratur Bang, jangan tak beratur...

******************************************************

Day 3

- Breakfast kat bilik jugak.
-Check out.
-Membeli-belah di Hard Rock shop.
-Ke Toy Museum. Macam-macam jenis toys ada kat sini..
Dari secomel-comel permainan ke seganas-ganas permainan ada.
-Masa datang ke Penang aritu kami lalu Jambatan Pulau Pinang
so masa balik kami nak cuba naik feri pulak... eheheh... Jakun sekejap...
-Dalam perjalanan pulang ke KL, sempat lah singgah di rumah kawan baik Capt Mazly iaitu Capt Ikhwan & Kak Azi kat Kepala Batas...
Thanks kak atas layanan..
Next time, ada rezeki, kitaorg gi serbu umah akak lagi yerk.

Toy Museum

Atas feri.

Bye-bye Penang, nanti kami datang lagi ye..

Friday, December 11, 2009

Potong ke tak potong.


Budak kecik yang kuat melaram.

Oh,si gadis yang ayu.

Semakin hari rambut Bethrisya semakin panjang... Kalau orang tanya rambut kak Chica sampai mana, dia akan jawap sampai bontot sambil mendongakkan kepala supaya rambut dia dapat mencecah bontot dia... Lawak sungguh...

Sampai bontot kan rambut saya.

Kadang-kadang terasa macam nak potongkan pendek coz dah panjang sgt untuk budak kecik berumur 3 tahun..Syian dia..Takut dia rimas... Tapi bila tgk rambut dia yang cantik tu, sayang lah pulak.. Semua orang geramkan rambut dia... Rambut kak Chica ni ikal.. Belah atas lurus tapi curly dia bahagian bawah.. Tak payah susah payah nak gi saloon utk buat rambut...ehehhehe... Ditambah lagi, dia tak kisah kalau kita ikatkan rambut dia.. Tu yang tak kisah sgt kalau dia berambut panjang tu..

Cantik tak rambut saya.


Ayah kata jangan potong. Sayang.Takut bila potong dia tak kan jadi cam rambut asal lagi.

Aduhai... Pening-pening

Macam mana ek..

Nak potong ke tak nak potong...


Thursday, December 10, 2009

Sleeping Beauty




Aksi terlampau anak-anak bila tido malam...


ehehhe.


Katil king size pun tak muat tau.
Abis budak bertuah dua beradik ni conquer.
Mummy masih bole lah kalau nak menyelit2 sebelah kakak atau pun adik,

tapi

bila Ayah ada nanti, kat mana pulak Ayah nak menyelit ye?


"


"


Hmmmmm..


Terpaksa lah Ayah tido kat sini,



Boleh tak Ayah????

^_____^


Ehehehehe

Thursday, December 3, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah


First,
Mahkota Medical Centre : Mummy's appointment with her orthodontics , Dr Kok.

Then,
Went to Taman Buaya dan Rekreasi Melaka
Tengok segala jenis buaya
dan
bermandi-manda di swimming pool baru di dalam Taman Buaya.


Then,
Makan kat Mc'Donald sebelah Taman Buaya.

Then,
Naik kereta lembu.








Then,
Main buggy car dan go-cart.




Fuiihhhhh...penat tapi puas hati coz Bethrisya ngan Rayyan enjoyyyyyyyyy.................

Hero Kesayangan Marsha

Finally, petang tadi dapat jugak menjenguk Marsha yang dah selamat melahirkan anak keduanya dua minggu yang lepas... Tahniah sekali lagi ye Marsha.

Bila anak-anak yang tengah membesar bertemu, huru-hara lah sekejap umah Marsha.. Macam-macam gelagatnyer.. Sampaikan tak sempat mummy-mummy glamour dua orang ni nak bergambar... ehehhe... Biasalah bebudak kan..Kalau dok diam jer kang, susah ati pulak kita kan...

Si Qila sibuk menunjukkan skill menari, Rayyan pun sama tak nak ketinggalan. Tengah makan pun badan bole bergoyang-goyang nak join Qila menari. Then Qila jadi cikgu pulak, Rayyan jadi anak murid.. Tah apa yang dicakapkan diaorg dua orang pun tak tau lah... Dua-dua tengah nak belajar bercakap.. Tengah-tengah Qila sibuk menunjukkan dan mengajar tentang gambar2 kat dinding bilik dia tu tetiba Rayyan keluar dari bilik pulak.. Dah ler Qila tu bercakap sengsorang.. Lawak jer... Cikgu mengajar kat depan, anak murid lari keluar bilik..

Si Bethrisya buat hal sendiri.. Menikmati juadah Mee Kari yang lazat. Thanks to Mama Marsha yang susah payah jamu kami dengan bermacam makanan... Lain kali kami datang lagi untuk rasa Makcik punya asam pedas pulak yer....

So,buat julung-julung kalinya.. Inilah hero Marsha. Nama hero Marsha ni ialah Ariq Abrar Isyraf... Sedap dan unik kan nama dia... Sorry ler, susah beno nak amik gambo anak muda sorang ni...

Jauh termenung. Cari Daddy ke.

Tengah nangis pun Auntie ni sibuk amik gambar Ariq ye... ^_______^

Tah apalah yang Ariq cuba nak cakapkan tu...

Dunia kanak-kanak

Bethrisya ngan Aqila

Rayyan sedang cuba mengayat Qila.

p/s: Kepada semua blogger yang mengenali dan merindui Marsha, dia sampaikan salam rindu buat semua.. ^______^..

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam.



Wednesday, November 25, 2009

My Friend Tigger n Pooh.

Tetiba rasa bila dah pakaikan costume tigger ni, muka budak bertuah dua orang ni sama lah pulak... ehehehhe... Dah namapun adik beradik kan, mestilah muka pun lebih kurang jerk.

Kak Chica

Adik Rayyan

Kak Chica

Adik Rayyan



Saturday, November 21, 2009

Q-Dees Annual Concert 2009

Bethrisya is only 2 1/2 years old when I sent her to Q-dees early this year. She cried a lot in her first few days. Refuse to wake up early, refuse to take her bath and refuse to go to school. She will start making faces and crying few meters before we arrived at the school. This make me wonder whether I'm doing the right thing or not. Or maybe it is to early for her to go to school.

Tapi, Alhamdulillah.. She changed in her second week.. I can see that she started to loves her school so much. She wake up early and are eager to go to school.. Keep on telling mummy what she's doing in class, what she's eating during break time, and even she starts singing songs that she learned in school..

I feel so relief........Yup, I've done the right thing ... ^________________^

From time to time I can see her good improvement. Ini yang buatkan Mummy bersyukur sangat-sangat sebab hantar dia bersekolah awal.. She's now can read. It makes me so damn proud of her. She can read her school books fluently. She's also can count and recognize number... ABC pun dah lancar dan dia dah kenal huruf-huruf tu semua.. She can write some of the numbers and alphabets too. Bagus kan untuk budak yang baru berusia 3 tahun.. We are proud of you, Bethrisya... Berjoget, menyanyi tu tak yah nak cerita lah.. Memang dah terlebih pandai dah.. ehehhehe...

And, tonite once again, she makes us proud to be her parents.. Bangga sangat-sangat tengok dia menari dengan sepenuh hati di atas pentas... Two thumbs up for you Bethrisya.. You have done such a great job. Mummy and Ayah love you so much.

Wajah-wajah ceria SEBELUM dan SEMASA concert..
( tak dapat nak capture byk gambar coz sibuk melayan Rayyan. Kene tunggu gambar2 dan video2 dari professional fotographer and cameraman Q-dees)

"Teacher cakap, make-up cantik-cantik tau , Mummy," pesan Bethrisya.

Peace !!!!

Pose nampak pusat.

I'm ready to go.

With some of her classmates. She's the only Malay girl in her class.

Cute little angels.

Siap terbaring-baring atas stage.

Gelek Bethrisya, Gelek!!!!