Monday, December 3, 2012

Legoland 3

Kami ke Legoland lagi untuk kali ketiga.. Ehehehhe.. Memang tak pernah jemu dan bosan bersuka ria di sini.. Syurga bagi anak-anak. Apa-apa sahaja untuk anak-anak..







Satu kejadian yang tak bole dilupakan adalah si Rayyan ni bole pulak main air pancut kat dalam Legoland dan Mummy pulak mmg tak bawak baju spare coz dah dua kali pergi mmg tak de basah pun.. Tiba tiba bila ada kawan, seronok lah pulak dia bermain air.. Disebabkan baju dah basah dan dia pun dah tak selesa, Mummy terpaksa lah belikan jugak sehelai t-shirt Legoland.. tapi nak beli seluar mmg tak de jual la pulak dalam legoland ni. Makanya dia berjalan dan bermainlah sepanjang hari di legoland tu hanya memakai tshirt dan spender... Sabo je la anak...




Rayyan yang serba tak kene coz baju dah basah lencun
Budak bertuah yang kehulu ke hilir hanya memakai t-shirt dan spender sahaja...


Friday, November 30, 2012

Legoland 2

Kali kedua ke Legoland adalah ketika ayah menghadiri Carrier Talk di UTM. Ayah pergi bekerja, kami pergi bersuka ria... ehehhehehe.... Dan ianya sangat menggembirakan kerana kami pergi pada weekdays.. Memang sangat tak ramai orang.. 

Lego berbentuk octopus.

Wave racer.
Iqraq with Rayyan

Wave racer.
Bethrisya with abang Pekan.

Roller coaster.




4D Cinema

Kids Playground

Choo choo train

Driving class

Control boat

Project - X


Beria menembak hantu hantu...


Thursday, November 8, 2012

Legoland 1

Daya tarikan terbaru di Johor adalah LEGOLAND.. Bangganya jadi orang Johor... ehehhee... Tak perlu nak gi oversea utk membawa anak-anak bergembira... Dan yang pasti ini bukanlah kunjungan kami yang pertama dan yang terakhir kerana kami membeli Annual Pass.. Makanya bebila free, bole lah kesini lagi dan lagi dan lagi... Yahooooo...

Rombongan kami ke LEGOLAND


Mercu tanda JOHOR.
^_____^

Project X

Kanak-kanak riang

Castle

Tarik tali tu laju laju Abang Iman !!!!

Tarik lagi kakak Aqis... Cepat !!!!

Giraffe

Tak sabar nak tgk 4D movie...

Anda nampak biruuuuu....

Their favourite ride..

Naik turun naik turun

Mari naik keretapi mengelilingi Legoland

Mascot LEGO

Boating school.

Driving school

Driving school

Anak dara Mummy

Keluar dari ride ni, semua jalan terhuyung hayang coz kepeningan..

Alololoooo si kechik ni.. Tak bole join naik water racer..

Water Racer

Einstain

Sunday, October 28, 2012

Cameron Highland

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Sekolah Menengah Sains Muar telah diadakan di Rosa Pasadena Cameron Highland pada 5-7 Oktober yang lepas.. Memandangkan Rayqal masih menyusu badan, so Mummy terpaksa lah bawak dia ikut sama dan mintak tolong Nabilla untuk tgk-tgk kan dia semasa Mummy berkursus... Tapi si kecik bertuah ni bole pulak melalak bila kene tinggal dengan Nabilla di bilik hotel.. Terpaksa la Mummy berlari lari turun naik dari bilik tido ke bilik seminar.. Last-last bila dah tak tau nak buat cam mana, Mummy bawak je budak kechik ni masuk bilik seminar dan dengar pembentangan sesama... ahhahahahaha... Bole pulak dia dok diam atas riba Mummy kat dalam bilik tu.. Sabar je la kan... Tapi alhamdulillah sesangat, semua guru-guru SAMURA mmg sangat memahami dan bertimbang rasa.. Syukur yang tak terhingga mendapat rakan-rakan seperjuangan yang macam ni... 




Monday, October 1, 2012

Happy 8th Anniversary, Sayang

SAYANG,

Always and forever,
You're everything,
I ever wanted in a man....


Ciuman pertama setelah bergelar seorang isteri kepada Mazly Bin Md Dom


HAPPY 8TH ANNIVERSARY !!!

I LOVE U ONE YEAR MORE ....


Nota Kaki : Panggilan telefon tepat jam 12 tgh malam tadi hanya untuk mengucapkan 'Happy Anniversary' sangat menyentuh perasaan.. Terasa sayu dan syahdu mendengar sayup suaranya di hujung talian.... :'(

Wednesday, September 26, 2012

7 month

At 7 month, Rayqal dah makin laju menjalar dan dah mula merangkak serta nak duduk dengan sendiri.. Yang paling best tu, dia jugak dah mula berangan nak berdiri.. Amboi amboi amboi.. Tak tau agaknya yang tangan dan kaki dia belum kuat betul lagi.. Memang tak bole tinggalkan dia sendirian, dalam sekelip mata mesti dia dah sampai tah kemana-mana. Kalau Mummy letak sekejap je kat depan TV untuk ke toilet,  belum apa-apa lagi tentunya dia dah sampai kat depan pintu toilet.. Muka pun dah mula lebam sana lebam sini.. Bila tersungkur, melalak sekuat hati, tapi semua tu sekejap je.. Lepas tu meligat lah semula.. Ehehehe.. Banyak benda yang dia nak explore sekarang ni.. Apatah lagi ada kakak ngan abang yang rajin melayan dia... Tu yang terlebih peramah jadinya budak kecik ni...


Kesepetan matanya makin terserlah..


Yeahhh.. saya dah boleh duduk dengan sendiri



Berkerutnya muka.. Banyaknya masalah nak difikirkan..