Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Sekolah Menengah Sains Muar telah diadakan di Rosa Pasadena Cameron Highland pada 5-7 Oktober yang lepas.. Memandangkan Rayqal masih menyusu badan, so Mummy terpaksa lah bawak dia ikut sama dan mintak tolong Nabilla untuk tgk-tgk kan dia semasa Mummy berkursus... Tapi si kecik bertuah ni bole pulak melalak bila kene tinggal dengan Nabilla di bilik hotel.. Terpaksa la Mummy berlari lari turun naik dari bilik tido ke bilik seminar.. Last-last bila dah tak tau nak buat cam mana, Mummy bawak je budak kechik ni masuk bilik seminar dan dengar pembentangan sesama... ahhahahahaha... Bole pulak dia dok diam atas riba Mummy kat dalam bilik tu.. Sabar je la kan... Tapi alhamdulillah sesangat, semua guru-guru SAMURA mmg sangat memahami dan bertimbang rasa.. Syukur yang tak terhingga mendapat rakan-rakan seperjuangan yang macam ni...
1965 Ford F100 Repair Manual
3 years ago








0 comments:
Post a Comment