Friday, April 13, 2012

KIDZANIA KL

Bila kanak-kanak teringin menjadi orang dewasa ......

1. Belajar untuk menunaikan cek di bank.

Beratur

Di depan kaunter

Yeah... dah dapat duit.

2. Menjadi ahli bomba memadamkan hotel yang terbakar... Ini yang paling disukai oleh Rayyan coz dapat naik kereta bomba dan main air.

Penuh bertenaga cuba memadamkan api.






3. Menjadi pilot kapalterbang. Kat sini tiada pekerjaan berkaitan kapal laut, so, jadi captain kapal terbang pun ok lah.





4. Menjadi pelakon teater " Alice in Wonderland".. Mula-mula mummy risau gak Rayyan tak nak perform... Tapi jangkaan mummy meleset, Rayyan tersangat ok kat atas stage dan dia tersangat enjoy show tersebut...







5. Menjadi chef di Marrybrown. Belajar untuk buat burger sendiri.. ehehhehe.. Lepas ni boleh lah masak burger utk Mummy dan Ayah kan....




6. Menjadi chef di Ayambrand Cooking School.. Dah abis buat burger, belajar pulak buat sandwich.. 






7. Menjadi seorang nurse. Bethrisya suka sangat yang ini coz dia bole jaga baby, pakaikan pampers baby, bagi baby minum susu... ehhehe... Lepasa ni senang lah Mummy, dah ada orang bole jagakan baby Rayqal.





8. Menjadi seorang  doktor





9. Menjadi seorang beautician.. Lepas ni sapa nak buat medicure pedicure, bole jumpa Bethrisya ye...



10. Menjadi seorang pam attendan. Disebabkan tak cukup ketinggian untuk amik lesen kereta dan memandu kereta, diaorg hanya bole jadi pam attendan je.. Rayyan kata, minyak dia tipu-tipu je mummy.. Tak de bau minyak pun...




Kesimpulannya, KIDZANIA ni memang sangat bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak.  Banyak yang mereka bole belajar di sini. Tak rugi membayar tiket yang hanya berharga RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk orang dewasa. Sangat berbaloi- baloi. Menghabiskan masa seharian di dalam tu memang tak terasa. Mummy dan Ayah yang teruja tengok gelagat Bethrisya dan Rayyan. Tak sangka bila tengok keberanian diaorang. Banyak lagi pekerjaan yang kami tak sempat cuba.. Dan yang pasti, kami akan ke sini lagi..... 

Tuesday, April 10, 2012

Berpantang

Alhamdulillah, tamat sudah detik detik berpantang 44 hari. Syukur, segalanya dipermudahkan oleh Tuhan. Mummy pun dah semakin sihat. Baby Rayqal pun tak banyak ragam sepanjang dalam pantang.

Rutin Mummy sepanjang berpantang :

1. Berurut selama 5 hari berturut selepas keluar hospital dan bersambung semula pada hari ke 42, 43 dan 44. Sedapnya badan selepas diurut...

Berurut menggunakan minyak nona roguy.
Suka dengan baunya yang wangi.

2. Berpilis, berparam, bertapel.. Walaupun Mummy bersalin secara ceasarean, Mummy tetap bertungku dan juga berbengkung... Takut wooo kalau perut buncit... huhuhuhuuu...

Tempat letak tapel, param dan pilis.

3. Sarapan pagi dengan nasi putih, tengah hari pun makan nasi jugak, ptg/malam lagi sekali makan nasi putih.. Sehari tiga kali makan nasi putih.. Lauknya tentu lah lauk org berpantang - sayur sawi, ikan haruan, ikan bilis, ayam, dll.....

4. Untuk memastikan Mummy cepat sihat, kali ni Mummy cuba set bersalin Tropical Herbs dari Amway. Tablet Haruan Leesa Formula serta pati ikan haruan tetap tidak dilupakan... Naik kembang anak tekak ni telan pati ikan haruan tu, tapi nak baik punya pasal... telan ler jugak....



Dan akhirnya berakhir jugak 44 hari yang indah itu... ehehehhe... Dah merdeka.. dan yang paling penting, dah boleh keluar gi jalan-jalan... Penat woo, duduk bertapa dalam rumah 44 ari.... 

Terima kasih kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, kawan-kawan serta saudara mara yang datang melawat... Dan terima kasih jugak buat kak shima, eqa dan kak idayanti yang susah payah mengepos hadiah untuk baby rayqal.. Tq tq tq..

Untuk baby Rayqal


*     *     *     *     *     *     *     *


Dan kini kami telah BERLIMA

First outing setelah abis pantang adalah ke KLCC