Rutin Mummy sepanjang berpantang :
1. Berurut selama 5 hari berturut selepas keluar hospital dan bersambung semula pada hari ke 42, 43 dan 44. Sedapnya badan selepas diurut...
| Berurut menggunakan minyak nona roguy. Suka dengan baunya yang wangi. |
2. Berpilis, berparam, bertapel.. Walaupun Mummy bersalin secara ceasarean, Mummy tetap bertungku dan juga berbengkung... Takut wooo kalau perut buncit... huhuhuhuuu...
| Tempat letak tapel, param dan pilis. |
3. Sarapan pagi dengan nasi putih, tengah hari pun makan nasi jugak, ptg/malam lagi sekali makan nasi putih.. Sehari tiga kali makan nasi putih.. Lauknya tentu lah lauk org berpantang - sayur sawi, ikan haruan, ikan bilis, ayam, dll.....
4. Untuk memastikan Mummy cepat sihat, kali ni Mummy cuba set bersalin Tropical Herbs dari Amway. Tablet Haruan Leesa Formula serta pati ikan haruan tetap tidak dilupakan... Naik kembang anak tekak ni telan pati ikan haruan tu, tapi nak baik punya pasal... telan ler jugak....
Dan akhirnya berakhir jugak 44 hari yang indah itu... ehehehhe... Dah merdeka.. dan yang paling penting, dah boleh keluar gi jalan-jalan... Penat woo, duduk bertapa dalam rumah 44 ari....
Terima kasih kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, kawan-kawan serta saudara mara yang datang melawat... Dan terima kasih jugak buat kak shima, eqa dan kak idayanti yang susah payah mengepos hadiah untuk baby rayqal.. Tq tq tq..
| Untuk baby Rayqal |
* * * * * * * *
Dan kini kami telah BERLIMA
| First outing setelah abis pantang adalah ke KLCC |





2 comments:
baby tak biasa jalan ke? nangis dia. hihi. pasni cun la akk, berpantang betol2 da.
berlima lebih baik . :)
Post a Comment