Panggilan di malam raya, di saat takbir raya mula berkumandang, mmg bisa meluluhkan hati seorang wanita. Tanpa sedar airmata mengalir jua tanpa dipinta, di saat suara yang dirindui bergema dihujung talian...
Selamat Hari Raya, Honey... Maafkan salah dan silap Abang.. Maafkan abang jugak kerana tak dapat raya bersama Honey dan anak-anak tahun ini...
Kita bersalaman dan bermaafan di kejauhan je la tahun ini.. Namun, bersyukur kerana masih dapat mendengar suara abang di malam raya..
Kasihan Abang dan anak-anak kapal.. Kalau kita di sini rata-rata sibuk dengan ketupat, lemang, rendang, kuih muih yang beraneka jenis, tapi mereka di kapal sana pula sibuk cuba mengelak dari dilanda Typhoon Nanmadol di perairan China. Kapal terpaksa berlegar2 di tgh laut kerana tidak dapat masuk port seperti yang dijadualkan kerana cuaca yang agak teruk.. Kapal rolling dan tunggang langgang jadinya... Semoga dengan keberkatan Syawal ini, segalanya dipermudahkan bagi Abang dan semuanya akan selamat seperti yang dirancang. Insyaallah...
| Pagi Raya kat rumah Tok Mak Maznah. |
| Tengah hari kat umah Tok Mak Dayang pulak. |








