Panggilan di malam raya, di saat takbir raya mula berkumandang, mmg bisa meluluhkan hati seorang wanita. Tanpa sedar airmata mengalir jua tanpa dipinta, di saat suara yang dirindui bergema dihujung talian...
Selamat Hari Raya, Honey... Maafkan salah dan silap Abang.. Maafkan abang jugak kerana tak dapat raya bersama Honey dan anak-anak tahun ini...
Kita bersalaman dan bermaafan di kejauhan je la tahun ini.. Namun, bersyukur kerana masih dapat mendengar suara abang di malam raya..
Kasihan Abang dan anak-anak kapal.. Kalau kita di sini rata-rata sibuk dengan ketupat, lemang, rendang, kuih muih yang beraneka jenis, tapi mereka di kapal sana pula sibuk cuba mengelak dari dilanda Typhoon Nanmadol di perairan China. Kapal terpaksa berlegar2 di tgh laut kerana tidak dapat masuk port seperti yang dijadualkan kerana cuaca yang agak teruk.. Kapal rolling dan tunggang langgang jadinya... Semoga dengan keberkatan Syawal ini, segalanya dipermudahkan bagi Abang dan semuanya akan selamat seperti yang dirancang. Insyaallah...
| Pagi Raya kat rumah Tok Mak Maznah. |
| Tengah hari kat umah Tok Mak Dayang pulak. |





5 comments:
SALAM AIDILFITRI BUAT ENA SEKELUARGA..
Selamat Hari Raya kak Ena!Semoga capt mazly dan anak2 kpl yang lain selamat...I/Allah kak..
kak ena, sweet nye.. rayyan, dia senyum lah.. :)
selamat hari rya, maaf zahir batin..
jaz doakan semua selamat.. :)
selamat hari raya juga kak, kite pon x dapat beraya dengan si dia. keje jugak.
selamat hari raya kak ena, tahun nih raya pertama x dapat beraya dengan suami.. hope syawal akak meriah yer
Post a Comment