Wednesday, December 31, 2008

2008 in memory

Dalam beberapa jam lagi kita akan ucapkan selamat tinggal pada 2008 dan selamat datang pada 2009 .. Semoga semua pahit manis masam masin suka duka sepanjang 2008 menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan di bumi Tuhan ini .. (cheewaahhh,macam ustazah lah pulak ^_^ ) . Sesungguhnya, semua yang terjadi adalah kenangan yang terindah untuk kita ingati dan renungi sepanjang hidup kita. Dan semoga 2009 akan menjadikan kita lebih baik dari yang sebelumnya. Insyaallah.

Inilah kronologi 2008 Mazly-Ena-Bethrisya-Rayyan dll

JANUARY
- Bethrisya kemaruk ber'ballet'. Mak Ngah dia siap belikan baju ballet lagi..
- Pandai anak mummy sembahyang  ^_^


FEBRUARY
- Ebby n Sue bertunang @ Sabak Bernam
- Valentine's Day surprise : abang order bunga dari atas kapal utk dihantar kat sekolah.


MARCH
- Lahirnya putera hati ayah dan mummy : RAYYAN MUSZAPHAR... Mummy kene C-sec again ....


APRIL
- Mummy dalam pantang so tak dapat ikut gi kenduri kahwin anak Mak Andak ... Uwaaa


MAY
- Cuti cuti @ Genting Highland
- Cuti cuti @ Melacca
- Ebby n Sue wedding @ Sabak Bernam


JUNE
- Ebby n Sue Wedding @ Muar
- Majlis potong jambul dan akikah Rayyan


JULY
- Abang sign on Puteri Delima. We going to miss u.


AUGUST
- Bethrisya's 2nd birthday @ Mc Donald Seri Kembangan.
- Rayyan start makan bubur


SEPTEMBER
- Fasting month.


OKTOBER
- Selamat Hari Raya
- 4th Wedding Anniversary . I love u Abang!!!!


NOVEMBER
- Happy Birthday to you Abang.
- Kak Ida n family berangkat ke Mekkah


DECEMBER
- Kenduri arwah dan majlis pertunangan Nina n Shahril
- Bethrisya bertindik
- Bethrisya register sekolah


GOOD BYE 2008
WELCOME 2009


A new year,
A new start,
A new chapter,
A new beginning....
Forget the BAD,
Cherish the GOOD...
HAPPY NEW YEAR !!!!!!

Monday, December 29, 2008

Mandi-manda @ A'Famosa Waterworld Melaka

Last weekend we went to A'Famosa Waterworld Melaka ... Sajer sajer menghabiskan sisa sisa cuti sekolah ni ... Seronok memanglah seronok, tapi penat yang amat melayan kerenah dua budak bertuah ni. Masing-masing jadi anak itik, berjam-jam berendam dalam air... Tengok je lah aksi-aksi terlampau dua beradik ni ... 

Wajah wajah gembira sebelum bertolak ke Melaka


Alahai manja busyuk mummy & ayah dua beradik ni ....


Bethrisya yang takut-takut berani


Buai laju-laju

Anak mummy kelaparan ye... Yum..Yum.. sedapnyer ayam tu...


Hero mummy & ayah

Lekanya si Rayyan ni


Rayyan, rayyan, dalam air pun dia boleh merangkak...


Sebelah malamnya pulak kitaorg gi ke A Famosa Cowboy Town.. Tengok Red Indian show, Animal Parade dan firework.. Seronok sangat terutama bila tgk binatang-binatang semua buat parade .. Lawak giler tgk ayam-ayam berlari lari...Burung berterbangan ... Monyet bawak basikal.. Orang Utan pakai bikini ... Gajah yang sangat la besar... Anak harimau dan anak singa yang comel... Cowboy-cowboy naik kuda sambil tembak menembak... Ada jugak kereta-berhias, tarian2 yang bermacam macam ... Pendek kata macam-macam ada !!!!

Rayyan memang enjoy sangat tapi si kakak pulak ala-ala takut manja gitu .. Dia takut bila ada mascot-mascot dan jugak clown2 tu semua... Tu yang dia banyak tutup mata daripada bukak mata coz tak nak tengok clown2 yang pada dia menakutkan tu ... hehehehe.... Sabo je lah ...


Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah

Doa Akhir Tahun,
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya walhal Engkau tidak meredhai dan tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat itu.

Maka kami sekali mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya.

Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.


Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Muhammad dan atas keluarga, sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tiada permulaan.Kelebihan Mu maha besar dan Kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat dan juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu, Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi mulia. Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga tahun ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Amin.

Monday, December 22, 2008

Shopping...shopping...shopping dan shopping...

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti menyoppingkan diri ...^_^... Penat memang penat, tapi yang penting seronok dan puas hati ... 

Day 1, 19 Dec 2008, Friday, 8.30 pm

Sampai KL dalam pukul 6 petang...  Malamnya lepas dinner, terus keluar ke destinasi pertama iaitu, Digital Mall PJ with Ebby n Sue... Nak cari handphone baru coz tak tau kenapa tetiba petang kelmarin my N76  tu tetiba tak boleh on dan tak boleh nak charge ... So masa abang try call dari Bintulu, dia membebel-bebel coz tak dapat nak call my handphone dan terpaksa call rumah ... Mummy pun amiklah kesempatan mengadu nasib badan yang kerosakan hp... Cik abang tersayang pun bermurah hati bagi tiga pilihan,

1) iphone
2) htc
3) samsung omnia

Dia kata pilih dan belilah salah satu dari pilihan yang dia bagi tu.. Dia tak bagi beli Nokia lagi dah.. Dia suruh tukar angin pakai brand lain pulak, dari dulu kalau beli hp baru mesti beli nokia sebab senang... So, fikir punya fikir, belek punya belek, ditambah dengan hasutan Ebby dan jugak penerangan panjang lebar dr taukey kedai hp, akhirnya ......HTC Touch HD menjadi pilihan hati ....


         THANKS SAYANG !!!!!!


Day 2, 20 Dec 2008,Saturday, 1.00 pm - 6.30 pm

Hari kedua pulak, destinasi shopping bermula di Semua House. Saje je nak cari tailor yang Dina suggestkan tu . Jumpa. Dah discuss harga dah dengan auntie tu. OK. Reasonable price. So next time datang bawak kain dan gambar fesyen baju sekali.

Then, teruskan perjalanan ke SOGO pulak. Ingatkan nak tukar handbag hantaran Nina kat Carlo Rino. Zip handbag tu rosak.. tapi salesgirl tu kata kene hantar handbag tu ke kilang dan mungkin akan amik masa dalam 3 or 4 bulan baru siap... Terus my MIL kata tak payah ler, by the time dapat balik ,sure dah berabuk dah handbag tu. Dah le salesgirl layan kitaorang macam nak tak nak je... Muka pun,alahai, muka seposen, langsung tak senyum... tau le penat coz ramai customer kan hari Ahad, tapi kene lah layan customer dengan baik.. Cakap elok-elok, bukan cakap macam nak gado ... Dah itu kerje dia kan ... Aduh duh duh,tak faham tak faham.....

Dalam bengang2 dengan salesgirl CR tu, sempat gak mummy menjeling2 kat purse GUESS ... Ingatkan nak beli purse je, tapi bila diracun oleh MIL, last-last beli purse dan handbag sekali....ehehhe..... My MIL mmg bole jadi salesgirl terhebat lah ...^_^ ....



Next, singgah pulak ke Gulatis. Tengok punya tengok, terbeli jugak 3 pasang kain ... Ingatkan nak terus hantar kat tailor kat Semua House tapi terlupa pulak yang gambar fesyen baju tak bawak daaa.... So next time je lah hantar ...



Day 3, 21 Dec 2008,Sunday, 12.00 am - 9.30 pm

Hari ni, destinasi shopping bermula di The Curve, Kota Damansara. Ingatkan nak call Dina, tapi terlupa yang hp rosak kan,so no Dina dah tak de lah dalam simpanan. Sorry dik!!

Just belikan Nina satu blouse untuk dia pakai time nak hantar Shahril kat KLIA. Shahril dah nak naik kapal dah .... Syian dia pun dah start sedih sedih, tunang tersayang terpaksa naik cepat.. Emergency ... Sepatutnya cuti Shahril sampai pertengahan bulan satu.

Untuk Bethrisya pulak, tah macam mana mummy leh ternampak handbag GUESS yang sangat comel .. Sangat sesuai untuk princess mummy bawak gi beraya next year ...ehehhe... Tapi biasa lah kan GUESS, dah 40% less pun still rm100++.. Tak kisah lah, mummy memang dah terbekenan sesangat .... Then ternampak pulak shoes warna putih, sangat sesuai dengan handbag tadi... Wah wah wess, memang vogue de vass ler princess mummy sorang ni ...


Untuk Rayyan pulak, mummy belikan baju berenang kat Mothercare dan jugak toys kat ELC. Next week nak gi bermandi-manda di Waterworld A'Famosa Melaka with my brother n his family. Jalan lagi.... ehehhee... 

Dah puas jalan kat The Curve, pergi pulak ke Plaza Alam Central Shah Alam. Nak gi hantar repair my N76. Abang suruh repair gak coz nanti Bethrisya bole ler buat main or dengar lagu guna N76 tu.. Tak de ler dia kacau HTC mummy.

Singgah pulak ke Shah Alam City Centre (SACC). Kebetulan ada pertandingan kucing comel. Aduh memang sangat comel kucing-kucing tu semua.. Gerammmmmmmmmm.......


Aktiviti hari ketiga tak berakhir di SACC Mall. On the way balik, my MIL ajak singgah TESCO Shah Alam pulak... Sajer nak beli makanan-makanan untuk cucu-cucu nyer... Dan tak di sangka-sangka, mummy boleh terkenan dengan cadar+comforter 100% cotton yang corak bunga2 ala-ala english style... MIL tolong tawar menawar, akhirnya beli jugak.... 

Aduh, bila nak habis aktiviti menyopping ni ye..... ehehhee.....

Day 4, 22 Dec 2008,Monday, 11.30 am

Bertolak balik Muar .... hahahhaa.... Home sweet home...




Thursday, December 18, 2008

At Dataran Pahlawan

Cuti-cuti sekolah ni memang asyik berjalan je kerjenyer... Time ni lah mummy nak spend masa dengan budak bertuah dua orang ni kan... Itu lah untungnya jadi cikgu...Cuti banyak... Muahahahha .... 

Kebetulan plak anak-anak saudara ramai yang ada kat umah tokmak dia sepanjang cuti sekolah ni.. Biasalah mak bapak semua kerje kan, time cuti sekolah semua pos anak-anak kat kampung ... Nasib baik ada ucu ena dia ni yang rajin nak melayan bebudak ni semua ...  ( cehhh...perasan je ....) ... 

Lagipun , seronok skit jalan reramai ... Meriah yang amat ... Dah macam rombongan cik kiah pulak... Tok mak asyik lah menjerit panggil cucu-cucunyer ... asyik mengira cukup tak semua cucu dia .... ehehehhe... Tak pe lah, janji Bethrisya and Rayyan seronok ramai yang nak melayan dia.... Kalau hari hari biasa, hanya tinggal TokMak, Mummy, Kak Sue (maid), Bethrisya ngan Rayyan je kat umah ... Time cuti sekolah barulah meriah skit rumah kitaorg nie.... ^_^






Wednesday, December 17, 2008

Bethrisya ears piecing

Akhirnya Bethrisya bertindik jugak ... Baru lah nampak macam anak dara ..Comel je tengok telinga dia ada earing... Melalaklah jugak masa kene tembak tu .. Tapi dalam melalak tu masih jugak menghulurkan telinga dia lagi satu ...Mummy dah cuak2 takut dia tak bagi amoi tu tembak telinga dia lagi satu ...

Yeahhh, lepas ni boleh lah pakai earing yang ayah dah belikan kat Habib tu ... Sebenarnya dah lama dah ayah suruh mummy gi bawak princess dia ni gi tindik.. Mummy je yang takut ... Takut dia sakit..So bila Bethrisya sendiri cakap dia nak pakai earing macam Adiba ( my brother daughter), terus lah mummy gi kedai emas bawak Bethrisya tindik... Alhamdulillah, sekejap je dia nangis ... tak sampai berapa minit, dah berlari semula... Dah lupa dah yang telinga dia kene tembak ... ehheheheh...


Congratulation to Nina and Shahril

Alhamdulillah,akhirnya majlis pertunangan di antara Nina ( my anak saudara) dengan chenta hati tersayang, Shahril berlangsung dengan sempurna di rumah my mother in law ... Tahniah !!!!!! Semoga tabah menghadapi dugaan dugaan alam pertunangan ye..... ^_^ .... 





Thursday, November 6, 2008

To go or not to go

Still in the dilemma .. whether want to go onboard with beloved hubby or not .... Ayah asyik memujuk suruh ikut naik kapal time school holiday ni ... Tapi mummy tak sampai hati nak tinggalkan Rayyan yang masih lagi breast feeding ... 

Aduhhhh.... 

Harap-harap ayah faham akan situasi mummy sekarang ni ....

Monday, October 13, 2008

Final XM Form 4

Good Luck to all my beloved students, esp 4 Gigih, 4 Teguh and 4 Cekap.... Do your best kay .... may success be with you always ....

Sunday, October 12, 2008

Menara Taming Sari Melaka...

We went to Melaka today ... To fetch our maid yang cuti berhari raya di Bengkalis Indonesia kat Jeti Bandar Hilir ... Sementara tunggu feri sampai, sempatlah meronda2 bandar hilir tu... Akhirnya tercapai juga impian Bethrisya untuk naik Menara Taming Sari .... Dari haritu lagi dia dah ajak naik menara tu, tapi tak berkesempatan.... Memang menarik menara tu... Bentuknya seperti keris taming sari.. keris yang dalam sejarah hang tuah tu... Kecut jugak perut bila sampai kat atas sekali tu.... Ketinggiannya 110m .Boleh nampak sebahagian besar bandar melaka tu ....

Lepas abis naik Menara Taming Sari tu, terus ke Mahkota Parade untuk lunch ... Budak kat kaunter tiket feri tu cakap, feri sampai dalam pukul 1 lebih, so banyak masa lagi ler untuk mencuci mata kat Mahkota Parade tu.... Dan tanpa disangka sangka, sempat pulak mummy grab 3 blouse.. ehehehe... 2 from VOIr dan 1 from ELLE.... Sebenarnya byk lagi yang berkenan di hati tapi disebabkan Bethrisya dah meragam, tak nak duduk dalam stroller, terpaksa lah mummy membatalkan hasrat untuk menambah bilangan barang yang hendak dibeli... Mana nak tengok baju, mana nak mengejar Bethriysa yang berlari kesana kemari... aduh duh duh....



Collection terbaru mummy ...eheheeheh...^__^

Thursday, October 9, 2008

Raya yang sempurna

...Hari raya, hari yang mulia...penuh bererti kepada kita....

Even we celebrated it without "ABANG/AYAH",it is still the most memorable hari raya for me, Bethrisya n Rayyan ... We really enjoy our hari raya... Bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan berkunjung-kunjungan ... Sometimes, it is good to forgive n forget .. To err is human, to forgive divine ...

Apapun yang pastinya, Bethrisya n Rayyan lah orang yang paling sibuk sepanjang hari raya..Sibuk mengumpul duit raya... ehehehe...Nanti mummy simpan duit dalam tabung haji ye...

Sayu juga hati ni bila dengar suara abang kat phone di pagi raya.. Sedihnya rasa tak dapat salam dan cium tangan abang.... Apatahlagi,hari ni adalah anniversary kitaorang yang ke 4.... But, it is ok with me... I have already get used to it... Abang kan pergi mencari rezeki ... Sometimes, absence makes the heart grow fonder... Walau jauh dimata, tetap dekat dihati ....




mummy, bethrisya n rayyan - purple theme


si gadis ayu - Bethrisya


ensem boy - Rayyan


Saturday, September 20, 2008

Bethrisya and her new scooter

Ello everybody, my name is Bethrisya ... This is my new scooter.... Mummy bought it for me for my 2nd birthday ..... I love to ride on my new pinky scooter.. Anybody want to join ????


Seriusnye anak mummy...



Ni posing maut ke dah penat kene paksa dgn mummy berposing ....



Ewah ewah ewah...... Lelebih pulak lentok budak bertuah ni ...



Ok Mummy, I'm ready to gooooooooooo.....

Ini lah hobby terbaru Bethrisya ... Bangun pagi nak main scooter, petang nak main scooter, malam pun sibuk ajak teman nak main scooter .... Dah besar nanti jangan jadi Minah rempit ye sayang......

Friday, September 19, 2008

01 Oct 2008 ????

Ada apa dengan tarikh 01 Oct 2008 ???? Ada dua peristiwa penting yang akan jadi on that date ...

First,

Insyaallah, umah islam akan menyambut hari raya aidilfitri .... Sedihnya beraya tanpa suami tercinta.... But,that's normal kepada wife-wife orang kapal :) ... Jangan dilayan sgt perasaan tu, yang penting, bergembiralah di hari raya nnt....

Second,

It is our 4th anniversary .... Kalau bab ni, ada sedikit tersentuh hati .... Diam tak diam dah 4 tahun dah kitaorg kahwin ... Dah bermacam peristiwa kitaorg lalui sesama.. Yang sedih :( ... Yang gembira :) ..... Pengalaman mendewasakan kita kan abang ...... One thing that i want u to know, u had been such a great husband all this while... Thank you so much for your endless love abang ... I'm so proud to have you ... Same goes to Bethrisya n Rayyan.. They are so lucky to have such an wonderful, superb and loving AYAH..... We love u soooooo muchhhhhh......

Petang ni mummy nak gi pos hadiah untuk ayah .... CEPAT ????? eh tak lah, kapal akan masuk port Bintulu on 24/9 so dah boleh lah pos harini..Takut tak sempat pulak sampai nnt kan.... Apa yang mummy beli utk ayah ???? Jeng..... jeng.... jeng.....

This is what i got for him,



ALARM CLOCK from Royal Selangor Pewter....

Why do i buy this????

  1. Dah tak der idea nak beli apa..... :)

  2. Alarm clock ayah dah rosak ....

  3. Nak suruh ayah sentiasa ingat our precious moment .....

HAPPY 4TH ANNIVERSARY AYAH ..........


Thursday, September 18, 2008

Raya oh Raya

Time flies... tak sangka dah masuk hari ke 18 umat islam berpuasa dan tak sampai berapa hari je lagi nak beraya.. Sekolah pun tinggal berapa hari je lagi.. Masuk kelas, students semua dah terbayangkan kampung halaman.. dah start nyanyi lagu raya... Syahdunya rasa... Terpaksalah cikgu dia ni cari alternative lain yang lebih menarik untuk menghilangkan kerinduan mereka kat mak ayah... Nasib baik this year ajar form 4 jer, so, boleh lah buat bermacam macam aktiviti menarik dlm eng class.. Kalau form 5, masing-masing sibuk ingat nak SPM je... STUDY.... STUDY ..... dan STUDY...... cikgu pun naik sakit kepala .....ehehehhe

Raya oh Raya

Apalagi persiapan yang belum siap ye... Rasa untuk princess n prince mummy, semua dah siap kot... Tinggal tunggu hari raya je untuk diaorang melaram dan mengutip duit raya.. Everybody....here we come....
Kuih raya.... dah order dah .... ( lebih kuih yang diposkan utk ayah aritu pun ada )... Langsir....tak tukar kot... baru lagi....Rumah... dlm proses dikemas... Mercun... tahun ni tak de mercun lah jawapnya.. Kurang lah meriah.. Taukeh mercun beraya atas kapal lah tahun ni.. Kalau tidak dia lah yang paling seronok, sanggup menghabiskan beratus ringgit utk beli mercun n bunga api.. Mengalahkan kanak2.. Tapi mmg seronok.. Duit raya pun dah siap tukar dah... Wow, advance tu...

Cuma,

Baju raya mummy tak siap lagi.... Tailor janji 24/9.. mintak mintak lah siap. Kalau tak, sure ada yg disembelih ni...kekekek...

Ayah, alahai.... ayah raya atas kapal tahun nie.. Tapi tak pe, mummy dah poskan baju melayu baru dan kain samping kan... Jangan lupa pakai di pagi raya ye sayang.... Kesian ayah, 01st Oct which is 1st raya, kapal masuk port Futtsu,Jepun... Entah sempat entah tidak dia nak berbaju melayu di pagi raya.....