Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya walhal Engkau tidak meredhai dan tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat itu.
Maka kami sekali mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya.
Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.
Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Muhammad dan atas keluarga, sahabat-sahabat Baginda sekalian.
Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tiada permulaan.Kelebihan Mu maha besar dan Kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat dan juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu, Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi mulia. Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga tahun ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Amin.





5 comments:
Ameeen@!~
Slm maal hijrah utk kak ena sekeluarga ye!
salam maalhijrah kak ena :)
moga thn ini membawa seribu rahmat buat kita semua insya allah.
If I may quote my aunt's sms (ayat die sedap, guru bahasa la katakan..);
Bertahajud menyerikan wajah,
Bersyukur membajai barakah,
Bermuhasabah mencetus hikmah,
Bertawakal membuah pasrah,
Bersaudara menyemai mahabbah,
Berjihadlah menuju RAUDHAH..
SALAM MAAL HIJRAH.
Buat Kak Ena and family..
:)
ALONG, YAT n DINA,
Thanks and salam maal hijrah buat u all jugak..
Ena,
Selamat Menyambut Maal Hijrah. Entry kat a famosa resort xde ke? he22
Post a Comment