Thursday, June 30, 2011

Bertiga

Capt kesayangan kami telah pun selamat sign on pagi tadi. Bermula lah episod kami BERTIGA untuk tempoh empat bulan yang mendatang ini.

Suasana sedikit menyentuh perasaan di KLIA tadi bilamana si Rayyan mula menunjukkan perasaan sedih apabila perlu berpisah dengan Ayah. Bila Ayah suruh salam, dia melarikan diri.. Bila Ayah peluk dan cium muka dia, meronta-ronta mintak dilepaskan.. Keadaan bertambah sayu ketika di parking kereta. Mummy bukakkan pintu dan suruh dia masuk dalam kereta.. Tapi dia cuma berdiri tegak, terpacak tidak bergerak di belakang kereta. Bila Mummy panggil pun masih buat tak tahu.. Termenung jauh dan masih kaku berdiri. Bila Mummy tanya kenapa, terus mengalir air mata dan menangis sekuat hati sambil berkata, "Adik nak Ayah, nak Ayah, nak Ayah ....." Mummy cuba memujuk sambil berkata yang Ayah pergi work, Ayah naik ship, Ayah nak cari duit. Nanti nak bawak adik gi jalan-jalan lagi.. Nanti nak bawak adik gi Gold Coast lagi.. Tapi dia jawap, " Adik tak nak gi Gold Coast, Adik nak Ayah...." Terpaksa jugak Mummy mendukung dan masukkan dia dalam kereta.. Tapi tangisannya hanya terhenti bila dia tertidur....

Kasihan dikau wahai anak.... Bersabar lah... Ayah mu pergi mencari rezeki.... Bila tiba masanya nanti, dia akan kembali ke pangkuan kita kembali.

Sebelum bertolak ke KLIA

Rayyan dah mula monyok

Di KLIA. Menanti saat perpisahan sementara

Ayah dan Bethrisya

Ayah dan Rayyan

Ayah dan Mummy
i'm going to miss u Sayang...

*

*

*

*

Selamat belayar kepada para pelaut sekalian..... Semoga segalanya dipermudahkan buat kalian dan bekerjalah dengan sebaik mungkin.. Kami di daratan ini, akan sentiasa merindui kalian...

Ahli keluarga NILAM
Ch/eng Berry, Capt Mazly, Cook Fazly, 3rd Mate Hamzah

Monday, June 27, 2011

Gold Coast : Day Three : Nightview @ Gold Coast

Jika disebelah petang kami menghabiskan masa di tepi pantai, di sebelah malamnya pula kam menikmati keindahan bandar gold coast dan sekali lagi menghirup angin malam di tepi pantai. Anak2 dah ditidorkn di bilik hotel dan ditemani oleh Tok Mak diaorg.. So pengantin lama dan pengantin baru pun  mengambil kesempatan yang ada untuk bermanja-manjaan sepuasnya..

Kat belakang tu Hotel Holiday Inn. tapi kami tak tido kat situ..

Clock Hotel

SOGO ???

Selvatore Ferragamo or Gucci ???



Seiring dan Sejalan


Mak sedara borek, anak sedara rintik...
Muahahahaha.



Menjeling-menjeling, ku bertentang..

Kan dah kata, macam mana mak sedara dia berposing, cam tu gak budak berdua ni berposing..
ehehhehehe..



Abang : I Love U..
Honey : I Love U more...


Landmark Surfers Paradise

Love is in the air

Surfers Paradise

Berjalan balik ke hotel semula...

Sunday, June 26, 2011

Gold Coast : Day Three : Seaside

Kami menggunakan kesempatan yang ada pada petang hari ketiga kami di Gold Coast untuk melihat keindahan pantainya. Memanglah cantik dan bersih.. Terjaga sesangat.. Walaupun ombak agak besar kerana ianya terkenal dengan aktiviti surfing, tapi tak perlu risau tentang keselamatan diri.. Pantai kat sini ala-ala dalam citer Baywatch tu.. Setiap berapa kilometer akan ada rumah lifeguard.. Dan lifegurad dia memang asyik meronda jer.. Kalau ada yang pergi berenang agak jauh sikit je, dia akan bunyikan wisel dan ingatkan supaya jangan pergi terlalu jauh..Jejaka-jejaka idaman Malaya - Mazly, Upak dan Shahril -, pun tak nak melepaskan peluang mandi di pantai Gold Coast tanpa memikirkan kesejukan air pantai tu.. Bethrisya, Rayyan dan Nawar pun sama jugak... Mana bole menahan diri bila dah nampak air.. Cuma wanita-wanita jelita - Mummy Zurena, Kak Seri dan Nina - sahaja yang masih bole mengawal diri dan hanya melihat keseronokan mereka bermandi manda...

Berjalan kaki je dari hotel ke tepi pantai..

The four of us.

Yeah... dah sampai kat tepi laut...
Cantekkkk sangat...

Aduhai Rayyan, napa lah tak tengok camera dikk oiii... 

Anak itik dah mula berenang tanpa mengirakan kesejukan air laut.

Mari main pasir dulu...
Anak dara ni memang suka berposing.




Larikkkk... ombak datangggg.....

Rayyan sedang tunggu ombak datang.. Suker sangat dia dapat main ombak..
Baru lah nampak cam kat Gold Coast - separuh pantai, separuh lagi bangunan tinggi


Menikmati keindahan pantai

Hero kesayangan Mummy selamanya.


Masih lagi ada hati nak berposing walaupun seluar dah separuh basah.

Tengoklah betapa cantiknya ombak dia...


Besarkan ombak tu...

Pengantin lama vs pengantin baru

Bapak dan mak sedara bersama anak sedara..
Sesama menggediks berposing sakan..

Orang kapal yang pantang nampak air.

Anak-anak dan Ayah.

Hari dah mula senja.

Awan nano nano nano nano.....

Kepenatan setelah melawan ombak.

Mummy dan Ayah yang masih tak penat berposing..
Anak-anak dah mula mengaruk coz dipaksa untuk duduk di stroller untuk pulang ke hotel..

Thursday, June 23, 2011

Lawak Petang Rabu

Nak kata lawak, tak de lah kelakar sangat... tapi nak kata tak lawak, kitaorg dok ketawa tak henti-henti.. ehehhe.. 

Berbalik kepada entry sebelum ini, flight Capt Mazly ke Cape Town sepatutnya pada jam 2 pagi, 23.6.2011. Segala persediaan telah dibuat.. Beg pun dah siap packing. Mummy siap amik cuti semata-mata nak spend masa dengan dia.. Anak-anak pun tak ke sekolah coz nak bagi peluang bermain dan bergurau senda dengan si Ayah. Untuk lunch pun Mummy siap prepare yg special ala-ala kat hotel lagi.. 

Tiba-tiba......

Pukul 4.15 petang, sedang kami bersiap-siap untuk keluar membeli sedikit lagi barang-barang keperluan untuk dibawa belayar, Capt Mazly telah menerima satu panggilan telefon dari office.. Lepas letak je telefon tu, Capt Mazly terus tersengeh-sengeh dan ketawa sendiri.. Pastu boleh pulak dia terus baring atas katil dan tak berhenti ketawa... Bila ditanya kenapa, lagi ler dia gelak....Geram pun ada time tu..

Last-last baru dia kata, "Abang tak jadi sign on..... Office kata cancell... Bad weather kat laut Cape Town tu "....... 

Jadi... apakah perasaan anda?????

Tentunya seperti dunia, ana yang punya....... ehehehhehe....

Tuesday, June 21, 2011

Expect the Unexpected.

Dalam kegembiran meneruskan penceritaan tentang percutian di Gold Coast, mood sedikit terganggu hari ini setelah mendapat berita yang tidak disangka dari suami tercinta. Namun, sebagai isteri seorang pelayar, seharusnya kita perlu sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Kalau kita terus meratap, merayu, menangis, tentunya hati si suami yang ingin pergi mencari rezeki itu akan menjadi kacau bilau dan emosi mereka tentunya lebih terganggu. Dek memikirkan itulah, mulut ini hanya mampu tersenyum dan bersetuju merelakan dia kembali ke lautan biru. 

Khidmat Capt Mazly amat diperlukan untuk menggantikan Ch/Off SS Seri A yang telah belayar selama 7 bulan setengah..  Tetapi pengganti yang sepatutnya menggantikannya hanya mahu naik pada bulan Julai.. Andainya dia terus menunggu, tentunya dia akan belayar sehingga 8 bulan.. Satu tempoh yang agak lama.. Kasihan kepada isteri dan anak yang sentiasa sabar menantikan kepulangan hero mereka kepangkuan.. Tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya dan betapa manisnya senyuman dibibir mereka apabila orang yang dinanti akhirnya akan berada dihadapan mata.. Hari ini kita tolong mengembalikan senyuman di muka mereka, mungkin satu hari nanti akan ada orang yang akan membuatkan kita tersenyum lebar.. Itulah prinsip yang sentiasa kami pegang dan percaya.. 

Sepatutnya Capt Mazly akan menggantikan Capt Din di kapal kesayangannya iaitu Puteri Nilam pada 29 Julai nanti. Dan memang telah diketahui dari awal yang pada tahun ini, kami tidak akan berpuasa mahupun beraya bersama. Namun, apabila Capt Mazly dikehendaki belayar awal, segalanya agak berubah. Dan ada hikmah disebaliknya. Dia hanya akan belayar selama 3 minggu sahaja, dan insyaallah akan balik pada 12 Julai. Seterusnya bercuti selama tiga minggu sebelum naik semula ke Puteri Nilam pada bulan Ogos. Ini bermakna, kami akan berkesempatan untuk menyambut puasa bersama-sama. Dan dia juga akan ada ketika hari jadi Bethrisya nanti .... Sesungguhnya, ini telah cukup baik buat kami, walaupun kami tetap tak kan dapat beraya bersama-sama pada tahun ini... 





Sayang / Ayah
Tanpa persediaan fizikal dan mental, kami relakan dirimu pergi ke lautan biru. 
Namun kami akan terus mengiringi kepergianmu dengan iringan doa agar pelayaranmu sentiasa diiringi oleh-NYA dan dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini.
SELAMAT BELAYAR SAYANG ........ 
Kami akan sentiasa merindui dan terus sabar menanti kepulanganmu ke pangkuan....







22 June : KLIA - CAPE TOWN - SS SERI A
12 July : PORTUGAL - KLIA .... insyaallah...



ps: Ingatkan si Nina dan Shahril naik kapal dulu, rupanya bapak sedara dia yang kene naik lebih awal dari diaorg... ehehheeh.. Selamat belayar buat Nina dan Shahril jugak... Selamat merasai kemabukan di atas kapal ye Nina.. Selamat hari raya in advance... muahahhaa....

Gold Coast : Day Three : Paradise Country

Hari berikutnya kami dibawa ke Paradise Country Farm pula.. Best jugak tempat ni, terutama untuk pembelajaran anak-anak..Kat sini kita boleh tengok dan pegang kangaroo, koala, anak kambing biri. Kangaroo dia bersepah sepah je kat sana sini.. Baru ler tau macam mana kangaroo jalan, macam mana kangaroo lompat.. Dan jugak, baru ler  tau macam mana koala tu tido..  Koala ni memang suka memeluk.. Tu pasal dia suka peluk je kayu-kayu.. Lepas tu boleh try macam mana rasanya memerah susu lembu. Ada jugak pertunjukan cara-cara macam mana diaorg cukur bulu kambing biri-biri .. Senang giler dia cukur.. Kesian kat sheep tu sampai botak dibuatnya.. ehehehe...

Pintu masuk ke Paradise Country

Tram..
Bergambar je, tak naik pun.. ehehhe..
With Tokmak n Nina.

Koala yang syomelll...

Tok Mak, Nina, Shahril bersama koala.
Mummy, Bethrisya, Ayah, Rayyan dan Koala.
Pandai kan koala tu posing pandang camera..
Berat tau koala tu, tapi dia pandai je peluk kita.. Erat pulak tu...ehheheh


Kan dah kata, koala tu memang pandai pandang camera..
Dengan koala, Bethrisya berani usap dan amik gambar.. Tapi dengan kangaroo dia takut yang amat...

Berlatar belakangkan koala-koala yang comel..
Papan tanda Koala
Kangaroo dia jinak. Berkeliaran je kat sini.

Mummy dan kangaroo

Macam patung kan kangaroo ni.. Statik je.. 


Rayyan dan kangaroo, muka takut tapi nak amik gambar jugak. Si kakak memang langsung tak nak, dia terkejut pada mulanya.. Dia baru nak usap kangaroo tu, tup tup kangaroo tu melompat, tu yang dia terus tak nak dekat dengan kangaroo... Fobia... ehhehe
Mula-mula ingatkan binatang ni Ilama.. Tapi rupanya bukan.. Apa tah nama dia, tapi datang dari keluarga Ilama jugak lah.

Kat Paradise Country pun banyak show jugak.. Show pertama yang kami tengok adalah yang berkaitan dengan cara-cara survival semasa camping.. Dia tunjukkan macam mana nak nyalakan api tanpa mancis.. Macam mana nak masak air... Macam mana nak buat roti yang sedap walaupun time tengah hutan...



Abis je show, kami dihidangkan dengan roti dan air teh yang dimasak menggunakan kayu api..

Sedang menikmati kelazatan roti dan kepanasan air teh...

Kekonon di pekan cowboy..

Kudaku lari gagah beraniiiiii.....

Show yang kedua pulak berkenaan kehidupan di ladang. Dia tunjuk macam mana nak buat bunyi sebatan menggunakan tali sekuat yang mungkin... Diaorg jugak menunjukkan betapa tajamnye tali tersebut sehingga boleh memotong sehelai daun menjadi serpihan serpihan kecil.. 

Lepas tu diaorg tunjuk macam mana dua ekor anjing boleh menjaga sekumpulan kambing biri-biri.. Dia demonstrasikan cara-cara anjing tersebut menghalau kambing biri-biri masuk ke kandang...

Lepas tu keluar pulak seekor lembu yang sangat besar.. Diaorg tunjukkan cara-cara memerah susu lembu . Siapa yang berani, bole je terus minum susu tersebut direct dari tetek lembu tu.. Muahahahah... Jangan nanti suara bertukar jadi, MOOOOOOOOOOOOO sudah ler yerk...

Macam ler kat Malaysia tak de lembu ek...

Mari kita perah susu lembu...
Anjing sedang cuba menghalau sheep masuk ke kandang.

Dengan sheep pun si Bethrisya ni takut... Ayoooo

Ni pulak anak kambing biri-biri... Comel gak... Mmmmbeekkkkkk

Kami di ladang tenusu

Bila dah abis show kat tengah padang tu, kami berjalan ke dalam dewan dia pulak.. Kat situ diaorg nak tunjuk pulak cara-cara mencukur bulu kambing biri-biri.. Tapi sebelum tu, berposing posing dulu di mana-mana tempat yang sesuweiii....

Naik kereta kuda ler pulak

Penat menunggu, bila lah kereta kuda ni nak berjalan...
^_____^


Ini lah dewan yang menempatkan segala macam jenis kambing biri-biri.. Macam-macam jenis ada.. Yang bulu tebal, yang bulu nipis, Yang bulu panjang, yang bulu nipis, yang tanduk pendek, yang tanduk berpusing pusing, yang tak ada tanduk.. Pendek kata, rupanya kambing biri-biri ni banyak jenis... Baru ku tahu...


Orang suruh tengok show, kami sibuk berposing dulu..
Ternganga mulut masing masing.. Terkaku, terpegun seketika

Nampak tak kambing-kambing yang tengah beratur sederet kat depan tu?
Proses mencukur pun bermula.

Sheep tu berlari nak menyorok coz malu bila dia dah bogel tanpa seutas bulu..


Bulu sheep ni tebal gilerr..

Inilah yang dinamakan senyum kambing..

Lawakan tanduk kambing biri-biri ni. Berpusing pusing..

 Lepas abis tengok sheep shearing, tibalah masanya untuk berBBQ.. Ianya dah termasuk sekali dengan tiket masuk ke sini.. Masa nak masuk tu, diaorg akan tanya menu yang kita nak :- Chicken, Fish, Steak.. Lepas tu nnt masa lunch, kita just tunjuk je order tu kat kaunter.. Dapat lah menu apa yang kita nak.. Side dishes lain, diaorg hidangkan secara buffet.. Kenelah amik sendiri... Insyaallah semuanya halal coz kat dapur diaorg siap ada sticker halal lagi..

Meja dah penuh dengan makanan.

Gudang tempat kami berBBQ

Abis je BBQ @ Lunch, tamat lah jugak pengembaraan kami di Paradise Country... Tapi seperti biasa, aktiviti berposing masih belum habis lagi... Masa yang diambil untuk berjalan menuju ke tempat parking van mengambil masa yang agak lama coz kami asyik stop untuk bergambar... 

Macam orang baru kawen dan belum ada anak je kan...
Muahahahha...

Ini baru betull..
Anak dah dua rupanya..
^_____^

Mummy

Mummy lagi

Ayah pulak...

Aktiviti kami pada hari tersebut abis awal, dalam kul 2 lebih dah sampai hotel.. So aktiviti petang diteruskan pula ke tepi pantai...


 - TO BE CONTINUED -