Setelah check out dari Ibis Hotel, Brisbane, Mr Paul (driver cum tourist guide kami) terus membawa kami ke Seaworld. Seronok gak kat sini coz ada banyak show. Terkejar-kejar kitaorg nak tengok semua show yang ada. Sayang dan rugi pulak rasanya kalau terlepas mana-mana show. Tapi mmg puas hati lah pergi sini. Bethrisya ngan Rayyan pun dapat belajar macam macam.. Now Rayyan dah tau macam mana sealion berbunyi.. eheheh...
Seperti biasa, sebelum masuk ke dalam, mestilah bergambar dulu kan... Ini lah ahli rombongan kami kecuali Upak.. Susah betul nak ajak si Upak ni bergambar.. Kalau nak bergambar beramai-ramai, sure dia mengofferkan diri utk jadi tukang amik gambar.. Akhirnya, gambar dia yang tak banyak... muahahaha...
| Dihadapan pintu masuk Seaworld. |
| Walaupun masih awal pagi, dah start ramai orang |
Memula sekali mari kita tengok show berkenaan Pirates. eheheh.. Mentang-mentang lah orang kapal.. Nak jugak tgk show yang ada berkaitan kapal.. Tapi mmg hebat lah stunt2 dia. Aksi aksi terjunan dari kapal terus masuk ke air.. Fuhhh.. Hebat !!!
| Set kapal. Nampak tak palang yang tinggi tu, ada jugak aksi melompat dari palang yang paling tinggi tu terus terjun ke dalam air.. |
| Pelakon-pelakon stunt sedang melompat. |
Kemudian, berjalan pulak ke Shark Bay. Tengok bermacam macam bentuk shark.. huhuu.. Gigi yang tajam...
Bergambar dengan atok sealion kot.. ehehhe.. dah bermisai dan bertaring panjang..
Sambil berjalan-jalan, ternampak pulak anchor ni.. So, apalagi, wajiblah bergambar disini kan... ehhehe...
Perjalanan diteruskan ke tempat penguin pulak.. Aduhai, tersangat lah comel penguin-penguin ni... Kalau bole bela jadi pet, sure seronok kan...
| Penguin yang berjalan terkedek-kedek. |
Show yang paling best di Seaworld ni adalah di Dolphin Cove. Terror betul diaorg ni train dolphin-dolphin tu ikut arahan.. Kagum giler... Bethrisya ngan Rayyan pun tak berkelip mata tgk dolphin-dolphin tu melompat-lompat.
| Dolphin Cove |
| Dolphin tengah melompat. Comelkan... |
| Dolphin ni tengah berjalan secara mengundur. |
Selepas tengok show dolphin, kami bergerak ke sea lion theatre. Kat sini kami dipertontonkan dengan kehebatan sea lion menyelesaikan kes penipuan Mrs Baloney.
| Sea lion sebagai detectives. |
Ini pulak tempat anak-anak penguin. Comel-comel je diaorg berenang-renang dalam kolam tu.
| Penguin Point |
Ini pulak tempat yang paling disukai oleh budak berdua ni.. The Sesame Street Beach. Gembira giler dpt jumpa semua watak-watak dalam sesame street tu, terutama Big Bird. Dan Bethrisya telah jatuh cinta dengan si Zoey. Seboleh-boleh dia memujuk ayah nak beli tshirt gambar zoey... ehehehhe...
| Mari menyanyi, menari dan menepuk tangan bersama-sama. |
| Big Bird yang memang big... |
| Tok Mak kata menyesal dia naik.. hahahha... Bethrisya pun menangis bila turun. |
| Nina and Shahril. Cuak jugak naik ni Nina kata. Coz mmg curam bila nak turun tu.. |
* * * * * * * * * *
Tepat jam 5.30 petang, Mr Paul telah setia menanti kami dipintu masuk seaworld.. Pukul 5.30 di sana dah macam magrib kat Malaysia ni.. Dah mula gelap dah..
Sebelum naik ke bilik hotel, kami menjamu selera di Restoran Maharani, Surfers Paradise dulu. Kedai ni mmg terkenal di kalangan orang Malaysia. Masuk ke dalam restauran ni pun terasa seperti di tanah air sendiri je.. Mmg ramai org kita kat situ.. Lagu-lagu yang dimainkan pun dari artis-artis Malaysia.
Bila perut dah kenyang, perjalan kami diperluaskan ke tempat yang wajib dikunjungi.. Hard Rock Cafe. ehehhe.. Rasanya rata-rata orang kapal mmg gemar mengumpul t-shirt Hard Rock kan.. Walaupun harga t-shirt disini agak mahal, iaitu bila di convert ke duit kita, sehelai baju lebih kurang RM160 +/- tapi tetap jugak beli barang sehelai dua.. Nak jugak ada tshirt Hard Rock Surfers Paradise kan... ehehehhe...
| Sebelum masuk ke Hard Rock Cafe |
| Selepas keluar dari Hard Rock Cafe.. ^__________^ |
Terus lagi berjalan coz anak Upak, si Nawwal nak naik ferris. Betrisya pulak tak nak naik coz penakut sikit.. ehehhehe
| Wheels of Surfers Paradise. |





11 comments:
bestkan gold coast kak? hihi..i know the kids will enjoy it there...banyak theme parks semua...dreamworld,movie world,seaworld,tropical fruit world...etc...memang nak sangat-sangat gi sana lagi....one of our vacation plan ;)farshid kata one by one...hihi!
yups! love shopping for HR shirt :)
take care...hugs and kisses to betrisya and rayyan...mesti diorang happy sangat2 :)
mmg sesuai sgt bawak anak2 dtg sini kan??? tumpang seronok jelah baca... :)
bestnye !
wah betsnya kak Ena..yg tak tahan tu gmbr sebelum & selepas masu HR cafe tu.Sebelum capt mazly kemas je dah kuar dr HR nape baju dah kt luar?hihihi
bestnya! cuci mata tgk gambar dulu. hope 1 day dapat jgk ke sana...
Hanin,
Memang best sgt.. Rasa cam tak puas je lagi berholiday kat sana.. Ehehe..
Marsha,
Memang seronok bwk anak anak kesini. Mcm mcm diaorg bole belajar.. Nnt satu hari, bwk la qila n ariq gi sana.
Lula,
Best gilerrrrrrrrr... Ehehehe
Myza,
Sebelum masuk HR, baju masuk dlm. Bila keluar HR baju dah kat luar coz dia sibuk mencuba tshirt kat situ.. Nak beli XL takut ngam ngam.. Nak beli XXL, kang besar sgt pulak.. Ehehe..
Mrs keney,
Insyaallah, satu hari nnt akan sampai kesana juga.. Bole bwk anak anak ye..
best gilerrrr....
Post a Comment