Tuesday, June 21, 2011

Expect the Unexpected.

Dalam kegembiran meneruskan penceritaan tentang percutian di Gold Coast, mood sedikit terganggu hari ini setelah mendapat berita yang tidak disangka dari suami tercinta. Namun, sebagai isteri seorang pelayar, seharusnya kita perlu sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Kalau kita terus meratap, merayu, menangis, tentunya hati si suami yang ingin pergi mencari rezeki itu akan menjadi kacau bilau dan emosi mereka tentunya lebih terganggu. Dek memikirkan itulah, mulut ini hanya mampu tersenyum dan bersetuju merelakan dia kembali ke lautan biru. 

Khidmat Capt Mazly amat diperlukan untuk menggantikan Ch/Off SS Seri A yang telah belayar selama 7 bulan setengah..  Tetapi pengganti yang sepatutnya menggantikannya hanya mahu naik pada bulan Julai.. Andainya dia terus menunggu, tentunya dia akan belayar sehingga 8 bulan.. Satu tempoh yang agak lama.. Kasihan kepada isteri dan anak yang sentiasa sabar menantikan kepulangan hero mereka kepangkuan.. Tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya dan betapa manisnya senyuman dibibir mereka apabila orang yang dinanti akhirnya akan berada dihadapan mata.. Hari ini kita tolong mengembalikan senyuman di muka mereka, mungkin satu hari nanti akan ada orang yang akan membuatkan kita tersenyum lebar.. Itulah prinsip yang sentiasa kami pegang dan percaya.. 

Sepatutnya Capt Mazly akan menggantikan Capt Din di kapal kesayangannya iaitu Puteri Nilam pada 29 Julai nanti. Dan memang telah diketahui dari awal yang pada tahun ini, kami tidak akan berpuasa mahupun beraya bersama. Namun, apabila Capt Mazly dikehendaki belayar awal, segalanya agak berubah. Dan ada hikmah disebaliknya. Dia hanya akan belayar selama 3 minggu sahaja, dan insyaallah akan balik pada 12 Julai. Seterusnya bercuti selama tiga minggu sebelum naik semula ke Puteri Nilam pada bulan Ogos. Ini bermakna, kami akan berkesempatan untuk menyambut puasa bersama-sama. Dan dia juga akan ada ketika hari jadi Bethrisya nanti .... Sesungguhnya, ini telah cukup baik buat kami, walaupun kami tetap tak kan dapat beraya bersama-sama pada tahun ini... 





Sayang / Ayah
Tanpa persediaan fizikal dan mental, kami relakan dirimu pergi ke lautan biru. 
Namun kami akan terus mengiringi kepergianmu dengan iringan doa agar pelayaranmu sentiasa diiringi oleh-NYA dan dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini.
SELAMAT BELAYAR SAYANG ........ 
Kami akan sentiasa merindui dan terus sabar menanti kepulanganmu ke pangkuan....







22 June : KLIA - CAPE TOWN - SS SERI A
12 July : PORTUGAL - KLIA .... insyaallah...



ps: Ingatkan si Nina dan Shahril naik kapal dulu, rupanya bapak sedara dia yang kene naik lebih awal dari diaorg... ehehheeh.. Selamat belayar buat Nina dan Shahril jugak... Selamat merasai kemabukan di atas kapal ye Nina.. Selamat hari raya in advance... muahahhaa....

7 comments:

nina mazda said...

Muahahaahhahahahhaahhahaha okay pesanan yang kat bawah sekali tu lawak ye. Dari mood feeling2 sedih, terus ketawa haha. Sabar ye antina. Janji dpt puasa n sambut bethrisya sama2. Ok lah tu kannn. Hehe

ety said...

tuhan jer yang dapat membalas segala pengorbanan akak ini..tul tu kak hr ni kita berkorban untuk org lain suatu hari kita akan dapat hikmahnya walaupun kita xminta di balas..sy masih ingt masa hubby sailing dulu selesai jer wedding belah lelaki dalan 2hr cm tu office dh panggil hubby naik sbb ada yang dh duk atas kapal tu dekat 8 bulan..mula2 mmg ssh nak lepaskan..tp bila hati ni dgn relanya melepaskan hubby naik kapal..hikmahnya saya dapat merasa raya dgn hubby pada thn tu as a husband&wife malah bkn tuk tahun tu jer...tiap2 thn smpi la hubby stop sailing...

HaninFarshid said...

kak ena,

be strong kak (i know you're ;))....yang penting captain mazly dapat balik berpuasa and celebrate birthday betrisya....maybe rezeki captain mazly tiba2 office baik hati bagi raya sama2 ke? ;)

hanin pun tak sabar bulan july...heheh! jom sama2 kiter counting days hubby kiter balik bulan july :)

manja puas2 dengan capt mazly while he's still around....hanin tau...banyak kenangan manis dier tinggalkan utk akak sepanjang dier cuti ;) kenangan tu yang menemani akak dan buat akak kuat sepanjang dier belayar...

take care kak...*hugs and kisses from me and kyra*

siti norlaili yusof said...

terharu dgn entri ni. betul k.ena,kali ni kita bantu diorg,insyaallah bila masa kita nt,ada yg bantu.

gembira juga untuk akak n anak2 sbb dapat gak pose n sambut birthday bethrisya sama2..:)

AzieMan said...

laa ciannyer ena tp xper arini ena capt bntu org lain nnt org akn bntu ena juga.insyaAllah.segala yg brlaku ini ade hikmahnya.

MrS KeNey said...

pagi2 dh sayu je baca...sabar Mas..ada hikmah di sebalik yang terjadi..dapat raya sama kan? tu yang paling dinanti!

Anonymous said...

benar....keredhaan kita membiarkan dia pergi mencari rezeki ada hikmah di sebaliknya.

Post a Comment