Thursday, December 5, 2013

Terengganu kita.

Sambil menyelam, minum air... ehehehehe.. Dah datang jejauh ke Terengganu untuk majlis tunang Ebby dan Mala, maka kami pun ambil la kesempatan untuk berjalan-jalan melawat Terengganu...

Masjid Kristal

Cantekkkk
Mari kita naik bot...
Life jacket
Di tepi pantai Batu Buruk

Angin yang sangat kuat.

Berkereta kuda.

Tuesday, December 3, 2013

Selamat Bertunang Ebby dan Mala.

Majlis yang dirancang telah berjalan dengan selamat. Walaupun keadaan cuaca agak tidak begitu mengizinkan, namun ianya tidak menghalang untuk majlis berlangsung dengan meriah sekali. Insyaallah kedua mereka akan disatukan pada bulan Mei atau Jun tahun hadapan.

Dayang dayang dayang dayang..

Wahh... gembiranya Mak nak dapat menantu baru...

Anak, menantu, cucu.... ehehehehe... Terselit pulak si Rayqal disitu...

Kami bersama bakal ahli keluarga yang baru..

Selamat bertunang ye si Adik Bongsu


Buat Ebby,
Alhamdulillah, hatimu terbuka lagi untuk berumahtangga. Kegagalan yang lalu usah dikenang lagi.Anggaplah ianya satu pengajaran yang amat bermakna. Sesungguhnya percaturan Allah tiada siapa yang pernah tahu.

Buat Mala, 
Selamat datang ke dalam keluarga kami.. Moga Mala dapat menerima adik akak ni seadanya. Dan juga terima dua anak keciknya dengan sepenuh hati.. Anggaplah mereka berdua itu seperti anak Mala sendiri. 

Mungkin A'isy dan Asyraf takut kasih sayang Ayahnya akan mula berbelah bagi setelah Ayah mereka berkahwin dengan Auntie Mala, sebab itulah mereka asyik buat perangai sepanjang majlis berlangsung dan susah betul nak amik gambar mereka... Aduhai lahhh anak, jangan lah dikau risau dan gusar... Insyaallah, Auntie Mala akan menjaga kamu berdua sebaik mungkin. Ya, Kami akan pastikan nya.... 



Tuesday, November 26, 2013

Selamat Belayar Ayah...

Setelah bercuti dari 6.8.2013, akhirnya tiba masanya untuk Ayah kembali kelautan mencari rezeki buat kami sekeluarga. Walau berat melepaskan, namun kami redha dengan kehendakNYA. Rezeki Ayah memang telah tertulis di lautan luas. Moga Yang Maha Esa sentiasa melindungi pelayaran Ayah. Doa kami sentiasa bersama Ayah. Walau kita sentiasa jauh dimata, namun dihati kita akan tetap dekat...

Last Family photo for 2013

Ayah with Bethrisya
Ayah with Abang Rayyan


Ayah with Adik Rayqal
Ayah with Mummy

Family

Bon Voyage Ayah... See u next year...


Saturday, November 16, 2013

Qdees Consert 2013

Pada tahun ini hanya tinggal Rayyan seorang yang berjoget riang di atas pentas untuk Qdess Consert 2013. Jika sebelum ini Kakak Bethrisya pun akan sama-sama terlibat dalam menjayakan consert akhir tahun tadika mereka ni.. Namun begitu, Rayyan tetap memberikan aksi yang menarik dan menari sepenuh hatinya. We are proud of u Abang Rayyan !!!






Wednesday, November 13, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang SRK Convent.

Kakak memang tidak pernah menghampakan kami. Sekali lagi dia telah membanggakan kami. Dia berjaya mendapat No 1 di dalam kelas dan keseluruhan darjah satu untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Maknanya dia berjaya mengekalkan kedudukan No 1 telah diperolehinya untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun lalu. Tahniah Kakak !!!! Semoga kecemerlangan akan terus menyinari hidup kakak selamanya. Mummy dan Ayah tidak pernah akan lupa untuk mendoakan kejayaan Kakak didunia dan diakhirat.

Majlis Anugerah Cemerlang

1. Matapelajaran terbaik - Bahasa Inggeris
2. Matapelajaran terbaik - Matematik
3. Tempat pertama - 1 Dahlia
4. Kecemerlangan Keseluruhan - Tahun 1







Bersama kesemua anugerah yang diperolehi.

A proud Mummy

A proud Ayah

Moga Abang Rayyan juga akan mengikuti jejak Kakaknya. Insyaallah.



Friday, November 1, 2013

Happy 40th Birthday Ayah.

My dear beloved hubby,

I love u 
for all you've been,
for all you are,
for all you'll ever be to me ...........

You're my life, my happiness,
and the one
who will always have my heart.

I'm so glad
we're spending
our lifetime together !!!!

HAPPY BIRTHDAY
to My One and Only

CAPT MAZLY BIN MD DOM
01 NOVEMBER 2013

Bacaan doa selamat oleh Imam Syukor

Moga dipanjangkan usiamu, diperbanyakkan rezeki buatmu, diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Anak-anak pengikat kasih sayang

Dua hero 

Macam-macam ada.

Lazat hingga menjilat jari.

Japanese food.

Love u always

Happy 40th Birthday AYAH !!!!

Tuesday, October 1, 2013

We are NINE !!!

Pejam celik, pejam celik... tanpa disedari rupanya dah SEMBILAN tahun kami hidup berumahtangga. Dengan dikurniakan tiga orang cahayamata yang sentiasa menyinari hari-hari kami. Moga ikatan yang menyimpul kehidupan kita ini akan kekal buat selamanya.Biarlah tanah dan cangkul sahaja yang memisahkan kita. Terima kasih atas segalanya Abang.. Sesungguhnya Abang adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidup Honey. 

01 OCT 2004 - 01 OCT 2013

Thursday, September 19, 2013

Road trip to KRABI.

Akhirnya impian untuk melihat keindahan KRABI terlaksana. Mummy memang dah lama berangan nak gi Krabi dan nak bawak anak-anak berisland hopping dan bersnorkling melihat keindahan laut ciptaan Tuhan...

Perancangan di saat-saat akhir akhirnya membuahkan hasil. Lima keluarga. Lima buah kereta. Sepuluh orang dewasa. Lima belas orang kanak-kanak. Memang havoc. Memang happening. Satu kenangan yang sangat indah. Ada rezeki nanti kita plan gi holiday bersama-sama lagi ye.

Ahli rombongan kami.

Welcome to Thailand

Yeahhh, dah nampak signboard Krabi
Akhirnya setelah merempuh perjalanan sepanjang 9 jam dari Penang, Kami sampai jugak di Mercure Krabi Deevana. Hotelnya sangat cantik walaupun harganya murah. Kalau andainya kami sampai lagi ke Krabi, pasti hotel ni tetap menjadi pilihan.


Mercure Krabi Deevana
Sawadikapppp
Swimming pool yang sangat luas

Anak-anak yang excited berenang.

Gumbiranya



Aktiviti yang paling best mestilah berisland hopping. Disebabkan kami memang dah ramai, so kami terus lah sewa satu bot khas untuk kami tanpa perlu campur dengan orang lain. Pakej nyer juga agak murah.

Ready menunggu pick up untuk berisland hopping

Ibu-ibu yang turut sama excited

Bapak budak dan anak anak yang jelas ketidak sabarannya... ehehehhe

Yeeahhaaaaa

Ready nak naik speed boat.

Ayah with Rayyan

Family

Rayyan

Rayqal

Bethrisya

Kaum ibu yang tak puas-puas berposing


Posing lagi

Bapak-bapak pun sama berposing sakan
Capt Mazly dan Teacher Zurena


Pasangan-pasangan bahagia. Aminnnn....

First snorkling experince for Bethrisya

Family potrait

Ayah - Kakak - Abang

Mummy - Adik

Lunch

Kanak-kanak yang sentiasa riang gembira

Tamat lah sudah aktiviti island hopping kami

Disebelah malam, sempat jugak lah kami meronda-ronda sekitar bandar Ao Nang.. Dapat lah anak-anak merasa naik tuk tuk...


Capy Mazly & CE Fuad



Naik tuk tuk. RM2 sekepala.

Mummy with Dilla


Sebelum berangkat pulang ke tanah air, kami sempat jugak singgah di tempat yang wajib bergambar di bandar Krabi. The Big Krab. Seperti biasa bermacam-macam aksi yang keluar.. Sesekali berholiday bersama, ini lah jadinya... ehehehhee.. Yang pasti memang enjoy dan seronok sangat dengan trip kali ni.

Anak-anak yang bermacam ragam.

Sebahagian sahaja ni, ramai anak-anak dah terbongkang tido dalam kereta...
Jejaka Idaman Malaya

Perempuan Melayu Terakhir
Chenta Hati

Selamanya ku cinta kamu...

Next trip kemana pula kita ye kengkawan??? Ada sesiapa lagi yang nak join the club?? ehehehe... The more the merrier....