Friday, July 29, 2011

New Collection

Anak baru dua, tapi cuba tengok koleksi mainan diaorang..... dah rasa cam tadika pulak... ehehhehe... Tak per lah, janji mereka gembira menikmati keindahan hidup sebagai kanak-kanak...

Koleksi sedia ada

Memandangkan kedua-dua mereka dah besar, dan basikal yang ada nampaknya dah tak sesuai lagi untuk mereka.. Maka petang tadi, Mummy telah membeli basikal baru untuk buah hati kami ni... Gembira sungguh mereka dapat basikal baru..

Satu untuk Bethrisya, satu untuk Rayyan dan satu untuk Kak Dessi (maid).. So, boleh lah Kak Dessi teman kan diaorg main basikal setiap petang...


Koleksi terbaru

New bicycle for Bethrisya

New bicycle for Rayyan

Untuk Rayyan pulak, ada satu lagi bonus, ehehehhe.. dia dapat motor polis... Bertambah-tambah lah kegembiraan dia.. Sampai tak tahu nak main mana satu.. Kejap main basikal, kejap main motor... eheheh..


Vrooommmmm vroooommmmm

Pre-Birthday

Next week merupakan birthday Bethrisya yang KELIMA. Memandangkan ianya jatuh pada bulan puasa, maka birthday partynya insyaallah akan di adakan pada bulan Syawal nanti.. Tempatnya masih belum diputuskan.. Mungkin di KL, dan mungkin jugak di Muar.

Namun, demi menggembirakan hati si anak, Mummy tetap buatkan jugak party pack utk di beri kepada kawan-kawan dia disekolah. Keychain yang Mummy tempah dr Nita dah sampai petang tadi.. Syomell giler keychain-keychain ni... Sampaikan bebudak berdua ni pun sama sibuk dok memilih nak yang mana.. ehehhe.. Padahal, Mummy tempah utk diberi pada kengkawan kelas dia di Qdees.. Nasib ler Mummy order banyak...

Tq Nita sebab menggembirakan hati Bethrisya dengan keychain-keychain yang comel ni... Nanti ada rezeki, akak order lagi dengan Nita yerk... Sangat berbaloi-baloi... ^___________^

Comel kan

Party pack yang di order dari partythemepack pun dah selamat sampai.. Tinggal nak mengisi isi perutnya sahaja...  Banner Mummy tak order coz tak tau lagi bila nak buat partynya..


Chocolate wrapper and party pack.


Thursday, July 28, 2011

We love Dad

Biarpun Ayah jauh dimata, dihati kami ayah tetap dekat.

We love u dad !!!!





Monday, July 25, 2011

Weekend at Midvalley

Ianya tidak lah dirancang dr awal. Segalanya secara tiba2. Dina msg hari khamis ajak lunch sesama kat Midvalley andainya kami berada di KL minggu ini.. Mula-mula rasa cam tak nak pegi coz takut penat drive apatahlg Sabtu pagi adalah hari sukan sekolah.. Tp tiba tiba lepas balik dr sekolah hari Sabtu, bersemangat lak nak ke KL. Dah dekat sebulan jugak tak jenguk umah Casa Indah ni.. Terus bersiap siap, dan terus je bertolak ke Kl pukul 4 ptg...

So, dapat la join lunch date with dina + adam, mas + rizqullah, dan siti + fayyad.

Yana + Kizkiz, Nurul + Yaya dan Yat + Qies hanya join kami di Megakids.. 

Hanin tak dapat join coz ada program dgn family in laws dia.. Ain Husna pulak, tak dapat datang coz tetiba si Yara tak nak duduk kat car seat.. Melalak macam orang kene dera. Sampaikan mama dia pun sama melalak.... ehehehhe...

Lunch @ Chilis Midvalley
Dina & Adam - Mas & Rizqullah - Siti & student & Fayyad - Mummy & Bethrisya & Rayyan

Haru biru bebudak tu semua berlari larian di megakids.. Bethrisya dpt adik baru.. Ehehe, Rizqullah suka sgt ikut je apa yg Kak Chica dia buat.. Si Bethrisya pun sama suka melayan.. Kiz kiz sgt behave bermain dgn mama dia.. Muka serius, tp sekali senyum, menawannnn...  Fayyad tersangat lah bam bam bam.. Geram sesangat tgk badan dia.. Sedap sgt dipeluk.. Papa Fayyad dan ayah bethrisya n rayyan di atas kapal yang sama.. Ehehhe.. Adam si busak ensem pun behave.. Sure dalam hati Adam tu dok berkata kata, tunggu lah saya besar skit lagi.. Saya pun join berlari lari kesana kemari.. Berpeluh lah mummy dia nak mengejar... Yaya dan Qies sampai agak lambat. Berpusing pusing dekat satu jam mencari parking.. Ehehhehe.. Sebab tu Mummy gi valet parking jerk, malas nak mencari parking... Tak sempat sgt nak berbual beramah mesra dgn Yat dan Nurul.. Rayyan dah mula bosan duduk dlm tu lelama, dia dok aim nak beli toys kat toy city di sebelah megakids tu.. Huhuhu...Akhirnya dapat gak dia beli senapang mainan....


Si budak yang sentiasa pantang nampak camera.

Budak ni pulak, susah betul nak pandang camera

Bethrisya melayan Rizqullah

Slide

Bethrisya with Kizkiz

Yat & Qies * Nurul & Yaya * Siti & Fayyad * Mummy & Bethrisya & Rayyan *
Mas & Rizqullah * Yana & Kizkiz * Dina & Adam

Tq for the great weekends guys. Next time we plan yg lagi gempak ye...

Friday, July 22, 2011

Brisbane at Night

Lihatlah keindahan suasana malam di bandar Brisbane Australia. Cantik sangat. Meriah dengan cahaya. 

Rayyan

Bethrisya

Eyes of Brisbane

Berempat


Berempat.
Suka gambar ni coz rasa cam gambar postcard jer...

Kau dan Aku

Jatuh cinta lagi,,,,,,

Seiring dan Sejalan

Tuesday, July 12, 2011

Tanda-tanda

Diantara tanda-tandanya adalah:-

1. Dilanda demam + selsema + sakit tekak
2. Sakit pinggang yang berterusan (selalunya kalau arini rasa sakit pinggang, esok or lusa pasti akan period)
3. Breast pun rasa sakit-sakit.
4. Setiap kali berus gigi, pasti rasa seperti nak muntah.
5. Tekak rasa mual n loya serta selera makan kurang. Memula ingatkan kerana sakit tekak yang tak baik-baik.
6. Kekerapan bangun dari tido utk ke toilet pada waktu malam tetiba meningkat daripada biasa.
7. Tiba-tiba mood bershopping online melonjak-lonjak. Beli dress lah, beli baju tido anak anak lah. Paling teruk, siap bole beli tote bag Coach lagi.. Tengok sekali terus berkenan. Dalam hati dok pk senang beg besar-besar, boleh letak iPad, boleh letak macam macam..Rupanya bole jugak digunakan utk keperluan lain.. Ehehehhe..



Dan.....




Tanda-tanda tersebut memberi maksud....



*



*



*



*



*



*



*



*



*




*




*







Bethrisya dan Rayyan akan dapat adik baru tahun hadapan...

^____________________^



Yeay.. Double line !!!!

Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa dan usaha kami. Syukur yang tak terhingga kepadaMu Ya Allah... Cumanya agak sedih bila tengok ada dua line kat pregnancy test tu pagi tadi coz terus teringatkan sang suami yang jauh di tengah lautan.. Sayunya hati kerana tak dapat nak berkongsi kegembiraan ni dengan dia.. Tu yang meleleh gak airmata tanpa sengaja.. Kedua-dua pregnancy yang awal, mmg dia ada je kat sebelah menunggu line tu keluar.. Dan Mummy pasti akan dapat pelukan dan ciuman kasih sayang. Tapi tidak untuk kali ini... Dia tak de kat sebelah, tiada pelukan, tiada jugak ciuman... Kali ni berita gembira hanya dapat disampaikan melalui email sahaja.. 

Apapun, segalanya masih awal dan sebarang kebarangkalian mungkin berlaku. Doakanlah segalanya selamat sehingga tempoh melahirkan. Semoga segalanya dipermudahan oleh-Nya...Insyaallah...


Mode : Masih terkejut dan cam tak percaya.....

Thursday, July 7, 2011

Khas buat tatapan Ayah.


Ayah,
Buah durian yang Ayah tertunggu-tunggu tu akhirnya gugur jugak...
Dan yang paling gembira adalah si anak dara ni.. 
Kata anak Ayah kan... Memang hantu durian ...
  Mummy tak makan durian...
Sorry lah ye Ayah, Ayah hanya mampu menatap je gambar kelazatan durian ni...
Tahun depan kalau ada rezeki, Ayah dapat makan jugak...
Muahahhahahaha....

Kuning tu isi dia...

Sedappppppp tau Ayah.....