Wednesday, February 27, 2013

Magic colour

Petang Isnin lepas, Bethrisya bgtau Mummy yg ada salesman datang ke sekolah untuk jual magic colour. So siapa yang nak beli bole la bawak duit keesokan harinya.. Dia mintak izin dan merayu nak beli magic colour tu.. Mummy izinkan coz dia mmg suka mewarna dan kerja dia mmg kemas.. Mummy janji nnt Mummy masukkan duit RM15 dalam purse dia.

Tapi, Mummy terlupa.. Benar-benar terlupa.

Masa jemput dia petang selasa tu, ternampak la kawan-kawan dia memegang magic colour tu. Bersalahnya rasa.. Bila dia nampak je muka Mummy, dia kata, Mummy lupa bg duit ye.. Dia tengok je kawan kawan dia beli.. Ada kawan dia yg tak bawak duit, menangis coz nak beli jugak.. Mummy tanya la, kakak nangis ke? Dia kata dia tak nangis.. Dia diam n tengok jer.. Sayu la pulak hati Mummy... So, Mummy mintak maaf banyak banyak kat dia dan janji untuk cuba cari kat bookshop.. Mintak mintak la ada..

Pagi tadi ketika bersarapan dan berbual dgn cikgu cikgu lain, terbukak la cerita pasal magic colour ni. Kak Nora, kaunselor selolah pun bercerita la yang anak dia ada dua magic colour tu coz satu dia beli sendiri dan satu lagi ayah dia tolong belikan coz takut anak dia tak dapat beli bila ayah dia tgk ramai sgt yg beratur utk beli magic colour tu. Mummy pun terus cakap, jual kat saya la kak satu tu.. Alhamdulillah, ada rezeki utk Bethrisya..

Tak sabar rasanya nak tunggu dia balik sekolah petang nanti. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi dia. Tak sabar rasanya nak tengok kegembiraan dia. Mungkin ia hanyalah sekadar MAGIC COLOUR, tetapi nilai di sebaliknya itu lebih bermakna. Senyum gembira seorang anak yang mampu menghilangkan rasa bersalah seorang ibu...





Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 26, 2013

Pengantin lama yang perasan cam pengantin baru

Masa hubby dapat award haritu, kami pergi berdua sahaja. Anak-anak semua tinggal dikampung dengan maid dan tokmak. Sebab jemputan kan utk husband n wife sahaja. So tokmak kata, daripada terperap dlm bilil hotel, lebih baik dia jaga budak budak tu kat rumah.. Luas skit..

Mummy dan ayah pun perasan lah konon konon macam orang baru kahwin. Ehehehe.. Sesekali berhoneymoon macam ni seronok jugak kan, memupuk dan menyemarakkan lagi rasa kasih sayang... Cheeewaaahhhh...

Selesai sajer dinner MISC, kami pun berposing posing ala ala wedding photoshoot...

Berlatar belakangkan KLCC.
So nice.......
Genggam erat-erat ye Sayang

You are my everything.

You are my shoulder to cry on.

You are the meaning of my life.

Dari mata membawa ke hati.

You are the CAPTAIN of my heart .

Sayang, I Love you every step of the way !!!!

Sunday, February 24, 2013

Happy 1st Birthday Rayqal ...

21022012 - 21022013 . Setahun rupanya dah berlalu. Cepatnya masa berputar. Rasa cam baru je dapat tau pregnant, dan cam baru je melahirkan Rayqal... Tup tup rupanya dah setahun dah si kecik ni. Terus lah membesar menjadi anak yang baik, soleh, bijak pandai, mendengar kata, dan sentiasa diberi kesihatan yang baik...Sentiasa menyenangkan hati kami semua ye Rayqal.....

Happy 1st Birthday Rayqal Malique
Budak setahun yang masih demam.

Rayqal sayang,
You are like an angel
because
you've touched the life
of everybody around you..
Words cannot express how much we love you,
You are our sunshine, our heart, our purpose for being - our everything.
We are so very proud of you and honored to be your parents.
This last year has been filled with priceless memories
and
I look forward to so many more to come....


Ayah - Mummy
Kakak - Abang - Adik
We are happy family !!!

Mari kita makan kek yang sedap tuuuuuu....

Family dinner at Old Town White Coffee..

HAPPY 1ST BIRTHDAY
RAYQAL MALIQUE BIN MAZLY
21022012 - 21022013

Monday, February 18, 2013

Anuar Zain : Three Decades of Musics, Love and Passion Concert.

Ketika mula mula menyuarakan hasrat untuk menonton konsert ni pada sang suami, tidak mendapat keizinan. Dia tak bagi pergi coz kemungkinan besar dia di atas kapal pada ketika konsert diadakan. So, redha je la.. Walaupun hati ni tetap meronta-ronta nak pergi tgk dan menghayati alunan suara Abang Nuar.

Tanpa disangka, beberapa minggu sebelum konsert, sang suami tiba-tiba berkata, "Honey gi lah cari tiket konsert Anuar Zain. Tengok samada masih ada atau tak". Wahhhhh.... pucuk dicita ulam mendatang.. Sepantas kilat pergi ke page Ticketcharge.. Check ticket dulu... Tapi tak nak beli online coz nak terus dapat pegang tiket kat tangan... ehehhehe... Then terus ajak sang suami ke AEON Bandaraya Melaka coz kat situ ada outlet ticketcharge... 

Tq Sayang for the tickets.


Malam tu pun tido lah dengan nyenyak coz tiket dah ada kat tangan... ehehehhe..

Nak di jadikan cerita, pada keesokan harinya, saje lah bukak facebook Anuar Zain Network, then ternampak pulak iklan contest yang diadakan oleh NTV7. First prize dia, dua keping tiket platinum dan 2 pass meet and greet.. Teruja la pulak nak join coz berangan nak jumpa Abang Nuar after consert.. Rindu dengan zaman muda belia dulu, seadaya upaya berada di mana mana je lokasi show Abang Nuar.. Bongkar lah album lama cari gambar-gambar dengan Anuar Zain suatu ketika dahulu... 

Gambar yang dipost di page NTV7.

Dan tanpa disangka, beberapa hari kemudian, terima satu email yang berbunyi .......


Terbeliak bijik mata baca email ni... melompat lompat kegembiraan... tak kisah dgt dgn tiket tu coz mmg dah beli tiket yg sama kan.. yg penting meet n greet passes tu....

So daripada tak de tiket, now dah ada 4 tiket Platinum.. ehehehhe... So yang dua lagi tu pun, satu bagi lah kat kakak kesayangan yg jugak giler dengan Anuar Zain ni.... dan satu lagi jual kat kawan kakak.. Maka pergilah kami berempat ke konsert AZ 3 Dekad ni dengan gumbira....

Dihari kejadian,

Muka teruja tak sabar nak tgk konsert.

Tq Sayang !!!!

Suara Anuar Zain mmg tiada tandingan.. Mantapppp !!!!

Penampilan istimewa Nora Danish mendapat tepukan yang amat gemurah terutama ketika Anuar Zain mencium tangan Nora Danish....




Diiringi dengan alunan piano.

Gandingan yang mantap lagi hebat .
Alvira, Adibah Nor, Dina Nazir dan tentunya Anuar Zain.



Lelaki itu...............

Kain pelekat la la la la
Kain pelekat la la la la


Meet and Greet Session....








Kesimpulannya, sangat berpuas hati dengan konsert ini. Suara yang hebat, muzik yang mantap, lighting yang sempurna.. Tahniah AZ....

Special thanks to beloved hubby kerana amat memahami dan sudi melayan kerenah bini dia ni.. Nanti di lain masa dan ketika, honey pulak temankan abang gi tgk konsert artis yang abang minat ye.....

Friday, February 15, 2013

Legoland 4

Mungkin ini adalah untuk kali yang terakhir sebelum ayah sign on kapal.. Demi menggembirakan anak-anak yang sibuk merengek nak ke Legoland lagi, dan memandangkan mmg tgh cuti sekolah, alang-alang tak kemana-mana, kami kesini lagi. Kali ni Rayqal ditinggalkan kerana kami pergi pagi dan balik malam.. Dapat lah jugak Mummy merasa naik ride-ride yang adventure.. Yeehaaa...


Di pintu masuk
Kami berempat tanpa Rayqal

Gong Xi fa Cai

Mascot Lego


Menunggu ride 


Kanak-kanak dewasa...

Gembiranya

Amboi lelaki-lelaki ini..

Jejaka idaman Malaya

Land of Adventure

Choo choo train





Mummy n Ayah



Rayyan yang sangat berani naik ride dragon ni.. Gembira giler dia bila ketinggian dia lepas.. Bila dah turun, bole pulak request naik lagi sekali...

Aksi pertama

Aksi Kedua


Aksi ketiga