Wednesday, February 27, 2013

Magic colour

Petang Isnin lepas, Bethrisya bgtau Mummy yg ada salesman datang ke sekolah untuk jual magic colour. So siapa yang nak beli bole la bawak duit keesokan harinya.. Dia mintak izin dan merayu nak beli magic colour tu.. Mummy izinkan coz dia mmg suka mewarna dan kerja dia mmg kemas.. Mummy janji nnt Mummy masukkan duit RM15 dalam purse dia.

Tapi, Mummy terlupa.. Benar-benar terlupa.

Masa jemput dia petang selasa tu, ternampak la kawan-kawan dia memegang magic colour tu. Bersalahnya rasa.. Bila dia nampak je muka Mummy, dia kata, Mummy lupa bg duit ye.. Dia tengok je kawan kawan dia beli.. Ada kawan dia yg tak bawak duit, menangis coz nak beli jugak.. Mummy tanya la, kakak nangis ke? Dia kata dia tak nangis.. Dia diam n tengok jer.. Sayu la pulak hati Mummy... So, Mummy mintak maaf banyak banyak kat dia dan janji untuk cuba cari kat bookshop.. Mintak mintak la ada..

Pagi tadi ketika bersarapan dan berbual dgn cikgu cikgu lain, terbukak la cerita pasal magic colour ni. Kak Nora, kaunselor selolah pun bercerita la yang anak dia ada dua magic colour tu coz satu dia beli sendiri dan satu lagi ayah dia tolong belikan coz takut anak dia tak dapat beli bila ayah dia tgk ramai sgt yg beratur utk beli magic colour tu. Mummy pun terus cakap, jual kat saya la kak satu tu.. Alhamdulillah, ada rezeki utk Bethrisya..

Tak sabar rasanya nak tunggu dia balik sekolah petang nanti. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi dia. Tak sabar rasanya nak tengok kegembiraan dia. Mungkin ia hanyalah sekadar MAGIC COLOUR, tetapi nilai di sebaliknya itu lebih bermakna. Senyum gembira seorang anak yang mampu menghilangkan rasa bersalah seorang ibu...





Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

myza said...

bethrisya really a good girl ;) xmengamuk pun bila tau ibu terlupa

Unknown said...

kak ena,magic colour ni still ada smpai sekarang ye?ingatkn zaman sekolah sy dulu2 je ada. :)

Post a Comment