Monday, February 18, 2013

Anuar Zain : Three Decades of Musics, Love and Passion Concert.

Ketika mula mula menyuarakan hasrat untuk menonton konsert ni pada sang suami, tidak mendapat keizinan. Dia tak bagi pergi coz kemungkinan besar dia di atas kapal pada ketika konsert diadakan. So, redha je la.. Walaupun hati ni tetap meronta-ronta nak pergi tgk dan menghayati alunan suara Abang Nuar.

Tanpa disangka, beberapa minggu sebelum konsert, sang suami tiba-tiba berkata, "Honey gi lah cari tiket konsert Anuar Zain. Tengok samada masih ada atau tak". Wahhhhh.... pucuk dicita ulam mendatang.. Sepantas kilat pergi ke page Ticketcharge.. Check ticket dulu... Tapi tak nak beli online coz nak terus dapat pegang tiket kat tangan... ehehhehe... Then terus ajak sang suami ke AEON Bandaraya Melaka coz kat situ ada outlet ticketcharge... 

Tq Sayang for the tickets.


Malam tu pun tido lah dengan nyenyak coz tiket dah ada kat tangan... ehehehhe..

Nak di jadikan cerita, pada keesokan harinya, saje lah bukak facebook Anuar Zain Network, then ternampak pulak iklan contest yang diadakan oleh NTV7. First prize dia, dua keping tiket platinum dan 2 pass meet and greet.. Teruja la pulak nak join coz berangan nak jumpa Abang Nuar after consert.. Rindu dengan zaman muda belia dulu, seadaya upaya berada di mana mana je lokasi show Abang Nuar.. Bongkar lah album lama cari gambar-gambar dengan Anuar Zain suatu ketika dahulu... 

Gambar yang dipost di page NTV7.

Dan tanpa disangka, beberapa hari kemudian, terima satu email yang berbunyi .......


Terbeliak bijik mata baca email ni... melompat lompat kegembiraan... tak kisah dgt dgn tiket tu coz mmg dah beli tiket yg sama kan.. yg penting meet n greet passes tu....

So daripada tak de tiket, now dah ada 4 tiket Platinum.. ehehehhe... So yang dua lagi tu pun, satu bagi lah kat kakak kesayangan yg jugak giler dengan Anuar Zain ni.... dan satu lagi jual kat kawan kakak.. Maka pergilah kami berempat ke konsert AZ 3 Dekad ni dengan gumbira....

Dihari kejadian,

Muka teruja tak sabar nak tgk konsert.

Tq Sayang !!!!

Suara Anuar Zain mmg tiada tandingan.. Mantapppp !!!!

Penampilan istimewa Nora Danish mendapat tepukan yang amat gemurah terutama ketika Anuar Zain mencium tangan Nora Danish....




Diiringi dengan alunan piano.

Gandingan yang mantap lagi hebat .
Alvira, Adibah Nor, Dina Nazir dan tentunya Anuar Zain.



Lelaki itu...............

Kain pelekat la la la la
Kain pelekat la la la la


Meet and Greet Session....








Kesimpulannya, sangat berpuas hati dengan konsert ini. Suara yang hebat, muzik yang mantap, lighting yang sempurna.. Tahniah AZ....

Special thanks to beloved hubby kerana amat memahami dan sudi melayan kerenah bini dia ni.. Nanti di lain masa dan ketika, honey pulak temankan abang gi tgk konsert artis yang abang minat ye.....

1 comments:

*wink* said...

k.ena...sumpah sgt jeles....dah byk kali rupanya k,ena jmpa anuar zain

Post a Comment