Tuesday, February 28, 2012

RAYQAL MALIQUE

Sebelum baby keluar, teringin sangat nak namakan baby dengan nama AARON.. Ni semua gara2 terpikat dgn kehenseman si Aaron Aziz tu ler.. Tapi si Ayah kata nak nama yang mula dengan huruf R... So kami decide nak letak AARON RAYQAL.

Bila Ayah sign off tiba-tiba Ayah tukar fikiran. Tak nak Rayqal. Dia nak letak nama arwah atok dia, Malek tapi ejaannya ditukar sedikit. Jadilah AARON MALIQUE.

Seminggu sebelum baby keluar tetiba timbul pulak rasa nak kan nama baby yang sama singkatannya dgn si abang. Rayyan Muszaphar : R.M ...... Maka jadilah RAYQAL MALIQUE : R.M


RAYQAL : Berasal dari RAIQ yang bermaksud AMAN, TENANG, DAMAI.


MALIQUE : Berasal dari MALIK tapi dikomersialkan ejaannya. Malik membawa maksud KETUA, RAJA.




Semoga RAYQAL MALIQUE akan membesar menjadi seorang ketua yang sentiasa tenang dalam apa keadaan sekalipun. Insyaallah.

Monday, February 27, 2012

21022012

Semasa check up 36 minggu, mmg tarikh utk ceaser dah ditetapkan pada 24.2.2012, hari Jumaat.

Tp kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan.

Bermula jam 1 pagi, 21.2.2012, mummy mula terasa sakit pinggang. Tp masih bole bertahan. Cuba paksa diri untuk tido. Setiap jam terjaga menahan sakit pinggang dan perut yang asyik mengeras.

Dan bila pagi menjelma, seperti biasa, jam 8, hantar kakak dan abang kesekolah, then beli sarapan dulu. Then gi pasar. Beli stok ikan, ayam, sayur. Sampai rumah, menikmati laksa johor penuh berselera. Dalam masa yg sama, pinggang dan perut masih terasa sakit. Dlm hati dah mula terdetik, baby nak keluar hari ni ke?...

Ayah pada asalnya ingin ke Kuala Lumpur pada pagi tersebut. Ada hal yang ingin diselesaikan. Mummy pun macam 50-50 either nak jumpa jumpa doctor atau tak. Ayah pun seolah oleh berbelah bahagi,either nak ke KL atau tak. Then Ayah call Nina suruh cecepat dtg umah Tokmak. So, kalau ada apa2, at least Nina ada untuk drive. Nina pun sampai dgn Ayah dan Ibu mertua dia. Sempat pulak kitaorg semua berborak dan bergelak sakan.. Macam macam cerita keluar..

Bila di akhir trimester ni, memang asyik nak ke toilet je.. Tiba tiba masa Mummy nak buang air kecil pada lebih kurang jam 11 pagi, ternampak blood spot di pantiliner.. Terus rasa gelabah tak tau nak buat apa.. Lari kat Ayah dan bagitau ada darah. Mak terdengar. Mak terus suruh gi hospital sekarang jugak...

Terus la bersiap siap.. Mandi bersih bersih.. Angkut barang masuk kereta.. Nasib ada Nina, kalau tidak, siapa pulak nak amik Kakak dan Abang balik dari sekolah.. Pukul 12 lebih gak baru bertolak dari Muar. On the way ke Mahkota, sempat pulak singgah kedai beli air kelapa muda.. Ehehhe..

Sampai Mahkota dlm kul 1.20, klinik Dr Ahmad Saifuddin tutup coz tgh lunch break. So, tunggu je la dpn klinik.. Kul 2 baru Kak Ezzah sampai.. Terkejut gak dia nampak Mummy. Dia tanya dah ada rasa sakit ke.. Mummy bgtau la ada blood spot. Dia kata, tunggu apa kata doktor. Then, telefon klinik berbunyi. Doktor Ahmad Saifuddin call bertanyakan samada ada patient tak di klinik. Kak Ezzah pun bgtau la keadaan Mummy kat Doktor. Lepas Kak Ezzah letak phone, dia kata, 'Zurena, jom.. Kita masuk OT'... Mummy cam hahhh.. Masuk OT kak? Eh... Kita masuk wad dulu.. Ehehehe.. Kak Ezzah ni mmg buat org terkejut tau..

Lepas siap siap bayar deposit semua, Mummy pun dihantar ke wad 2b bilik 256. Then misi pun pasang alat utk check jantung baby sementara tunggu Dr sampai... Bila Dr sampai, terus dia tersenyum, dia kata kita ceaser hari je la ye Zurena. Tak yah tunggu lagi... Mummy tersenyum je la.. Then dia tanya kul berapa last makan, Mummy kata la kul 10 lebih ..Makan laksa. Then dia suruh rehat jap sampai semua kat OT ready. Dr kata maybe kul 5 lah kot bole masuk OT.. Mummy pun releks la.. Masa tu baru dekat nak kul 3.. Call rumah suruh Nina bawak budak berdua tu gi Melaka supaya Mummy sempat jumpa diaorg before masuk OT..

Tetiba, tak sampai berapa minit, nurse masuk bilik then kata, kita pergi OT sekarang ye kak... Dr dah tunggu kat sana... Hahhhhhh !!!!!.. Mummy tanya nurse tu, sekarang ke?? Dia kata haah kak... Dr kata sekarang.... Terus dia tukar baju Mummy dan siap2 kan Mummy then terus tolak Mummy ke OT. Semuanya laju je... Sampai kat OT semua dah ready.. Dr Ahmad Saifuddin, Dr Pakar Bius, Dr Pakar Kanak-kanak serta nurses semua dah ready.

Seriusnya muka.. ehehhe.. Berdebar-debar..

Memasuki Operation Theatre

Skrin di ruangan menunggu

Then Mummy pun dibius dan selepas itu terasa kebas lah dari pinggang ke kaki. Sebelum Dr Ahmad mula membelah perut Mummy, dia siap cakap dulu dengan Mummy, "Zurena, saya nak mula ni ye.. Bismillahhirrahmannirrahim...." Terasa sejuknya hati ni.. Memang suka sangat dengan Dr Ahmad ni.. Bila dia nak keluarkan baby pun dia cakap gak, "Zurena, saya nak keluarkan baby ni.." ... Then tepat pukul 3.56 petang kedengaran la suara baby menangis... Meleleh air mata ni.. Sayunya hati... Dr Pakar Kanak-kanak terus amik baby dan bagi mummy cium dan tunjukkan bebird dia.. Then diaorg bersihkan baby dan bawak baby keluar dulu..

3.56 ptg
21022012

Jam-jam terawal kelahiran

Dr Ahmad pun meneruskan proses menjahit balik perut Mummy. Sebelum dia mula, dia jengah lagi muka Mummy dan kata " Kita dah setuju haritukan Zurena. Kalau tak de apa-apa masalah, kita takkan ikat kan.. Rahim awak tebal dan kesan lekat-lekat pun tak banyak, so saya tak ikat ye". Mummy hanya senyum dan mengangguk.. Insyaalah, kalau diizinkan kami masih berpeluang untuk menambah lg ahli keluarga di masa akan datang. 

Teringat kata-kata Dr dari klinik kerajaan semasa Mummy membuat pemeriksaan bulanan. Dr tersebut, walaupun seorang perempuan, seboleh-boleh mengarahkan Mummy untuk mengikat saluran peranakan selepas bersalin yg ketiga ni. Bila Mummy cam ragu-ragu, punyala dia marah... Aduhaiiii... Macam-macam ragam kan...

Muka gembira keluar dari OT.

Dan satu hikmah tersembunyi disebalik ketidaksabaran baby untuk keluar pada 21.02.2012 adalah, sebaik sahaja Dr keluarkan dia dari perut Mummy, dia terus terberak... Terus Dr ucapkan syukur kerana telah membuat keputusan yang tepat dengan tidak menunggu sehingga Jumaat untuk keluarkan baby.. Seandainya baby berak semasa didalam perut, tentunya keadaan menjadi lebih rumit.. Alhamdulillah, syukur kepadaMU YA ALLAH..


DETIK-DETIK AWAL ZURIAT KETIGA KAMI ..

Ayah memperkenalkan baby kepada Kakak Bethrisya

Giliran Abang Rayyan pulak diperkenalkan kepada baby.

Inilah zuriat kami yang ketiga

Ayah mengazankan dan mengiqamatkan serta mentahnikkan baby.

Si Hero

Di jam-jam pertamanya. Masih lagi diulit mimpi indah alam rahim.


Mummy dan Baby

Tuesday, February 7, 2012

Little Captain !!

Bedding set for our little captain dah siap dah.. Tersangat comel... Memang sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Tini from Snazzy N Such.. Tq so much ye kak.. 

Tilam, blanket, pillow n boaster.


Playmate


Diapers bag

Saturday, February 4, 2012

@ 36 weeks

Finally, during 36ws check up with Dr Ahmad Saifuddin from MMC, hubby ada bersama buat pertama kalinya... ^__________^... Dapat lah dia tgk apa yang hero kecik ni tengah buat kat dalam tummy mummy...

Alhamdulillah, segalanya masih dalam keadaan yang baik.. Baby membesar dengan sihat walaupun kebelakangan ni Mummy teruk dilanda gejala muntah-muntah seperti diawal pregnancy aritu.. Setiap kali makan, pasti akan dimuntahkan balik... Sampai terasa tekak ni dah luka akibat muntah yg sangat kerap... Tp Dr kata, tak de apa yg perlu dirisaukan coz BP semua ok.. Mungkin ianya hanya pembawakan dan jugak mungkin kerana baby nak bermanja-manjaan dgn Ayah.. Time ni lah, nak tgk keprihatinan Ayah.. ehehhehe...

Berat baby dah menjangkau 2.7kg.. Boleh tahan jugak anak mummy ni yer.. Nampak je perut Mummy ni kecik, rupanya dia duduk padat kat dalam ye... eheheheh... Air ketuban pun masih cukup. 

Tarikh, hari dan masa untuk ceasarean pun dah ditetapkan. Walaupun terasa tak sabar nak pegang, pel;uk dan cium buah hati ni, namun jauh di sudut hati, terselit jugak rasa risau dan takut nak masuk OT. Nyilu rasanya nak menghadapi saat perut dibelah ditempat yang sama untuk kali ketiga.. Semoga Tuhan permudahkan segalanya dan semoga Mummy dan baby selamat hendaknya.

@ 36ws