Saturday, February 4, 2012

@ 36 weeks

Finally, during 36ws check up with Dr Ahmad Saifuddin from MMC, hubby ada bersama buat pertama kalinya... ^__________^... Dapat lah dia tgk apa yang hero kecik ni tengah buat kat dalam tummy mummy...

Alhamdulillah, segalanya masih dalam keadaan yang baik.. Baby membesar dengan sihat walaupun kebelakangan ni Mummy teruk dilanda gejala muntah-muntah seperti diawal pregnancy aritu.. Setiap kali makan, pasti akan dimuntahkan balik... Sampai terasa tekak ni dah luka akibat muntah yg sangat kerap... Tp Dr kata, tak de apa yg perlu dirisaukan coz BP semua ok.. Mungkin ianya hanya pembawakan dan jugak mungkin kerana baby nak bermanja-manjaan dgn Ayah.. Time ni lah, nak tgk keprihatinan Ayah.. ehehhehe...

Berat baby dah menjangkau 2.7kg.. Boleh tahan jugak anak mummy ni yer.. Nampak je perut Mummy ni kecik, rupanya dia duduk padat kat dalam ye... eheheheh... Air ketuban pun masih cukup. 

Tarikh, hari dan masa untuk ceasarean pun dah ditetapkan. Walaupun terasa tak sabar nak pegang, pel;uk dan cium buah hati ni, namun jauh di sudut hati, terselit jugak rasa risau dan takut nak masuk OT. Nyilu rasanya nak menghadapi saat perut dibelah ditempat yang sama untuk kali ketiga.. Semoga Tuhan permudahkan segalanya dan semoga Mummy dan baby selamat hendaknya.

@ 36ws

1 comments:

KasihDariLaut said...

oWh sume anak akak lahir kene ceasar yer? nape kak? Didoakan akak selamat melahirkan baby yer n semoga cepat sihat

Post a Comment