Wednesday, January 26, 2011

Sampai Syurga

Kebiasaannya,

Mummy : Abang sayang Honey?
Ayah : Sayang.
Mummy : Banyak ke sikit?
Ayah : Banyak.
Mummy : Sampai bila?
Ayah : Sampai bila-bila.

Ayah : Honey sayang Abang?
Mummy : Sayang.
Ayah : Banyak ke sikit?
Mummy : Banyak.
Ayah : Sampai bila?
Mummy : Sampai syurga...


Tapi pada suatu hari,

Ayah : Honey sayang Abang?
Mummy : Sayang.
Ayah : Banyak ke sikit?
Mummy : Banyak.
Ayah : Sampai bila?
Mummy : Sampai mati...
Ayah : OOOOOOO, Honey sayang Abang sampai abang mati je ye.. Pas Abang mati, Honey sayang orang lain lah ye.... hhuhuuuuuhuu...Tahuler nnt jadi orang kaya....
Mummy : Blurrrrrrrrrrrrrrrr %^*&*(^^$$#%^() .... Aduhaiiii,, Abang oo Abang, tersalah tafsir ler pulak... ehehhehe.....




Abang,
I am going to love you day in and day out for the rest of my life...


Thursday, January 20, 2011

Rindu

Rindu,
Mengajar erti kesabaran.

Rindu,
Mengajar erti ketabahan.

Rindu,
Mengajar erti kasih sayang.

Rindu,
Mengajar erti kebahagian.


Maka, setialah menjadi seorang PERINDU..
Sesungguhnya RINDU itu INDAH.


We miss YOU !!!!

Thursday, January 13, 2011

Bila Si Adik Demam

Bila Si Adik Demam,
Mummy mulalah susah hati. Kasihankan dia tak henti-henti batuk dan tak selesa dengan hidung yang berair..
Bila Si Adik Demam,
Mummy mulalah tak senang diri kat sekolah ni.. Asyik ingatkan dia yang tinggal kat rumah dengan maid. Nasib mak mertua ada dan bole tolong tengok-tengok kan..
Bila Si Adik Demam,
Mummy mulalah tak nyenyak tido malam.. Setiap kali dia batuk, setiap kali itu lah terjaga.. Itu belum lagi bila dia merengek minta dipeluk...Dan semalam dia termuntah-muntah di tgh malam. Habis cadar dan comforter dibasahi muntah dia.. Nasib tak muntah kat atas si kakak yang tengah nyenyak tido..
Bila Si Adik Demam,
Mummy mulalah risau takut si Kakak pulak yang akan demam lepas ni..
*
*
*
*
*
Bila Si Adik Demam,
Mummy mulalah rindukan Ayah...........................



Cepat sembuh ye Rayyan sayang.... Demam sikit-sikit dah lah ye sayang.. Upah nak pandai...



p/s: Alhamdulillah, Rayyan sekarang dah "pampersless" siang dan malam... Walau agak lambat berbanding si Kakak dulu, tp akhirnya dia berjaya buktikan yang dia dah besar dan tak perlu lagi pakai pampers... Cayanggggggggggggg dia....

Monday, January 3, 2011

Their first day.

Muka penuh semangat nak memulakan hari persekolahan.



Happynya dapat gi skolah.. Dah lama sangat cuti kot... Tu yang tak sesabar nak gi skolah.. Siap suh Mummy drive lelaju coz diaorg kata dah lambat.



Cuba untuk menunjukan tanda "GOOD".. Orang pertama kali nak gi skolah lah katakan.. Tu yang excited terlebih tu..



Langkah awal menuju kecemerlangan...
Suker tengok gambar ni, rasa cam si kakak tu protective betul kat adik dia..



Displin dalam menyusun kasut ke rak yang betul..


Kalau Bethrisya mmg Mummy tak risau sangat.. Alhamdulillah, dia mmg suka dan sangat bersemangat nak gi school.. Cumanya, tahun ni dia tak dapat satu class dgn best friend dia si Nicole tu.. Teacher dia cakap, terpaksa separatekan budak berdua ni coz dua-dua talkative.. eheheh.. Tak bole biar dia dok berdua, asyik nak bercakap je.. Ada je benda dia nak berbual berdua... Abis cikgu dia pun diaorg sakat dgn pelbagai soalan.. Harap-harap Bethrisya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dia di kelas dan baru.. Dan mulai tahun ini jugak Bethrisya akan terus stay sampai petang di sekolah untuk membolehkan dia menguasai bahasa cina.. Persediaan untuk dia masuk darjah satu nanti..




Tapi Rayyan, memang buat Mummy risau pada awalnya.. Dia ni manja sikit.. Takut je dia menangis kat sekolah tu nnt.. Namun, jangkaan Mummy meleset sama sekali.. Dia telah membuatkan Mummy sangat berbangga dengan dia. Alhamdulillah, walaupun agak susah nak bangun pagi, dan tak nak mandi pagi, tapi bila dah sampai kelas, dia langsung tak menangis..Bila Mummy kata, Mummy balik dulu ye dik.. Mummy nak gi school Mummy pulak, dia just mengangukkan kepala... Dan melambai-lambaikan tangan... Kalau Bethrisya dulu, dihari pertama mmg tak bole tinggalkan langsung.. Melalak-lalak... Caya lah Rayyan.. Rayyan mmg good boy.. Dia betul-betul ikut pesanan Ayah dia semalam... Masa Ayah call dr Jepun malam tadi, Ayah dah pesan supaya dia gi school baik-baik, jangan cry, dengar teacher cakap.. Masa tu dia jawap ok dan angguk2 kan kepala..


Kat dalam class... Ada 11 orang semuanya dan 2 org cikgu..


Mummy intai dari cermin pintu.. Diaorg tengah nyanyi lagu Good Morning To You.
Rayyan pun ikut je apa yang teacher dia cakap..



Time rehat. Tengah tunggu makanan. Beria dia tgk muka teacer dia.. ehehhe.. Dah lapar ye Dik..



Tamat dah satu hari...


Kene duduk dulu samapi teacher dia serahkan kepada mak bapak masing-masing.


Hasil kerja pertama... Bila ditanya, best tak school Rayyan... Dia jawap, BESTTTTTTT, sambil tangan buat tanda good...




Bethrisya dan Rayyan Sayang,

Mummy dan Ayah tidak akan berhenti berdoa agar kamu berdua terus diberi kejayaan dalam setiap langkahmu di dunia dan akhirat. Terus lah jadi anak-anak yang baik kebanggaan Mummy dan Ayah...