Friday, August 16, 2013

Happy 80th Birthday ABAH !!!

Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk menyambut hari ulangtahun ayahanda tercinta yang ke 80 tahun. Memandangkan pada tahun ini, ulangtahun Abah jatuh pada hari raya, maka kami adik-beradik mengambil keputusan untuk buat sikit majlis makan makan sempena meraikan Abah yang telah menjejak usia 80 tahu. Moga Abah terus dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah, dan terus dikelilingi dengan kebahagiaan didunia dan akhirat. Insyaallah.. Terima kasih kerana terus menjadi Abah yang terhebat buat kami adik-beradik.




Semua yang menyambut birthday pada bulan OGOS...

Bersama hadiah samsum s111 mini dari bethrisya, rayyan n rayqal..
Pandai ke Tok bah tu guna touch screen ek.... ehehehehhe

Saturday, August 10, 2013

Raya Penuh Makna

Alhamdulillah, raya tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Setelah dua tahun berturut-turut kami beraya tanpa Ayah disisi, akhirnya Tuhan makbulkan doa kami pada tahun ini. Ayah akhirnya sign off dari kapal dua hari sebelum raya dan selamat sampai ke Muar sehari sebelum hari raya. Tiada yang lebih gembira dari anak-anak. Jelas kelihatan cahaya kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat menyambut raya dan berpakaian sedondon dengan ayah di pagi Syawal.

Md Dom's Family

Kami yang sedondon.
Kami yang sentiasa perasan muda.
Si kakak
Si Abang
Si Adik

Nampak tak betapa gembiranya si Kakak dan si Abang didukung oleh Ayah. ehehehehe... Dan ianya juga merupakan tahun pertama bagi si Adik dapat beraya bersama Ayah. Sesungguhnya memang raya tahun ini, raya yang amat bermakna bagi kami kerana belum tentu lagi kami dapat raya bersama untuk tahun hadapan...Syukur Alhamdulillah atas nikmat Mu ini Ya Allah.

Wednesday, August 7, 2013

Welcome back AYAH ....

Yeahhh.. akhirnya Ayah dapat balik jugak even dua hari sebelum Raya.. Terima kasih yang tak terhingga kepada Capt Pradeep yang mengganti Capt hati kami... Yang pasti kami dapat raya bersama-sama tahun ini... Yip yip horeyyyyy... Mari berjoget bersama kami...

Tiga beradik yang dah tak sabar nak gi KLIA untuk jemput ayah.

Akhirnya....
Lengkap sudah ahli keluarga kami....