Saturday, August 10, 2013

Raya Penuh Makna

Alhamdulillah, raya tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Setelah dua tahun berturut-turut kami beraya tanpa Ayah disisi, akhirnya Tuhan makbulkan doa kami pada tahun ini. Ayah akhirnya sign off dari kapal dua hari sebelum raya dan selamat sampai ke Muar sehari sebelum hari raya. Tiada yang lebih gembira dari anak-anak. Jelas kelihatan cahaya kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat menyambut raya dan berpakaian sedondon dengan ayah di pagi Syawal.

Md Dom's Family

Kami yang sedondon.
Kami yang sentiasa perasan muda.
Si kakak
Si Abang
Si Adik

Nampak tak betapa gembiranya si Kakak dan si Abang didukung oleh Ayah. ehehehehe... Dan ianya juga merupakan tahun pertama bagi si Adik dapat beraya bersama Ayah. Sesungguhnya memang raya tahun ini, raya yang amat bermakna bagi kami kerana belum tentu lagi kami dapat raya bersama untuk tahun hadapan...Syukur Alhamdulillah atas nikmat Mu ini Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment