Wednesday, February 25, 2015

Chinese New Year Holiday

Cuti datang lagi... eheheheh.. Walaupun Ayah dilautan, Mummy tetap berusaha untuk bawak anak-anak bergembira bercuti-cuti merehatkan badan.. Lagipun dah lama tak melepak di rumah Casa Indah, Kota Damansara.. So, Mummy pun bawak lah anak anak ke IOI City Mall, Putrajaya untuk cuba aktiviti di District 21. Sangat-sangat menarik dan mengujakan. Benar-benar menguji ketahanan dan kelasakan kita. Dan yang penting, anak-anak sangat enjoy.

Bethrisya - Rayyan - Jasmine - Ismath

Mummy - Rayqal

Best friend forever - Rayyan & Sarah

Bethrisya yang berani

Rayyan : Abang dah penat ni Mummy. Tangan dan kaki abang sakit ... huhuhuhuuu

Rayyan : Cepat Sarahhhhh ....
Sarah : Rayyan tunggu lah Sarah...

Walaupun kepenatan, tapi tetap enjoyyyy !!!!

Destinasi seterusnya adalah ke Gold Coast Morib. Bukannya susah nak buat anak-anak ni seronok. Bawak je ke tempat mandi-manda, sure mereka tersenyum sampai telinga. 

Bercanda ditepian pantai

Slideeeee.....
 Berakhir sudah cuti-cuti raya cina kami anak-beranak.. Tunggu cuti sekolah bulan Mac la pulak.. Harap-harap time tu nanti Ayah ada bersama-sama kami.. Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment