Tuesday, June 29, 2010

Soalan yang bisa menggugurkan airmata.

Masa : 9.00 malam
Tempat : Atas katil

Bethrisya : Ayah balik berapa haribulan, Mummy? Sambil mata mengerling ke kalender handphone Mummy.

Mummy hanya mampu tersenyum sambil mengusap dan mencium dahi Bethrisya dan berkata, "Nanti Ayah balik ye Sayang....." ... Cuba sedaya upaya untuk tidak menampakan riak sedih di wajah dan seboleh mungkin menghalang air mata dari gugur di pipi.

Aduhai anak, dikau terlalu kecil untuk menempuh semua ini.. Rupanya rindumu sudah tidak tertanggung kepada si Ayah tanpa Mummy sedari.. Dalam tawamu, dalam riangmu, dalam senyummu, rupanya tersimpan satu perasaan RINDU yang sukar dikau ungkapkan.

Kak Chica Sayang, Ayahmu pergi mencari rezeki. Rezekinya tertulis di laut biru... Bukan kehendaknya, bukan juga mahunya untuk meninggalkan kita berbulan-bulan lamanya. Itu tanggungjawapnya Sayang. Demi memberi kita kesenangan dan kebahagian di bumi pinjaman Tuhan.. Sebanyak mana kita merindui dia, tentunya dia akan merindui kita lebih dalam lagi.. Kerana kitalah kekuatan dia disana....



17 comments:

OneSimpleMother said...

nak nangis... :(

sabar ye chica sayang. nanti ayah balik bole raya sama2kan.. dapat duit raya byk2 lagi.. heeee..

Ena Mazly said...

Kak Mas,

Meh nangis sama-sama....

ZuRaNaI said...

alolo chica..kuatnye die kan..dlm diam2..

zieta hafiz said...

ena........akak pun nk nangisssssssss

cik zatil said...

budak budak pun merasai
erti kerinduan..

tacin laa entri
neh kak ena..

(T-T)

Azie said...

Akak pun nak nangis...huhuhu..
camtu la anak2 org kapalkan?
semoga chica kuat cam mummy dia jugak...

Unknown said...

sebaklah Kak Jun Ena. Agaknya sebab dah tak tahan sangat rindulah tu...sampai bertanya tu....kesian Bethtrisya

Marsha~ said...

saye nangis.... :( bethrisya dah pandai kata dia rindu.. qila tak pandai.. bila rindu datang, dia tau mengamuk tak tentu pasal je.. sedih sangat kan?? :(

Ena Mazly said...

Zura,

Kalau mummynya pun rindukan Ayah, anaknya apatahlagi kan...

Ena Mazly said...

Kak Ita,

Sayukan hati bila dgr si anak bertanya soalan cam tu...

Ena Mazly said...

Zatil,

Akak pun tak sangka rupanya dalam diam dia rindu sgt kat ayah dia... mmg lately ni nampak sgt.. asyik pegang hp, katanya nnt ayah call... kalau dapat berskype dgn ayah, seronoknya tu bukan main...

Ena Mazly said...

Kak Azie,

Macamni ragam anak2 si pelaut kan kak...

Ena Mazly said...

Kak Jun,

Haah kak.. mungkin dia dah tak tahan rindukan ayah lah tu... Tu yang ena cuba seboleh mungkin untuk hiburkan hati dia...

Ena Mazly said...

Marsha,

Qila sama cam Rayyan... Dia tak tau nak expresskan rasa rindu tu macam mana.. tu yang asyik nak mengamok jer... Mmg nak kene sabar sgt2 layan kerenah diaorg..

Anonymous said...

kak ena....
sedey la bace...
cant imagine how my life would be nnt...=(
hope dat i could be as strong as u sis...=))
insyaALLAH~

AizaZiha said...

salam kak ena,
sedihnya baca...tp anak akak sorang yg kuat n tabah,mcm mama die gak..tabahkan hati tau kak..sy dah leh byg mcm maner perasaan nya..

dieha said...

k.ena..cedihnya dgr chica tanya ttg dad dier..but she strong like her mum..

Post a Comment