Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan

Akhirnya tercapai gak hasrat nak gi tgk wayang.. Dah lama dah kaki ni tak dapat nak jejak ke panggung.. almaklumlah dah ada anak kecik kan.. So lebih selesa utk tgk DVD je kat rumah dgn diaorg.

Tapi dek kerana LBS, mummy pegi gak tgk kat wayang dgn Nina dan Bethrisya.. Syian Bethrisya, bosan je dia sepanjang cerita tu... ehehhe.. Lain kali Mummy bawak kakak tgk Toy Story ye..

Apapun, LBS tak mencapai tahap yang diharapkan.. Dibesarkan dengan novel2 hebat Ahadiat Akashah, tentunya mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan sama hebat dgn apa yang dibayangkan dalam novel.. Tapi agak hampa... Ceritanya macam lompat2.. Baru nak rasa sedih, dah tukar scene lain.. Baru nak rasa happy, dah tukar scene lain...

Namun, penyelamat sebenar cerita tersebut pada pandangan mata ini adalah lakonan Que Haidar sebagai Azmi dan Fazura sebagai Katerina. Memang hebat dan mantap.. Walaupun scene diaorg sekejap tapi impaknya sangat dalam..

Antara novel dan movie, I will always choose novel... Masih teringat di zaman sekolah dulu yang mana kami berebut2 menunggu giliran untuk membaca novel Budak Setan 1, Budak Setan 2 dan Budak Setan 3.... Memang lunyai jadinya buku tu.. Dan yang pasti, mata memang akan bengkak giler setiap kali baca buku tu....huhuhuu.. Sedih sangat2....



Mummy n Bethrisya.


Ticket Bethrisya murah skit.. ehehhehe..


Time cerita belum start, bole lah dia dok dediam.. Bila panggung dah gelap, mula lah tak tentu arah. Kejap nak air lah, kejap nak susu lah, kejap nak gi toilet le... ish ish ish..


1 comments:

Marsha~ said...

sy teringin nak tgkkkkkkkkkkkkkk....

Post a Comment