Saturday, June 26, 2010

Malay School vs Chinese School



Selesai sudah urusan mendaftar sekolah rendah buat Bethrisya. Mummy daftarkan dia si SJK (c) Chung Hwa Presbyterian. One of the best chinese primary school in Muar. Bethrisya akan memulakan seisi persekolahannya dalam tahun 1 pada tahun 2013.

Terdetik juga dalam hati, zalim tak Mummy, bila Mummy amik keputusan untuk hantar Bethrisya ke sekolah cina. Boleh tak dia harungi cabaran menjadi pelajar melayu yang minoriti bilangannya di sekolah cina. Nanti dia bole tak faham apa yang cikgu dia cakap. Bole tak dia dapat kawan yang baik di sekolah cina. Macam-macam soalan yang tiada berjawapan.

Bethrisya Sayang,
Mummy harap Bethrisya akan faham dan mengerti yang Mummy buat semua ini untuk kebaikan dan kemudahan Bethrisya di kemudian hari. Mummy dan Ayah mahukan yang terbaik buatmu sayang. Dalam dunia yang penuh cabaran sekarang ni, menguasai bahasa cina merupakan satu kelebihan buatmu nanti. Insyallah, Mummy dan Ayah sentiasa percaya akan kebolehanmu. Kami akan sentiasa mendoakan kejayaanmu sayang. Semoga dirimu akan terus berjaya dalam apa pun yang dikau lakukan.

6 comments:

i n n z c h u b b y said...

Insya-Allah.

Chicha boleh menempuhi segala dugaan yang akan datang nanti.

Nanti boleh la chicha ajar mummy dia cakap mandarin kat rumah. Hihihi. :)

Ena Mazly said...

Inn,

Insyaallah..Kita harapkan yg baik2 je ye.

Ummi said...

kak ena..en zahir pon dah plan nak hantar anak2 ke skul cine..anak buah die dh nak masuk 3org masuk sklh cine..insyaAllah ok..cakap cine pon pandai..cume kene hantar ke kelas agama juga..baru belen..tapi tu la..bebudak ni akan "letih" sikitla kan..hmm..utk mase depan die juge..

Mrs. Mazlan said...

InsyaAllah Bethrisya boleh wat kak..
sgt berguna bahasa cina zaman ni..
beruntung btl kalo reti bahs cine..

Ena Mazly said...

Ikin,

Kakak akak pun hantar kelima-lima anak lelaki dia ke sekolah cina. yg sulong dah abis sekolaah pun, yg bongsu dah darjah 2.. semuanya fasih berbahasa cina. ayah diaorg business, tu yg dia nak anak2 dia pandai cakap cina.

Ena Mazly said...

Irzanal,

Kalau tgk performance bethrisya setakat ni, mmg buatkan akak yakin dia bole survive. class dia kat tadika, semua cina.. kelas ballet dia pun semua cina.. kelas piano dia pun sama, dia sorang je melayu...

Post a Comment