Tuesday, March 6, 2012

Uri @ Tembuni

Siapa pernah tengok macam mana rupa uri @ tembuni yang menjadi kawan baby semasa dalam perut? Rasanya ramai Mak/Ibu/Mama/Mummy yang tak berkesempatan nak tengok macam mana rupanya uri@tembuni tu coz kita masih kat hospital semasa uri @ tembuni tu dibasuh, dibersihkan dan ditanam. Ada yang dibasuh sendiri oleh si Ayah, dan ada jugak dibasuh oleh orang lain, samaada atok or saudara mara. Ada juga yang mengupah orang lain untuk menyempurnakan uri @ tembuni anak mereka.

Alhamdulillah, untuk ketiga-tiga zuriat kami ni, uri @ tembuni mereka semua disempurnakan oleh Ayah Tercinta. Bermula dengan membasuh sebersihnya, kemudian diletakkan didalam periuk tanah dan akhirnya ditanam, semuanya dilakukan oleh Ayah

Orang tua-tua kata, uri @ tembuni tu mesti dibasuh sebersih-bersihnya supaya anak nanti tidak mudah dijangkiti kudis ataupun penyakit kulit.. Orang tua-tua juga kata periuk tanah tu jangan terlalu besar supaya anak tidak kembung dan ianya perlu dilubangkan sedikit dibahagian bawah supaya air tidak bertakung dalam periuk tanah tu nanti. Ianya jugak utk mengelakkan anak dijangkiti kudis. Selain itu, orang tu-tua juga menggalakkan supaya si Ayah berpakaian kemas dan bersih semasa menanam uri @ tembuni tu supaya nanti bila si anak tu besar, dia pun akan sentiasa kemas dan bersih dalam segala segi. Insyaallaah... 

Uri @ Tembuni Bethrisya
Ogos 2006
Ini lah rupa uri yang duduk dalam perut kita bersama baby.

Ayah tengah membersihkan uri baby.

Uri @ Tembuni Rayyan
Mac 2008

Basuh bersih-bersih ye Ayah.

Tanam

Timbus

Uri @ Tembuni Rayqal
Februari 2012

Sebelum dibasuh

Sedang dibasuh bersama asam jawa dan garam kasar.

Menanam

Selesai sudah..

4 comments:

dieha said...

betul kak ena..diha tengok sendiri camne uri saidatul di basuh nizam..n di tanam..ada maksud jugak bila di tnm terlalu dalam or tak dalam..uri ni ibarat sahabat ketika dalam perut..seperti juga di kapan macam kita sbg manusia..ajaib sungguh kuasa Allah kan..

Puan Alin Lynn said...

betul ape dieha ckp..sye xpernah tgk sbb setiap kali lepas bersalin sye mmg low BP..ni kali pertama sye tgk...org tua2 ckp klo uri tu seketul cam yg kak ena punye ni..bby sihat..klo uri tu cam lembik..hancur tu bby xsihat...walahualam..

DeQWa said...

hehe...penah tgk uri 2 kali,masa kakak sy bersalin aritue..
tpi ade yang bile nak tanam letak paku,buku,alat tulis la mcm2 lagi la...
kononnye nak bg anak pandai...entah la..

Marsha~ said...

ooo... mcm ni rupanye uri ye.... sy tak pernah tgk sbb masa blk dr hospital, dah siap tanam....

Post a Comment