Sunday, October 23, 2011

Hargai Selagi Hayatnya Ada.

Sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia biasa, tidak akan pernah tahu, bila dan bagaimana ianya berlaku. Segalanya telah ditentukan-NYA. Mungkin kita yang pergi dulu, ataupun mungkin dia yang akan meninggalkan kita dahulu. Bersediakah kita untuk ditinggalkan? Bersediakah kita untuk hadapi perpisahan abadi? Bilamana seseorang yang kita sayang, yang kita cinta, tempat kita bergantung harap, pergi menghadap Ilahi .... Dan perginya yang tidak akan kembali lagi...... 


****************************


Petang tadi, berkesempatan untuk menziarahi Erine, isteri kepada seorang pelayar yang baru kehilangan suami tercinta akibat kemalangan jalanraya pada minggu lepas. Arwah sepatutnya dijadualkan untuk belayar pada 26 Oktober ni. Segala urusan dengan ofis di Dayabumi semuanya telah selesai. Cuma menunggu hari untuk menaiki kapalterbang dan memulakan pelayaran di lautan samudera... Tetapi sesungguhnya Tuhan lebih sayangkannya. Dia dijemput Tuhan lebih awal. Dan tidak perlu pergi jauh, segalanya hanya berlaku dihadapan rumah. Dia dilanggar ketika hendak melintas jalan di hadapan rumah. Disitu jugak ajalnya menjemput..

Dan mulai detik itu lah, Erin hilang tempat bergantung.. Mia yang baru berusia setahun enam bulan hilang tempat bermanja... Ibu dan ayahnya juga hilang satu-satunya anak lelaki harapan yang menjadi dahan berpaut selama ini.. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. 

Tak sanggup rasanya menatap mata Mia yang ada masanya mencari-cari dimana Papanya.. Diambilnya telefon, dipanggil-panggilnya "Papa..Papa...." Seolah-olah Papanya hanya pergi belayar dan akan pulang bila tiba masanya nanti.. Namun hakikat yang Mia masih lagi belum mengerti adalah, kali ini, Papanya pergi tak mungkin akan kembali.... 

Erine pula, walaupun cuba untuk tersenyum, namun memang jelas kelihatan kekosongan dalam renungan matanya, kekosongan dalam jiwanya... Kehilangan suami dalam sekelip mata menjadikannya seperti hilang arah.. Seolah-olah separuhnya jiwanya pergi persama... Biarlah masa mengubatinya.. Dan biarlah kenangan terindah mereka bersama terus tersimpul mati diingatan...

Semoga perjalanan hidup Erine dan Mia selepas ini dipermudahkan oleh-Nya.. Dan moga Erin terus tabah dalam meneruskan kehidupannya di muka bumi ini.. Dan semoga mereka ingat, segala yang terjadi tentunya ada hikmah disebaliknya.. 

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang alim dan wali-wali Allah.. AL FATIHAH ....



***************************************************


Buat suami tercinta, MAZLY B MD DOM, yang menjadi nyawa dan nadi setiap denyutan jantung, walau telah diucapkan beribu kali, namun takkan pernah ku jemu untuk mengulangkan nya lagi... "I LOVE U, SAYANG.....You are the BEST thing that ever happened to me.. Mungkin Honey tidak sempurna, tetapi Honey akan cuba menjadi sempurna untuk Abang... Maafkan segala kesalahan dan kesilapan Honey ....  Moga jodoh kita sehingga ke pintu syurga...." 




7 comments:

dieha said...

akk...sedey nya...hope erine tabah...

MrS KeNey said...

Al-fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Marsha~ said...

adusshh.. ena ni... sedihnye baca.... ena jangan sedih2 sgt, nanti baby sedih...

buat erin, tabahle... Tuhan lebih sayangkan azmi... ALfatihah

hanani nanie said...

kak,nanges nanie baca,...sedehnye kak..sedeh lg bila tgk kak erin td...akak jgn sedeh2 sgt,...t baby dlm perot pn sama ikot..take care kak.. :)

Ainul Hayat said...

Kak Ena,
Sedih betul kak. Semoga Erina & Mia tabah hadapi dugaan ni.

Linda Arshad said...

al-fatihah...
betul kan..berat mata memandang,berat lagi bahu dipikul... berpisah jauh dilautan boleh lagi ditanggung dari terus kehilangan buat selama-lamanya...semoga erine..mia..sekeluarga tabah melaluinya..sedih,tak dpt nk bygkn..

aQEEL IdraKi Mama said...

al fatihah..sangat memahami camne keadaan erin..semoge terus tabah

Post a Comment