Pada zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak. Pakar dalam perilaku, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak lakukan panduan ini :
1) Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
2) Berikan anak pelukan setiap hari kerana is memberikan kekuatan kecerdasan.
3) Pandang anak dengan pandangan kasih sayang.Ia membuatkan anak lebih yakin.
4) Berikan perangasang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.
5) Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
6) Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
7) Dalam membesarkan dan memdidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibubapa mereka.
8) Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.
9) Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
10) Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.
11) Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu merasa pentingnya kehadiran mereka.
12) Hargai permainan kesayangan anak.Pada masa sama, mereka juga menghargai barang kesayangan anda.
13) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
14) Terimalah keadaan anda bukan ibubapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibubapa.
Sumber : Harian Metro, Rabu, 14 Januari 2009.





5 comments:
Thanks for the wonderful tips, kak ena :) banyak hanin kena belajar from u...
No big deal hanin.. sajer je share apa yg akak baca kat paper pagi tadi...
Sharing is caring..
:)
thnx 4 sharing.. kita sbg ibu bapa ni kadang2 lupe benda2 penting macam ni.. :)
Dina n Marsha...
Sama-sama lah kita share apa-apa yang patut yer ..moga2 kita akan jadi mak,ibu,mama,umi mahupun mummy terbaik buat anak2 permata hati kita yer....
Post a Comment