Alfatihah buat Abah
4 Mac 2014 - 4 Mac 2015
Setahun berlalu saat Abah meninggalkan kami.
Masih terdengar suaramu.
Masih terngiang gurauanmu
Masih terbayang wajahmu.
Masih terasa sentuhanmu.
Abah,
Dirimu sentiasa dirindui,
Sesungguhnya dikau tidak pernah akan mati dalam ingatan dan doa kami semua.
![]() |
| Damailah dikau disana |
Sehebat mana kerinduan kami anak-anak dan cucu-cucu terhadapmu, tentu Mak lah insan yang lebih hebat rindunya padamu Abah. Berpuluh tahun hidup bersama, susah senang sentiasa bersama, berdua-duaan kesana kemari, tiba-tiba dikau tiada. Tapi Mak memang wanita yang tabah. tidak pernah menunjukkan kesedihannya pada orang lain. Namun terlihat jugak sesekali titisan airmata nya dikala menziarahi pusaramu setiap pagi Jumaat. Setiap kali datang, pasti dia akan kata, "Yang datang ni Abang'. Bila nak balik jugak dia pasti berkata, "Yang balik dulu ye Bang'. Sungguh jelas kasih sayangnya kepadamu Abah. Mak tak pernah jemu menitipkan doa dan bacaan Quran agar dikau tenang disana. Alangkah bertuahnya dirimu Abah, memiliki seorang isteri sesetia Mak. Ena harap, Ena mampu jadi setabah dan secekal Mak dalam mengemudi rumahtangga Ena. Abah doakan Ena dari sana ye.
Arwah Abah bersama kekasih awal dan akhirnya.
Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali.. Yang pergi akan tetap pergi, yang tinggal hanyalah kenangan yang terus terpahat dalam ingatan. Segalanya tetap segar seperti baru berlaku. Bila ditatap gambar-gambar yang ada Abah, terasa sayunya hati, robeknya perasaan, airmata pun datang tanpa diundang. Betapa rindunya kami padamu, Abah.. Setiap kali itu jugaknya hanya Alfatihah yang mampu disedekahkan kepadamu Abah. Dengan harapan, agar dikau sentiasa damai di alam sana.. Nantikan kami yang akan menyusul tidak tahu bila masanya nanti.
Diantara kami lapan beradik, hanya diriku yang menetap di Muar. Memang dok melekat dengan Abah dari dulu, kini dan selamanya. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, memang sentiasa dihantar dan dijemput oleh Abah. Kalau orang lain, bila ada hari ibu bapa dan guru pastinya nak ibu yang datang jumpa cikgu, tapi berlainan bagiku, tetap nak Abah jugak yang datang... Bila masuk U pun kat Skudai jer, memang pantang cuti, mesti balik Muar.. Bila dah mula mengajar pun, sekejap je di Kota Tinggi. Pantang hari Jumaat je mesti dah tak sabar nak balik Muar... Kemudian berkahwin pula dengan orang Muar. Maka kembalilah menetap di Muar.. Pendek kata memang tak pernah pergi jauh dari Abah.. Kerana itulah ketiadaan Abah memang amat-amat dirasai.... Kekosongan yang dirasakan amat susah diungkapkan..
![]() |
| Saat abah melepaskan diri ini ke genggaman Encik Suami. |
Budak bertuah tiga orang ni pun memang sangat rapat dengan Tokbah mereka. Sehari kalau tak pergi rumah Tokbah memang tak sah.. Malahan, segala urusan pergi balik sekolah Bethrisya dan Rayyan memang semua diuruskan oleh Tokbah. Boleh jadi bergadoh bila Mummy kata nak suruh diaorg naik van sekolah sebab kesiankan Tokbah penat pergi balik pergi balik hantar amik diaorg ke sekolah. Sehinggakan di saat-saat akhir sebelum Abah di masukkan ke hospital pun dia sempat menghantar dan menjemput Bethrisya dari sekolah agama. Cuma Rayqal tak sempat nak bermanja lebih lama dengan Tokbah...
Tokbah bersama Bethrisya dan Rayyan
Kenangan Arwah Tokbah bersama Bethrisya
| Majlis Cukur Jambul |
| Mesti nak duduk atas riba Tokbah |
| Tokbah yang sentiasa rajin melayan Bethrisya |
| Melekat je dua orang ni |
| Kesayangan |
Kenagan Arwah Tokbah bersama Rayyan
![]() |
| Nak duduk atas riba jugak. |
| Dua-dua tak de gigi |
Ciuman dari Tokbah
| Si botak kesayangan Tokbah |
| 1st Birthday Rayyan |
Kenangan Arwah Tokbah bersama Rayqal.
![]() |
| Gambar yang memberikan seribu satu kenangan. Kali pertama dan terakhir bawa Arwah melihat rumah di Horizon Hills. |
| Gambar raya terakhir kami bersama Abah |
Abah, damailah dikau disana bersama sang Penciptamu. Setiap detik dan masa namamu tetap terukir dalam hati kami sebagai lelaki terhebat yang tiada tandingannya. Dikaulah Abah yang terhebat bagi kami lapan beradik.
AL-FATIHAH...










0 comments:
Post a Comment